Monday, July 18, 2016

Ruang Makan :: Deko cermin kat ruang makan

hehhe

Deko la kononnya nih..
deko raya ker.. ? hahha... ni genap setahun ruang makan aku kosong
tanpa sebarang deko pun...

entry lama aku ada cerita.. huhuh

so.. 
tahun nih pun sama... 
buat keputusan last minit jugakk

aku rasa .., aku nih suka buat keputusan last minit la
last minit baru jadi... huhuh... ngada sangat kan.. :p

sepanjang tempoh setahun tu..
punya la servey harga cermin kat pasaran 
berapa dia cas.. hhaha... dah lama mengidam nak buat..
tapi rata-rata.. 3 k jugak la... huhuuh

menangis tepi tangga la tengok harga..
tapi ... kan... dah kata nak jugak kan...

hahah... cari la dana.. korek tabung ayam... ;p
tempoh setahun tu cukup la nak mengumpul dana...

dah tadi kata gedik sangat nak kan.. :p

and tokey nih
leh bg price yang ok jugak...
agak murah... tu yg ambik jew dia.. 
laki aku pun sama apa yg dia bodek tak tahu la.. uhuuh

so proceed jew dgn price tu , malas nak fikir
nasib baik umah ceq kecik jew.. 
kalo takkk.. cecah 3 k lebih jugak nih..


gila kentang suruh dia datang and ukur ..
pastu paksa suruh settlekan jugak hari sabtu.. sebab ahad nak balik kampung..


and hari sabtu.. diorang jadi pasang.. kul 11 am datang...
tong tang tong tang.. 1 flat dengar... rasa nak sorokkan muka jew.. bising wehhhh



diorang bubuh papan dulu sebab keadaan dinding yang senget benget.... 
pastu baru tampal cermin...

opss...air tu untuk diorang tau.. cian letih bertukang.. kah.. kah.. kah.. baik tak tuan rumah..


kul 3 petang baru siap...
so .. bayangkan lah umah macam mana gayanya..

pastu gegas g cari bengkel keta.. keta tak service lagi...  dah la nak balik jauh...
ermm serba serbi buat kerja last minit... padan muka...  

buka puasa pun beli kat kedai jew...




and hasil nya after siap... huhuuh..
tak dak apa sangat pun.. just cermin besarrrrrrrrrrr jew..

tetiba rumah jadi luas... kanzzzzzzz
hehhe...


so deko untuk tahun nih... cermin besar in da house...

ok next.. projek.. meh la sambung kumpul dana... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

Wednesday, July 13, 2016

#rayasyawal2016 :: Puasa 6 and ganti puasa mana perlu didulukan..

Untuk rujukan dan panduan diri sendiri sahaja AKA sekadar perkongsian..




sumber 
http://www.hijabista.com.my/trending/hukum-menggabungkan-puasa-qada-ramadan-dengan-puasa-enam-1.540428


bagi seorang wanita, normal bg kita untuk tertinggal beberapa hari puasa dalam bulan Ramadhan
dek kerana Period atau nifas. 
Jadi, Wajib bagi kita untuk menggantikan dalam bulan-bulan seterusnya

Puasa Enam merupakan puasa yang disunatkan untuk kita lakukan dalam bulan syawal yang mana ganjarannya seperti kita berpuasa selamat setahun yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub -al-Anshari R.A:

Maksudnya: " Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun" - hadis riwayat Muslim-

Persoalannya, bagaimana jika seseorang itu hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qada' Ramadan yang belum dilunaskan.
Harus diingat bahawa mengqada' puasa Ramadan adalah wajib tidak kira ditinnggalkan dengan sengaja atau sebab uzur syar'ie.

Sesiapa yang mempunyai puasa qada' Ramadan,
dia boleh sahaja menggabungkannya dengan puasa-puasa sunat yang lain
seperti hari 'asyura. hari A'rafah, puasa di bulan Syaaban dan banyak lagi termasuklah puasa enam di bulan Syawal ini.

TETAPI, perlu dilihat atas sebab apa puasa Ramadan itu ditinggalkan
kerana ia menjadi penentu kepada boleh atau tidak puasa qada Ramadan ini digabungkan dengan puasa sunat.


Sebab meninggalkan puasa Ramadhan

Penyatuan puasa qada' Ramadhan dan puasa sunat ini boleh ditentukan dengan mengetahui sebab mengapa puasa Ramadan itu ditinggalkan. Terdapat dua jenis orang yang meninggalkan puasa ini iaitu:

  • Orang yang meninggalkan Ramadan bukan disebabkan uzur syari'e iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oelh syara'
  • Orang yang meninggalkan Ramadan disebabkan oleh uzur syar'ie seperti kerana datang haid/ nifas/sakit/musafir


Meyatukan puasa qada' dgn puasa sunat

kedua-dua sebab diatas menghasilkan hukum berbeza dalam perkara menyatukan puasa qada' dan puasa sunat

  • Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur syar'ie hukumnya HARAM melainkan setelah selesai mengqada' puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu
  • Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan atas sebab uzur syar'ie hukumnya SUNAT untuk disatukan niat puasa qasa' tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enan di bulan syawal. 


Bagaimana lafaz niat puasa yang disatukan itu?

"sahaja aku berniat puasa esok hari qada' fardu ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan syawal kerana Allah Ta'ala"

Dengan Lafaz niat ini, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran keduanya, pahala puasa qada' dan puasa 6.


Sumber rujukan:
Terima kasih Da'i Lukman (Facebook)
1. Pelita Brunei
2. Feqh Manhaj (Sheikh Dr. Mustofa Al-Khin, Sheikh Dr. Mustofa Al-Bugha, Dr. Ali Asy-Syarbaji)
3. Asybahu Wan Nazoir  



Kesimpulannya,
jika anda ada meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja (bukan atas sebab uzur syar'ie) Wajib bg anda untuk menggantikan terlebih dahulu puasa Ramadhan tersebut sebelum mula berpuasa enam. dan jika sebaliknya (usur syar'ie ) tiada masalah untuk anda menggabungkan kedu-dua puasa ini.



hehhe.. korang dah ganti ker..?











Tuesday, July 12, 2016

#rayasyawal2016 :: Kanzzzzz.... raya kau hijau.. ehh..

harinih hari keberapa raya ekk..
hehhe

teroback ckit kisah ari raya..
kanzzzzzzzzzz...

bertolak dari Terengganu Sabtu pagi
and plan tak nak balik ikut highway kali nih nih
sebab..........
nak makan sata...
lama betul tak balik ikut jalan lama...
motp memang nak makan sata jew

so sepanjang jalan tu dapat la aku cuci mata gak tengok2 pantai..
deretan sata and keropok lekorr kekek

and sempat singgah beraya rumah member and umah sedara hubby
hahah... kira tahun nih sakan la bejalan raya
start raya pertama sampai aku balik Bangi... jalan jew...
jem tu tak payah cerita la... nama pun raya....

dah abis beraya area terengganu baru masuk balik LPT..huhuuh

kisah baju raya...

hehhe baju raya  kite hijauuuuuuuuuuuuu....
hahhaha.. sedondon sangat kan...

suwetttttt tak...kah kah kah...  :p


pas tu kannnnnnzzzzzz...

satu  lagi keluarga warna hijau... ni abg en. hubby ... abg no 2.. pun hijau...
1 family hijau... 


 and paling rare



pun hijau jugak.... ni abg no 1..
ofcoz la 1 family warna sama

yang paling tak leh terima ..saudara depan umah pun hijau jugak...
waaaaaaaaaaaaaa... apa kena raya tahun nih..
semua hijau......... tu belum lagi buka facebook .. scroll semua baju raya hijau...


kebetulan semua hijau..
tak tau pun diorang pun hijau..
tapi suwet la jugak kanzzzzz.. 1 rumah hijau... bukan senang nak dapat suasana macam nih

so .. baju raya korang hijau jugak ekkkkkkkkkkk...

Tuesday, July 5, 2016

#rayasyawal2016:: Selamat Hari Raya


ermm rasa nak buat ucapan ari raya la.. heheh

ok.. first.. thanks sebab sudi melawat blog sendu akak ni yer.. hahha...
akak... ????

macam makcik-makcik sangat... waaaaaaaaa :( .
memang pun .. dah umur-umur sendu ni kan...tak sedar dirih.. kekke

ok sambung balik...

thanks ek.. sudi jadi pembaca blog yana
yang sudi komen-komen..
yang sudi jadi silent reader..
yang pm tepi.. pm kanan.. tanya-tanya soalan tu.. hehhe
insyaallah .. just sharing  jew.. kalo boleh bantu yana bantu ckit-ckit , mana mampu..
ikut kesesuaian and masa yana la kan.. hehhe

dalam blog sendiri nih
aku nak mohon maaf  zahir batin.
sepanjang penulisan dalam blog ini samaada sengaja atau tidak
ada menyakiti  or mengguris perasaaan korang.. korang.. korang



Dua tiga  kucing berlari

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Sunday, July 3, 2016

#rayassyawal2016 :: balik kampung

hehhe... semalam punya kerja..
suka sangat buat kerja last minit kan.. kekke
ok.. semalam aku tido kul 2 pagi
siapkan barang nak balik kg



 2 beg... seorang satu.. hhehe

 and buah tangan ckit.. kuih raya jew...


siapkan jugak rumah..
supaya balik nanti tak reruk sangat nak mengemas
sebelum balik
pastikan semua kemas dulu
ruang tamu.. dapur,kain baju, pokok bunga ,aquarium ikan..
pendek kata. sebelum tinggalkan umah 

pastikan umah bangi nih dlam keadaan bersih.. kemas.. baju berlipat.. semua la..
settlekan siap2..

cuma kuih raya yew belum masukkan dalam balang lagi..
ais batu 10 pack buat jugak..
kot kot dpat tertamu tak diduga


baju raya.. dah siap ambik kat dobi
sebab aku malas gosok. dobikan jew senang
balik ingatkan settle la pasal baju
rupanya ada tambahan

kena gosok sendiri jugak huhuhu

yg balik kg beraya
berhati hati jalan raya.. k
aku ,  saat  nih dah ada kat kampung

awal sampai.. jalan tak jem lagi..
siap shoping kat maidin ganu...
orang dah mula ramai kat pusat bandar..
ok tu jew..
by selamat hari raya

Friday, July 1, 2016

#rayasyawal2016 :: baju raya

hehhe..

persiapan raya tak banyak sangat. just ada baju raya jew..
kiuh raya tu biasa la kan.. ada la jugak..

baju raya tahun nih
cer teka... warna yang tengah in tahun lepas.. rasanya la..
and tahun nih pun masih in lagi
tak kisah la... janji aku dapat baju

tak dew baju custom made ekk..
aku beli ready made jew.. online belambakk hahahah
and aku kena redho and pasrah
yang sesungguhnya akan ada orang yang design and warna sama dengan aku...
waaaaaaaaaa... :( nangis tepi katil

beli dengan perasaan yg tak berapa sangat la..
asal cantik ambik jew.. cantik ker??? :p
muat plak tu.. so warna tu jew ada..
maka baju melayu laki aku harus ikut warna baju aku...


setiap tahun pun kita orang tak pernah tetapkan warna apa nak pakai
tapi tak dew lah sama warna macam tahun lepas.. huhuh
asal salah sorang dapat cari baju yg berkenan di hati.. and sorang lagi akan follow colour baju tu

senang jew.. selalunya baju lelaki senang nak carik..
perempuan jew.. aku rasa susah ckit.. hhehe


and hari ni jugak sampai percel..
last-last minit sampai sebelum cuti..heheh
baju raya jugak...

ermm kira konsider baju raya jugak la..
sebab
kemain mak aku gigih siapkan
nak bg anak dia ni pakai baju raya...
aku ingatkan tak dak la baju custom made tahun nih...

kain dari tahun lepas lagi aku bg suruh buat baju..
tahun nih baru siap.. hehhe

biasa tu.. tiap-tiap tahun macam tu la selalupun..
mak aku kannnnnn.. hehhe



so.. apa beza baju n ih dengan baju aku beli tu..?

tak dak beza ok.. warna sama jew...
hahaah... sambung nangis tepi katil lagi...

dah kenapa tahun nih hijau semua nih....yana oiiiii...
waaaaaaaaa...



Ruang Makan :: Teaser jew dulu..

semalam tunggu punya tunggu.. akhirnya.. sampai jugak
heheh tak sabar nak tunggu siap..
 mood raya kononnya...



hehhe...  last minit punya kerja .. :p