Friday, February 23, 2018

Project DIY :: Rumah kunci kita buat sendiri ja

ermm... pasal dapur nanti aku sambung balik la ekk
rasanya aku dah cerita detail ...

ker korang masih tak puas hati
nak tengok betul sampai isi dalam kabinet tu

ker masih ada bahagian aku tak cerita lagi
ok nanti aku share na

but untuk hari ni aku stop dulu pasal cerita dapur tu ekk
aku ada buat projeck baru .. hehhe
kalo hari2 pasal dapur tu korang mesti bosan hahah

project baru la sangat
tapi if korang masih tak jumpa rumah kunci yang best2 yang agak moden2 tu leh cuba cara nih

aku ni pun lepas puas fikir nak rumah kunci yang moden
yang tak sarat, suaikan dengan deko rumah aku la kononnya ni

tapi nak kuarkan bajet yang ciput jee.. hahahha
dasar kedekut kan.. kekek..
tapi kalo bahagian lagi jimat diy dari awal..

macam aku
pilihan hack ja..

so jom g kaison
g dapatkan que yang best2 kat sana
cari yg mana korang bekenan



cari laki hampa.. 
sebab tanda dia tak dak la gambar setiap project.. hehhe

mark sesiap berapa jarak sesuai untuk sangkut kunci





penyangkut nih boleh jew beli kat kedai hardware.. memandangkan nak remove yg lama.. so penyangkut nih sebenarnya dari rumah kunci lama.. cabut and kita masukkan kat rumah baru..

senang sangat nih.. final looks..

v


v


v


v


v


v




siap..
sangkut mengikut lokasi yang sesuai.. tepi pintu masuk adalah lokasi yg paling cun kat aku..


dont be the same. be batter



Thursday, February 22, 2018

#rumahAzamYana :: Dapur bila dah nak raya.. hehhe

Seperti yang semua tau
yang dah follow blog sendu nih
yang dah baca proges pasal dapur nih

makanya dah dekat raya 
slow-slow la aku upgred
orang dah nak raya
umah aku tak semenggah lagi ..hehehhe

memandangkan ada peristiwa yang kelakar 
time tu mak dengan adik mai umah
betul-betul sehari selepas kabinet dapur siap dipasang

time tu cer bayangkan umah aku and dapur aku tu macam mana kan
aku kengkonon la rajin masak.. 3 beranak dok dalam dapur tu
aku dengan mak masak
yang adik aku nih plak dok jadi mando dok check sliding door dapur tu
and kemudian g tutup  buka tutup buka sliding door tu..
aku dengan menonong jalan laju je nak ke ruang tamu

and akhirnya..
danggggggggggggggggggggggggggg.... 1 umah bergegar :p
dah.. tuan rumah sendiri yang terlanggar sliding door 

nasib tak pecah ja la.. hahha
kelakar pun ada.. malu pun ada..
kena  gelak pun ada la.. hahaha

kan baru 2 hari siap.. tak sempat nak tinted kan lagi pun sliding tu..
adik aku kenakan aku plak... hehhe

so dalam bulan puasa la baru g tentedkan sliding door tu
puas jugak cari yang betul2 bekenan
and aku cari yang fross macam ni jew..

tu pun aku sendiri pasang. senang ja..
laki g surau. bini mengerjakan benda nih
laki balik tengok dah siap..


sebelum pasang tented see true je kan..
leh nampak beza kan..
so bila dah pasang tented fross macam nih .. tak dak la nampak sangat ke dapur kan
nampak la elegent gituh




tented fross macam nih jew pilihan hati
tak yah berbunga-bunga sangat becoz i tak suka bunga2 kalo bukan tempat sepatutnya
haaaa... gituh


mana nak dapatkan tented nih.. just beli kat MR. D.I.Y , satu gulung RM11.50 panjang 10 meter kot Kalau salah .. maafkan lah yer .. kita tak ingat harga pun bedal jew nih..hahah

tapi seingat aku la.. 1 gulung ni ngam-ngam 1 pintu nih..
cuma lebar jew aku kena trim sikit 

tool untuk project D.I.Y just air sabun yang di bubuh dalam botol spray
dan scraper (pakai tudung tupperware pun boleh)

just spary air sabun pada cermin.. koyakkan plastik lapisan secara sikit-sikit .. sambil-sambil tu  scrap hilangkan bubble ..

selagi belum kering air sabun korang masih boleh ejas if ada tersenget2..

ok tu jew... 

maaf tutorial tak dak na. sendiri buat dari mula sampai akhir.. tau tau dah siap dah

modal untuk projek tented RM46.00 ja..  (3 panel + 1 tingkap sebelah dapur tu.. nanti aku show off ekk..)




Wednesday, February 21, 2018

#rumahAzamYana :: kabinet untuk dapur.. apa pilihan aku..

ok ...
hai ...

aku sambung balik ekk
27.04.2017 ni kira semingu 2 selepas bahagian pertama and kedua dah settle
iaitu pecah dapur..and bina dapur baru

bahagian ketiga pasang kabinet plak
perbincangan dah buat 1 minggu sebelum 27.04.2017 tu
dah setuju dengan price and pilihan warna untuk kabinet

makanya jeng jeng jeng....
warna putih ja aku pilih..

motif semua orang tahu, sebab nak nampak luas
untuk rumah flat dengan keluasan 750 sqf dan dapur sebesar 6 kaki x 10 kaki panjang
pilihan warna putih paling sesuai untuk dapur aku ni
aku pilih jenis Milamin sahaja walaupun dalam hati nak 3G , Glass ker semua yang cantik2 tu kan

tapi bak kata orang ukur baju dibadan sendiri.. hehhe
banyak kedai aku masuk survay
tanya harga.. tapi pilihan mesti lah yang murah under bajet gituh.. hhaha

pic diorang bawak masuk barang and siap kan kabinet tu
aku tak dak. sebab kat opis
ni kes kira percaya 100% kunci tinggal kat kontraktor.. balik tengok separuh dah siap..

lagipun aku rasa diorang tak leh buat kerja kalo tuan rumah ada sekali... hahah
lagi sekali kerja last minit sebelum diorang balik indon..
cuti lama katanya..



kalau ikutkan ni pic day 2  sebab papan tu untuk kabinet 
yang aku mintak tu baru separuh dipasang

time nih aku siap ukur ketinggian untuk setiap rak 
sebab tu ada tupperware kat situ.. haha

lagi satu aku suruh buat kabinet sampai shiling tapi.. jauh dari jangkaan diorang buat sampai atas tu ja

so next day aku komplen and diorang just cover je bahagian berlopong tu.. 
so seperti yg dijangka..
apa yg kita nak tak semua dapat..
sedih duk tepi bucu katil la ... hahah


kerja kerja mengelap and last finishing ja nih
time nih aku sengaja balik awal and tengok progres macam mana





kemas -kemas sapu sapu 
tu ja.. dah siap pun 3 hari

tapi sebenarnya ni tak berakhir disini.. hehhe

Tuesday, February 20, 2018

#rumahAzamYana :: kita sambung yang mana terbengkalai.. #project dapur

Assalammualaikum..

heheh.. ada lagi ker yang masih dok jengok blog aku ni
aku pun tak tau macam mana nak mula mengarang balik

dah beku benar nih.. lama sangat kali nih tak menaib
tahun lepas bulan julai rasanya

tahun nih, bulan dua baru nak mula berblog balik..
insyaallah.. tu perancangan aku jew..
hari kejadian tu aku tak sure la nanti...

so part mana harus aku sambung
hehhehe

berbalik kepada proses renovate dapur arituh
now dapur tu memang dah ada rupa dapur la..hhehe

kat sini jew aku tak show kat korang lagi

ok kali nih aku show okeyy.. heheh
tapi with flow gituh

ermm 15.04.2017 heheh
time nih memang dah siap dah bahagian yg sepatut siap ja la
alang-alang dah berserabut kat dapur tu
kami buat keputusan cat semula shiling diruang tamu
dengan cat yang berbaki tu.

so sepanjang hari tuh dok siap kan shiling








seperti biasa yang mengecat is tukang cat tak berbayar nih
sudi jew dengan rintihan dan bebelan bini dia ni
walaupun kengkadang aku enowing jugak bila dia buat tak tau kat aku
hahahah


gunakan sumber yang ada ja..
surat khabar tak dak.. kita pakai plastik sampah hehhe


 ok show sikit keadaan dapur time nih.. 


dah bila nak pasang kabinet nih

sabar.. jab ekk
next capter.. hhehe