Saturday, September 21, 2013

Time hujung minggu- Entry banyak gambar

Assalammualaikum.. Entry banyak gambar.. (hahaha- biar muntah tengok gambar jer.. huhuh :p hari nih plan nak kuar jalan and nak menginap kat hotel ni.. (segala rancangan untuk susunatur dapur ditangguhkan terlebih dahulu)  

Heh marriott putrajaya.. kekke.. (fist time aku g hotel 5 bintang nih)
dr mana aku dapat voucer ni?

Hahha ..(meh nak g tau) ni aku menang cabutan bertuah masa g hari keluarga.haha tak di sangka akan bertuah selalunya tak pernah bertuah kalo cabutan bertuah ni hhehe.. so date issued 18 may 2013,  hari ni 21 september baru ada masa nak gunakan voucer ni.. nasib baik valid sampai 30 disember.

Ok.sebelum tuh kena la bawak pakaian yg sesuai. 2 hari 1 malam jer pun. Bawak ckit2 jer.

1. Baju sendiri +baju suami
(Baju tidur,
Baju mandi, baju nak pakai jalan, baju mini)
2. Kain sembahyang
3.Barang makeup ckit
4. Siap.(muat2 1 beg kecik)

So.. cadang nak check in dulu. Pastu baru kuar balik g jalan2.. 


Marriott hotel. Hehhe aku datang. (Hahha poyo tak) ok sigboard nak masuk hotel. (Harus la snap pic :p)

Ok. Sampai2 jer.. g check in dulu. Sementara diorg settlekan aku punya bilik.. snap beberapa keping pic dulu.(Standart aku la kan setiap tempat ada gambar)

ok settle .. dah dapat acess card. ermm yang biru tu plak member card. Rasa nya siapa yang daftar masuk marriott dapat member card kot. ermm so aku dapat free jer, and yang best nyer boleh digunakan disemua cawangan marriott malaysia and seluruh dunia.. and wifi free, kalo x kena bayar RM50 untuk ber wifi ...,  (hahahha lawak jer.. kalo x kerana cabutan bertuah ni x der maknanya nak menginap kat sini , tapi ok la kan dapat jugak merasa hotel bertaraf 5 bintang nih -selalu 3 bintang jer and pernah x der bintang pun  :p)

Ni part lawak ckit, masuk lif selamber jer , tak baca dah apa yang ditulis (kekek jakun ckit-masukkan kad baru boleh tekan lif la yana, ko ingat macam lif shoping complex ker) :p

dah sampai bilik, No bilik 922. buka tingkap dapat view jalan jer. (ermm x best, kalo dapat view kolam kan best, boleh ngintai orang mandi.. huhuh)

(Sebelum aku selerakan susunatur dalam bilik ni, baik aku snap pic beberapa keping.)

cantik jer diorang letak siap ada buat bunga hehe:p

And ruang mandi. (semua cantik and kemas, susunatur yanag aku suka, boleh ker ambik idea nih buat kat rumah? (hehheeh bajet rumah ko hotel ker yana)

Ni part yang aku suka. Hehhe canggih bebenor benda alah nih. Nak on off lampu pakai suis ni jer semua ada..(padan la aku cari suis tak jumpa2.:p)

Ermm.. nasib baik aku x terminum air ni, RM15.00 ooo (mahal gila air meniral jer pun,
dalam, bilik ada mini bar kalo aku ambik kena bayar., nasib baik ada kesedaran nak baca dulu kali ni.. hehhe :p

Dah puas dari dalam bilik. Ni pic bangunan hotel.. wahhh besarnya.. (jakun kejab)

ok.2.. aku dok bangi jer..Putrajaya dengan Bangi tu tak sampai setengah jam.. selalu jer g putrajaya (time free la) tapi x pernah sampai marriot nih.(x der keperluan) dah dapat free kan. harus la guna.. :P

1 comment:

  1. cik hani kalau pergi hotel pun, tak minum sebarangan..kot2 kena bayar mahal harga minuman tu..mahal kan..dulu air tin pun dah 3.50. padahal hotel biasa je pun

    ReplyDelete

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...