ni sebenarnya keputusan yang akhirnya aku buat setelah beberapa kekangan masa
dek kerana en.suami bz menyalahkan YB
hehhe..
after proses menyecat bilik tu dah selesai
proses seterusnya mencari bed frame untuk bilik ni plak
minggu-minggu lepas ada la dok survey kedai kedai perabut area Bangi Kajang ni
and setelah menapak dibeberapa kedai , aku tak beli pun
sebab tak dak yang aku bekenan
heheh
dalam kepala aku nak bed frame yang simple je
bajet dalam RM300 gituh
jenuh la tukang kedai nak carik mcm yg ko punya kehendak kan
macam mustahil je
tapi cuba je lah beli online shopee
hahha
tak pernah aku beli online katil ko
tawakal je nih
baca review and pembeli pun agak ramai so aku proceed je lah
so pilih punya pilih and Model Manado jadi pilihan
RM289.00 je free pos and tolak lagi promo kod
so nilai akhir aku kena bayar RM284.00 jimat beberapa ringgit dari bajet asal
proses seller laju gak
aku order 28hb malam seller proses 29hb
30hb dah sampai rumah
ni ha datang dalam bentuk macam nih, naik van je, dapat call and bg tau penghantaran dalan 20 minit sampai, berkejar lah aku dari opis nak balik ke rumah jab
elok van sampai aku pun sampai rumah
masalah kedua plak sapa nak bawak naik benda alah ni atas rumah, en. suami ada dinner malam tu tak dapat bawak naik atas
aku tunggu la plak pakistan depan rumah aku nih
kot kot leh tolong angkat , Alhamdulillah jumpa . Mintak tolong diorang and upah RM10. bahagi la korang 3 orang heheh.
dok la benda alah ni terkedang dekat ruang tamu sebab seperti aku bagi tau tadi
en.suami aku bz sampai hari ahad baru kitaorang pasang. i is redho je lah
so if korang ada perancangan nak beli barang online jugak yang besar2 macma nih
ada pro and contra dia
If tempat kerja korang dekat dengan rumah , cara nih masih praktikal. ambik la cuti separuh hari or keluar kejab ke kan hehhe tunggu la abg pos tu datang. if tak dapat commit dengan waktu penghantaran diorang tu kemungkinan barang kena ambik dekat hq (if nak cepat la) ofkos nak ambik sendiri kena ada kereta besar la kan
Boleh je buat penghantaran semula . tapi make sure kena ada kat rumah la janji betul-betul dengan abg pos tu. if tak sia sia .
Perlukan tenaga lelaki , yup abg posmen just angkat keluar barang dari van dia sahaja tak der nyer dia nak tolong angkat katil tu naik flat. hehhe. if ada anggap je la korang bernasib baik kalau rumah taman no problem
Biasanya kalau item besar2 besar macam ih ada kemungkinan barang yang akan kita dapat rosak sikit. x pun banyak bergantung kepada cara diorang handle barang kita.
apa lagi ek. tu je lah yang aku sempat fikir
next progress next update k
apa lagi ek. tu je lah yang aku sempat fikir
next progress next update k
Kami tak pernah order barang besar dari online. So far katil semua cari kedai perabot. Tapi ada je teringin nak beli guna online untuk barang rumah
ReplyDeletekuşadası
ReplyDeletemilas
çeşme
bağcılar
didim
İVHD
kuşadası transfer
ReplyDeletefoça transfer
alaçatı transfer
didim transfer
karşıyaka transfer
44Z