Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

1 Resepi :: Kimchi la kiteeeee

heheh.. tak dapat ke korea so.. aku koreakan rumah aku dengan hidangan kimchi
hahha.. buat sendiri memandangkan sekarang nih nak dapatkan resepi ada ker kat google and fb.. 

so bahan-bahan simple jew 
simple sangat 
aku dapat resepi nih aku dapat dari fb.. ada orang share
senang jew.. citarasa melayu.. hehhe

Bahan bahan nak buat Kimchi-
  1. Kubis panjang.. belah 4 dan potong saiz sesuai dalam mulut
  2. basuh bersih- bersih and rendam bersama 1/2 cawan garam kasar (aku rendam separuh hari la)
  3. dah siap rendam.. basuh bersih2 sekali lagi and toskan





sementara kubis direndam
sambil2 la potong bahan bahan lain.

  1. 1 batang lobak putih
  2. 1atau 2 batang lobak merah (kalo besar 1 dah cukup)
  3. secekak daun bawang 
semua nih potong/ hiris halus bg sama saiz baru menarik hehhe



Bahan sos
bahan pemekat 
  1. 3 sudu besar tepung beras
  2. 1 cawan air 
  3. 3 sudu gula besar
( panaskan dan kacau sampai pekat dan sejukkan kejab)

bahan kisar
  1. 1 labu bawang besar
  2. 1 labu bawang putih 
  3. 2" halia
(kisar sampai halus dengan sedikit air)

bahan kering 
  1. 1 cawan serbuk lada (babas pun ok)
  2. 3 sudu makan chili flakes

satukan bahan pemekat + bahan kisar +bahan kering gaul sebati dan tambahkan 2 sudu sos ikan.. jadikan macam pes cili seperti gambar atas tu..



now...
time to campur-campur


masukkan bahan yang dihiris halus tadi dalam sos yang kita buat tadi
dah gaulkan kesemua nya baru gaulkan dengan kubis plak..
gaul la sampai semuanya sebati

biarkan diperab kat luar peti sejuk untuk 1 hari (lagi lama kat luar lagi masam.)
pastu aku masukkan dalam peti sejuk

( if kurang masin leh tambahkan garam atau sos ikan )


jadi la macam nih

untuk sebijik kubis saiz sederhana aku dapat dalam 1 tipuware .. kena guna periuk besar sebab nak gaul2 senang hehe

sedapa makan dengan nasi panas2
tak pun boleh buat sup tahu Kimchi...
nasi goreng kimci ker... mana2 la..  leh simpan la..


ni kali ke-2 buat..
kali pertama dulu buat 1 minggu settle... hahhah



Friday, July 10, 2015

0 Jom Masak :: Udang Masak Lemak Cendawan

Menu minggu lepas ni..

heheh..
menu ni sebenarnya en.husben aku yang request.. 
nak makan masak lemak udang kononnya..

so aku masakkanla... baik tak aku.. hahahha

korang tau...sepanjang bulan posa nih. 
baru sekali aku g bazar.. 
tu pun sebab nak belikan kuih dlam kuantiti yg banyak nak bawak g surau.. 
so.. alang2tu.. beli la sekali makanan berbuka.. makan la aku nasik kerabu..
 2 orang RM14.00. pengsan aku.. mahal betul makanan sekarang.. huhuhu...
sejak tu.. sampai ke hari nih.. aku tak sampai lagi ke bazar tu.. 

eh back to story..
pas balik kerja.. 6.30 baru start masak.. aku masak campak jew kekdahnya..
santan pun pakai santan kotak jew.. 

so aku kongsikan..

thisss,...


UDANG MASAK LEMAK CENDAWAN
  1. 1 kotak santan MSN (kotak kecik)- optional santan ori lagi best
  2. Udang 
  3. 1" kunyit hidup *
  4. 1 biji Bawang besar *
  5. 1 or 2 batang serai *
  6. 5 biji cili padi * nak pedas lebihkan cili
  7. 4 keping Asam keping
  8. Cendawan butang (optional leh jew bubuh apa2 cendawan)
  9. hirisan daun kunyit
  10. Garam dan gula secukup rasa

CARA MASAK
  1. Tumbuk kasar kesemua bahan bertanda *
  2. Masukan santan dalam peruik , tambahkan asam keping dan bahan yang ditumbuk kasar tadi
  3. Masak sampai santan mula mendidih (kacau /timbok supaya tidak pecah minyak)
  4. Masukkan Udang dan cendawan didihkan seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  5. Tutup api dan masukkan hirisan kaun kunyit dan tomato
siap....

leh la cuba.. kalo rajin.. simple jew sebab rebus.. 10 dah siap..hehe

Tuesday, June 30, 2015

2 Jom Masak:: Ikan Bilis Goreng Cili Padi

heheh... selera tak tajuk aku bg kat menu aku nih..
kekek..

menu ni sapa suka pedas and leh tahan tahap kepedasan melampau leh try test
memang aku punya forberot ni.. hehhe

menu last minit jew semalam masak
plannya nak masak menu lain...
tengah2 menggoreng tetiba tukar plak..

IKAN BILIS GORENG CILI PADI
  1. Segenggam cili padi *
  2. Ikan Bilis
  3. 1" kunyit hidup *
  4. 1 biji Bawang besar *
  5. 1' belacan *
  6. Minyak untuk menumis
  7. 1 labu bawang putih - diketuk
  8. 1 biji bawang besar - dipotong 8
  9. 2 sudu besar gula 
  10. garam 

CARA MASAK
  1. Kisar kesemua bahan bertanda *
  2. Gorengkan ikan bilis dan toskan - ketepikan dulu
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama (goreng ikan bilis) tumiskan bawang putih
  4. dah sedikit garing masukan bahan yang dikisar tadi
  5. goreng hingga sedikit mendidih and tambahkan asam keping , bawang besar yang dipotong gula and garam secukup rasa
  6. masak cili sampai garing and naik minyak.. jika cili sedikit kering tambahkan minyak kemudian
  7. dah betul2 naik minyak and cili dah mula bertukar warna (garing)  masukkan ikan bilis..
  8. kaub balikan and siap untuk dihidang.. 



tips - untuk mengurangkan rasa pedas melampau..pastikan cili digoreng sampai masak. betul2 garing tau.. gula jugak kena pandai agak2..if masih rasa pedas tambahkan gula and asam secukupnya.. sebabkan aku dah biasa and boleh agak dah kuantiti resepi aku ni..so aku tulis la 2 sudu besar gula.. hehhe

Monday, June 29, 2015

4 Jom Masak: Singgang Ikan Aya

Ramadhan 11
menu.. request dari cik abg .. mr. husben.. simple jew.. dia nak makan budu..
yerr budu cicah ulam kangkung..hehhe

tapi nak makan budu
kena ada pelengkap kepada budu..
iaitu Singgang Ikan aya hitam..

Resepi dari mak mertua
dia yang ajar aku buat nih
senang jew.. rebus

aku pun mula2 tak berapa in' dengan rasa resepi nih
tapi bila dah lama2 ok jew..
sedap jugak.. cicahla dengan budu.. kekek


SINGGANG IKAN AYA A.K.A IKAN TONGKOL
  1. Ikan Aya/tongkol
  2. 3 keping Asam Keping .... hehhe
  3. 1" lengkuas - dihiris
  4. 1" kunyit - dihiris
  5. Garam
  6. 4 batang Cili Api
  7. Air

CARA MASAK
  1. Masukan kesemua bahan kecuali cili dalam periuk berisi air
  2. Rebus sehingga mendidih
  3. Perasakan dengan garam
  4. tutup api dan patahkan cili dalam periuk..
siap...welcome to ganu



dah kawin baru belajar makan budu..hheehe


Friday, June 26, 2015

2 Jom Masak :: Sambal tumis ikan Bilis terung Pipit

Menu semalam...
terung pipit masak sambal tumis ikan bilis

menu yang selalu ada dalam wishlish ..
kalo jumpa terung pipit nih..
memang menu nih lah yang aku reti  masak.. kekke

so semalam berbuka dengan menu nih + ikan goreng + kurma + nasi putih panas2..
pehhhhhhhhhhhh...



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA TERUNG PIPIT
  1. Ikan bilis - digoreng
  2. 5 camca besar Cili Kisar *
  3. 2 camca besar bawang Kisar *
  4. 1 ulas Bawang Besar dihiris bulat-bulat
  5. Air Asam Jawa
  6. Garam secukupnya
  7. Gula
  8. Serbuk Perasa Hilal (optional)
  9. Terung Pipit
  10. Minyak untuk menumis

CARA MASAK
Style sendiri..
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis terlebih dahulu - toskan
  2. Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi (kurangkan kuantiti minyak  jika perlu) Masukan bawang kisar , masak hingga bawang sedikit layu/wangi
  3. Masukan pula cili kisar + air asam jawa.. goreng sehingga naik minyak..
  4. Masukan terung pipit dan sedikit air.. sehingga sedikit mendidih
  5. kaub balik dan masukan bawang  besar..
  6. perasakan dengan garam + gula dan serbuk perasa hilal
  7. kaub balikan and siap dihidang...





Tuesday, June 23, 2015

0 Jom Masak :: Sambal Tumis Udang petai

entry ni..
and entry-entry akan datang akan banyak pasal makan jew..insyaalah
sebab bulan ni jew aku rajin masak..
hari2 lain jarang benar aku nak masak kat rumah.. selalunya aku masak kat kedai.. hahah
if terliur dengan entry nih.. korang masak la.. hehhe


ggehehe.. Ramadhan 5 ..

keputusan nak masak jugak sambal udang petai ni dibuat 15 minit sebelum berbuka.. hehhe

menu ..simple and cepat jew..
sebab tetiba terasa nak makan jugak udang sambal tumis petai.. 

udang .. tak nak udang kecik,.
tekak terasa nak udang besar. huhuh...

bulan puasa , nafsu makan lain macam ckit.. kekke 

aku la.. 


so terjadi la sambal tumis udang petai untuk 2 orang makan..


SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
  1. Udang secukupnya.. 10 ekor ker.. sorang 5 ekor.. hehe
  2. 5 camca besar Cili Kisar *
  3. 2 camca besar bawang Kisar *
  4. 1 ulas Bawang Besar dihiris bulat-bulat
  5. Air Asam Jawa
  6. Garam secukupnya
  7. Gula
  8. Serbuk Perasa Hilal (optional)
  9. Petai
  10. Minyak untuk menumis

CARA MASAK
Style sendiri..
  1. Panaskan minyak
  2. Masukan bawang kisar , masak hingga bawang sedikit layu/wangi
  3. Masukan pula cili kisar + air asam jawa.. goreng sehingga naik minyak..
  4. Masukan petai dan bawang besar and masak dengan sedikit air.. sehingga sedikit mendidih
  5. dah mendidih masukan udang.. 
  6. perasakan dengan garam + gula dan serbuk perasa hilal
  7. kaub balikan and siap dihidang...






Monday, June 22, 2015

2 Jom Masak :: Asam Pedas Ikan Kembong

sehari sebelum 1 Ramadhan..
heheh hari Rabu la kan..

kat opis dah ada orang ofer  jual lauk siap..
kuih siap pun dah ada..
kuih raya kompom la ada

so balik nanti panaskan ajew..
kat opis aku nih letak jew apa..
pasti akan abis.. insyaallah..
ada jew orang beli.. salah sorang aku la.... geggege...

so bukan main la.. tulis oder..
nak asam pedas jew..
terasa nak makan... asam pedas..

tetiba.. hari kejadian.. oder tak dapat di hantar.
tokey tak dapat terima banyak tempahan lagi.. so dia batalkan semua oder terdahulu.. huhuh
tak per lah..tak dew rezeki

hahah.. nampak sangat kan malas masak..


dan sebagai membalas dendam sebab tak dapat makan arituh..
tekak terbayang dah  asam pedas .. makanya dengan gigih dan penuh usaha jayanya
aku masak la.. asam pedas...


ASAM PEDAS TUMIS 
cara aku la.. aku google bahan-bahan ada letak lengkuas halia and bla.. bla.. bla..
sebab dalam peti tak dew semua bahan tu.. so aku proceed yang mana ada jew.. :p


  1. Ikan Kembong.. aka Ikan Temenung.. heheh
  2. 2 camca besar Cili Kisar
  3. 1 camca besar Bawang Kisar
  4. Air
  5. 1/2 inci Belacan
  6. 4 Asam Keping
  7. 2 biji tomato - dibelah 4
  8. Bendi secukupnya
  9. segenggam daun kesum 
  10. 2 batang bunga kantan
  11. Minyak untuk menumis
  12. Garam dan Gula secekupnya

CARA MASAK
  1. Panaskan sedikit minyak 
  2. Goreng layu/sedikit perang bawang kisar 
  3. Masukan cili kisar dan sedikit belacan - goreng sehingga naik minyak
  4. masukan air + daun kesum + bunga kantan dan biarkan mendidih
  5. setelah mendidih masukan bendi.. masak sehingga bendi empuk
  6. masukan ikan.. (kacau pelahan supaya ikan tak hancur)
  7. perasakan dengan garam dan gula
  8. tutup api dan masukan tomato (tomato cepat masak, so aku biarkan tomato masak dengan sendirinya dalam periuk)

dah siap masak.. baunya.. pehh.. leh buat orang nak makan laaaaaa tu jugak..  
kreadit la jugak.. hubby puji sedap .. haha ( jarang dapt pujian nih) 



ni sendiri punya tekak nak makan.. setakatnih .. laki aku relakan jew aku nak masak apa pun.. hehhe
tapi dia dah request desert jugak hari tu.... nanti aku share..


Tuesday, June 9, 2015

0 Jom Masak : Patin Tempoyak Bangi

hehhe...
Kongsi resepi Tempoyak Patin ala-ala Bangi..

sebabnya ikan tu aku beli kat pasar Kajang jew.. 
and bawak balik masak kat bangi.. 
so aku bubuh la Patin Tempoyak Bangi..
aci tak.. kekke
kalo aku bubuh nama patin tempoyak kajang-Bangi macam panjang sangat..

sebabkan patin yang jual2 kat pasar nih tak se 'ori'  ikan patin yang belah-belah pantai timur tu.. 
so.. hasil dari resepi ni.. boleh la.. dari tak dew kan..
dah tahap teringin sangat dah nih
nak makan tempoyak patin..

kalo nak sedap ikan pun kena cari ikan patin yang mahal ckit tu.. baru la phehhhhh makan.. :p


PATIN MASAK TEMPOYAK
  1. Ikan Patin  (orang cakap patin buah lagi sedap dari patin sangkar) :p
  2. Daun Kesum
  3. Cili Padi *
  4. kunyit Hidup/serbuk kunyit *
  5. Tempoyak 
  6. Garam
  7. Asam Keping
  8. Air secukupnya

CARA MASAK
Cara aku ... campak2 jew 
  1. Tumbuk kasar bahan bertanda * (Cili Padi +kunyit Hidup/serbuk kunyit )
  2. Masuk ikan patin dalam periuk berisi air + asam keping + tempoyak dan bahan yang ditumbuk tadi
  3. Masak kesemua bahan hingga mendidih
  4. Masukan daun kesum dan garam secukup rasa..


 siap...
sebab semuanya rebus saja..

pstt:- korang suka x makan tempoyak patin? 
hehhe aku dgn hubby aku hantu betul dengan tempoyak patin nih..


Monday, June 1, 2015

0 Resepi : Ikan Bilis Goreng Simple

Kemain hari nih up gambar ikan bilis..
bukan ikan bilis biasa tau.. ni ikan ni sedap,  sebab aku yang masak...

kuangg...kuang .. kuang... ;p

minggu nih sengsorang jew dok umah..
nak masak lebih2 special malas..
sebab aku sorang yang makan...

memula ingat nak makan magiee jew..

tapi terbayang ikan bilis yang digoreng rangup
disaluti dengan bawang besar & cili kering ( baca dengan nada iklan tv yer :p)

baru best makan  dengan nasi panas-panas berasap tu..

hehe...

simple kan.. tong tang tong tang siap..
kurang dari 10 minit..

resepi wajib time sahur nanti..
pembuka selera di pagi hari..


IKAN BILIS GORENG 
  1. Ikan Bilis (beli yg mahal ckit baru rangup) :p
  2. Bawang Besar - potong bulat-bulat
  3. Cili kering/Cili Api
  4. Minyak secukupnya.. untuk menggoreng 
optional ( x bubuh pun x per,  ni gatal2 jew aku jew..)
  1. 1 Ulas bawag Putih - ketuk2 jew
  2. 1" halia potong halus


CARA MASAK
Aku yakin korang tau.. aku summery kan jew
  1. minyak kena betul2 panas 
  2. masuk ikan bilis goreng sampai garing.. (tos kan)
  3. goreng plak cili+ bawang + bahan optional tadi sampai layu..
  4. curahkan bawang goreng atas ikan bilis..  

so jadi lah macam nih.. jom makan..

Ikan Bilis Goreng Simple


Monday, May 5, 2014

10 Resepi : Kek coklat pertama pakai periuk tefal baru..

Assalammualaikum

Amacam panjang x tajuk.. hahha.. ok, aku saja panjangkan tajuk.. dengan harapan leh jadi duta tefal .. kekek (silalah muntah hijau yer dengan statment aku ni :p)

Kek coklat pertama pakai periuk baru aku.. hahah .. menjadi jugak la .. aku ingatkan tak jadi.. hahha

so percubaan pertama aku buat kek coklat yang selalu jugak aku buat satu ketika dulu..
dulu ok.. dulu2 punya... masa aku dok kampung and mak aku akan wajibkan aku untuk buat kek untuk bagi kat umah kenduri.. hahah... kampung kan.. kalo sebulan tu berderet jer tiap-tiap  minggu kenduri.cer bayangkan mau nya aku tiap-tiap minggu jugak la aku kena buat kek jew kerjanya...

now.. dah lama x buat.. sebab periuk baru punya pasal aku gigihkan diri nak try buat kek..

so arini nak #resepi.. kekek

kek coklat gaya orang malas.. hehhe x yah nak sukat ikut gram sangat.. pakai cawan jew..and yg penting 2 bijik telur jew guna...

bahan-bahan untuk buat kek


(aku asingkan siap2 supaya senang)

............ Bahan A...........
2 biji telur ayam
1 cawan gula pasir (leh kurangkan kepada 3/4 cawan)

#korang pukul/ bland jew gula and telur sampai kembang..sampai x rasa biji2 gula


..............Bahan B...........
1 cawan susu pekat (leh kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 cawan minyak masak

# masukkan bahan B,setelah bahan A kembang (kacau sebati) macam ni


...........Bahan C..............
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu soda berkabonat

# campurkan dalam 1bekas and ayakkan bersama sampai jagi macam nih


..........Bahan D..............
1 cawan air suam
( 1/2 cawan air panas + 1/2 cawan air sejuk)
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara nak buat..
dah kacau sebati  bahan A and Bahan B masukkan bahan C secara selang seli dengan air suam..(bahan D)
maksudnya masuk tepung, kacau sebati , pastu masukkan air suam plak.. pastu kacau lagi and masukkan pulak tepung.. buat sampai tepung abis and air suam abis.. baru masukkan asen vanila (x nak letak pun x per)


bakar dalam 30 minit , suhu 170 atau 180 darjah culcius..ataupun cucuk jer pakai sudu kalo x melekat tu maknanya dah masak.. (tu kalo nak bakar)
memandangkan aku nak guna periuk nasi baru, aku set (cake) pd manu periuk.. 45 minit masak..

masak dalam peruik nasi

set pd menu cake

done... satu adunan tadi aku bahagi 2..1 bakar and 1 lagi aku masak pakai periuk nasi
x banyak beza dari segi rasa. tapi kek yg aku bakar akan pecah pada bahagian atas. tapi bila masak pakai periuk kek jadi lebab ckit,

sebelum bakar korang leh letak coklat cip atau pun coklat rice ..kalo nak la.. hehe

nak buat toppeng dia.. paling senang...

bahan-bahan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak /buttercup (mentega pun boleh tapi masin ckit)

campurkan semua dalam periuk and kacau rata dengan api pelahan
siap

dah cair macam ni.. leh la tuang atas kek

silalah menjamu selera.. ermmm kalo nak buat topping macam ni.. silalah kurangkan gula dalam adunan kek.. sebab aku ni kurang makan makanan yg manis..adunan asal gula aku dah kurangkan.. hahah..


#resepi#kekcoklatsedap#jommakan

Thursday, January 2, 2014

11 Tahniah... Pemenang 2nd giveaway

Assalammualaikum...

hrumm... hrumm.. dengan ni diumumkan (kekek) ok2 seperti yang dijanjikan 2nd Giveaway my resepi my way dah abis dah...
 thanks kepada semua yang mensudikan diri join GA yg tak seberapa ni.. 

Tujuan .. saja nak kumpul resepi u all semua nak buat koleksi.. semua nampak menyelerakan.. and if ada yang x leh dikomen tuh sori la sebab macam2 dia mintak.. den ni malas ckit kalo nak masukkan angka2 pelik kat blog korang.. kkekek

So sebanyak 27 resepi yang dapat dikumpul..and TAHNIAH kepada pemilik blog 

v

v

v

v

v

v

ZAHRA ROSLAN

jumlah klik tertinggi 57 klik
  resepi donat mudah

second
v

v

v

v

v

v

v
 PETAK BUNGA DIARI

jumlah klik tertinggi  52 klik.. 
  resepi puding Roti versi Mudah

TAHNIAH sekali lagi and hadiah berupa perfume from jom beli emas on9 menjadi milik anda..

hehhe poyo plak ayat aku nih... ok 2..
thanks semua yg join and bg support inyaallah ada idea lagi next GA lah yer..  

Wednesday, January 1, 2014

14 {stiky post}- 2nd Giveaway my resepi my way..

Assalammualaikum

Seperti yang dijanjikan.. see see see.. my 2nd giveaway..




ermm orang buat GA ko pun nak buat jugak kan...ni kira second GA yg aku buat.. hope berjayalah hendaknya.. kekek

memandangkan tahap kepoyoaan aku tinggi , keke ok2 aku nak lancarkan GA ni.. tajuk nyer simple jer my resepi, my way.. hahah kan... if korang ada resepi yang best2 dari yg simple2 alam sampai yang payah2 alam jom kongsikan.. boleh jadi rujukan..sharing is caring sangat kan..

so oppcoz ada syarat tapi senang jew..
  1. follow and letakkan lipstik merah yana di sidebar anda..
  2. up entry pasal resepi anda (tak kisah la apa2 pun, desert ker, main couse ker, and bla2 like master chef tu, pendek kata apa2 pun boleh)
  3. 'add your link' pada inlink tool pada hujung entry ini
  4. masukkan jer maklumat yg diperlukan.. url entry and nama resepi anda and email 
  5. klik next step
  6. tekan skip this step
  7. pilih gambar tumbail yg nak dipaparkan
  8. done

ok done...tu jer.. just for fun..semoga berjaya yer kawan2..


Wednesday, December 25, 2013

13 Kek batik cream cheese bernestum

Assalammualaikum

Wah2 sebab tuan rumah buat GA makanya nak gak up entry pasal my favourite resepi kek batik..ermm dah di upgrade kepada kek batik cream cheese bernestum..
Hahha... amacam.. penuh berkrim lemak2 manis kan..

Ok Kek batik jew pun.. (org lain dah buat dah pun aku jew ketinggalan tran ) aku memang suka makan kek batik,  makanya gigihkan diri mintak resepi kat kak ita, member opis.. hehhe.. kira nih fist timer la aku buat kek batik ni.. cuba try test resepi baru dapat.. koi..koi..koi...tapi kan kan kan.. aku dah modified resepi nih..ikut suka hati aku..lari ckit dr resepi asal.. hehhe...sebabnya ada kisah disebalik nya.. hehhe

Ok..ok  memandangkan aku rajin tahap cipan.. aku akan tunjukkan kat korang step by step cara nak buat kek batik upgraded...resepi aku kan.. so ikut suka aku la.. nama pun my resepi, my way.. krikkk... krikkk...krikk.... ( op resepi org lain aku yg modified kan )


so bahan2 nya..Senang jew.. 
  1. 250g butter
  2. biskut marie
  3. 1/2 tin susu pekat
  4. 1 sudu kecil serbuk nescafe
  5. 1 sudu kecil serbuk agar2
  6. 3 sudu besar serbuk koko
  7. 3/4 cawan milo
  8. 3/4 cawan air
ni semua aku dah modified ckit2.. kekke ikut suka hati aku.. 


mula2 masukan air + serbuk agar2 boil sampai mendidih pada api paling slow yg korang ada.. 
api paling slow adalah api paling selamat so pakai yg slow2 jew yer..

dah boil , masukan plak buttercup.. butter tu aku potong bg kecik2 jew dulu senang nak kacau nanti..

ok dah jadi cair macam nih and masukkan 1/2 tin susu pekat  kacau lagi.. Kurangkan lagi pun x per.. nak lebihkan pun x per.. kalo terlebih manis pun korang yg makan kan... koi...koi..koi...

pastu masukkan milo sedikit demi sedikit and kacau lagi.. sampai milo abis, pastu masukan nescafe, kacau2 laju2...
masukkan plak serbuk koko pun sedikit demi sedikit..kacau laju2 jugak and jangan sampai berbuih and berketul2. api always kena slow2.

ok kacau sampai pekat agak2 la kepekatan yg korang nak cam ner..

sebelum tuh susun dulu biskut marie dalam loyang.. aku leh susun 9 keping biskut ngam2 jer utk loyang nih.. bagus2 tak yah aku kepak2kan lagi dah..

so curahkan jer dalam dulang.. hehhe ratakan bg tutup semua biskut..

pastu layerkan lagi dengan biskut.. ulang sampai biskut marie abis.. hehhe... pastikan coklat tuh last sekali..

dah selesai sejuk kan jew dalam peti..

untuk buat cream cheese makanya kena la ada cream cheese and  susu pekat dengan sukatan 
250g cream cheese 
1/2 tin susu pekat manis
nak wangi letak vanila..

mix jer pakai mixer, dah kembang baru la masukkan susu pekat ..mix dengan kelajuan tahap gaban.. if ada high speed 10, gunakan jew.. hehhe

pastu keluarkan kek batik tadi and letakkan cream cheese yang gebus tu.. ratakan

ratakan like this.. penuhkan jer dulang dengan chees tu..

last taburkan nestum jer.. hiasan.. nak banyak nestum bubuh la banyak2..
Masukkan semula dalam peti sejuk.. dah keras boleh potong 



 
ok done.. selamat mencuba.. if nak cuba la... :) 

Monday, December 16, 2013

0 Jom Masak :: Sambal Tumis Udang Petai

Assalammualaikum

Hehhe..balik kampung arituh request kat mak nak makan sambai tumis petai udang
lama sangat tak makan sambal tumis petai + udang..
kali nih as my request g beli jugak petai kat pasar tani..
nak buat sambal.. so makan tengahari nanti watak utamanya adalah
ikan keli goreng.
Ulam2 kampung and sambal tumis petai la...

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
  1. Udang - siang and buang bahagian yg x patut
  2. Petai - dipotong kecil
  3. Cili kering dikisar bersama 1 labu bawang besar + sedikit air + sedikit minyak & sedikit belacan 
  4. Minyak utk mengoreng
  5. Bawang besar/kecil - dihiris
  6. Bawang putih.. - diketuk
  7. Sedikit belacan * optional
  8. Serbuk perasa Hilal * optional
  9. Sedikit Garam 
  10. sedikit Gula
  11. Air Asam jawa

CARA MASAK
  1. Panaskan minyak dan gorengkan petai  balik2 kan and toskan (ketepikan)
  2. Guna minyak yg sama masa menggoreng petai tadi..Tumiskan bawang putih (diketuk) , hirisan bawang kecil/besar dan sedikit belacan (optional) sehingga naik bau/sedikit garing
  3. Masukan cili yang telah dikisar , goreng sehingga naik minyak
  4. Masukan garam dan sedikit gula. 
  5. Masukan petai yg telah ditoskan tadi 
  6. masukan air asam
  7. Masukan udang.. kacau sampai sebati and udang masak. 
  8. taburkan serbuk perasa (optional)


And siap.. sambal tumis udang stail aku + mak aku.. hahah..menu yang wajib akan aku masak bila time balik kampung.huhuh.

haha buat resepi bagai macam lah orang x pernah buat sambal tumis kan.. kekke ada aku kisah.. my blog kan.. suka ati lah.. peace yoooo...

Saturday, November 23, 2013

4 Kek ker muffin...

Assalammualaikum

Yes...yes.. yes.... jadi jugak kek aku, ermmm maffin kot... ermm dua2 lah kot sebab ni resepi kek, so aku maffinkan jer... hahahha.. boleh gituh..Ok2 ..im not sure jadi ker tak.. tapi berdasarkan rupa final result tu macam jadi jew. rasa pun ok la.. hahha perasan kejab..biasa la masak tak der mentor ni main bedal jew.. sukat2 bg betul ikut arahan , insyaallah kena gayanya jadi la kot kan... 

huhuhu dulu kalo buat kek tunjuk dulu kat mak dari jauh laung mak lepas nih nak masuk apa.. pas tu apa.. and bla.. bla.. bla... dah kawin ni, ermm .. mentor aku buku resepi jew lah..kalo jadi alhamdulillah, kalo x, kekke jadi bengkang lah..and again en.suami kena redho makan sampai abis jugak... kahh.. kah... kah....

Bahan2 nak buat senang jer.. hahha memang senang sebab tepung nya aku beli yg dah siap 
So balik campur2 jer..so kumpulkan dulu 

bahan2..
  1. 3 cawan gula Pasir
  2. 1 tin susu cair (aku pakai susu tepung jew bancuh siap2 and dapatkan dlm 1 tin lebih kurang 250ml)
  3. 6 biji telur
  4. 1 cawan minyak masak
  5. 1 cawan air suam (aku campurkan 1/2 cawan air panas and 1/2 cawan air sejuk)
  6. And las sekali tepung ready made...kekke


cara nak buat

Memandangkan aku x der mixcer aku pakai blander jer.. senang, hahah .. So pecahkan telur and bland selama 5 minit.. , Kemudian masuk kan gula bland lagi.. + minyak + susu cair + air suam.. so bland sampai bercampur semuanya.. And tranfer kan dlam bekas yg besar ckit sebab senang nak kacau dengan tepung nanti.. balik2 kan and gaul sampai sekata..and x berketul2.. 


Siap.. masukkan dlm bekas, pakai muffin paper tuh and masukkan dlam bekas tau fu fa kecik..Bekas ni ada banyak jer kat umah aku coz selalu buat puding coktail pakai bekas ni.. 


and kukus selama 5 ke 10 minit..final result

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

And done muffin aku.. huhuhu.. kalo ada coklat rice or coklat chip tabur dulu sebelum kukus pasti menawan hati.. hahah.. x per next se time..and kalo nak tau masak ke kek tak kek ni, cucuk muffin tadi , kalo x melekat kat sudu maknanya dah masak..

 ok bye..


Thursday, October 31, 2013

10 Kali nih biar dia jer yang masak...

Assalammualaikum

kes semalam - Heheh... peh tajuk..  so kompom la en.suami aku yang masak, yang ada kat rumah aku dengan en. suami jer pun kan.. kah..kah..kah..

Siap buat teaser  bagai semalam... geeer :p

En.suami yang pilih kupang nih.. ermm kupang rasanya.. aku pun x berapa kenal sangat kupang ker, lala ker, yang aku kenal kerang jer..hhehe boleh gituh... ( aku shoping kompom aku x beli benda ni, tak pandai nak masak per) so biarkan dia jer yang masak yer.. hhehe sapa suruh beli.. wah..wah.. wah...

So bahan2 yang diperlukan..and sempat aku snap
Kupang
Sos tiram
Bawang kisar (bawang putih +bawang putih)
Garam
Gula 
See.. see basuh dulu bg bersih2.. hhehe, abaikan tanda harga tu..

Panaskan minyak and masukan bawang kisar, dah agak garing sikit masukkan plak sos tiram.. sos tomato aku x sure.. rasanya masuk kot..
Hehhe so bahan seterusnya aku sure sebab  x ambik port sangat en.suami aku bubuh apa dalam masakkan dia. pembantu chef tengok jer..huhu

Ermm korang tengok org lelaki buat kerja..aku x tau apa motip ulu lesung disitu..dapur aku dah macam tongkang pecah jer.. bawangnya siap potong bagai tapi dalam masakan dia tu x bubuh2 pun.. hehhe heran aku.. x per lah redo jer..kang  komen banyak2 nanti x nak masak dah.. kekke...so makan jer lah yer.. rasa ermm boleh tahan la.. 

tapi yang tak boleh blah.. ermm siap buka buku resepi, ikutnya x pun.. hehhe
Tq en.suami sebab masak , lain kali masak lagi yer.. sesekali biar lah en.suami yang masak.. asyik aku jer.. buntu jugak..

Done ..by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close