Showing posts with label ::Store. Show all posts
Showing posts with label ::Store. Show all posts

Wednesday, March 29, 2017

2 excel jew guna untuk rekod kuar masuk barang

Assalammualaikum kawan-kawan ..
hehhe sesekali nak up cerita kat blog aku ni kan.. mula la aku dok memikir 
apa la ayat aku nak karang nih...
blur sungguh... sebab lama sangat tinggalkan blog, tu yang jadi kematu jew idea...

aku kengkadang kagum betul dengan korang yng selalu update korang punya blog
hehheh.. aku punya blog ni sendu tak kesudah.. hahha

cumanya sekarang la kan.. 
kot la korang nak baca...

aku ada la buat projek untuk opis aku kecil-kecilan...
ermm.. projek senang nak key in pengeluaran stok pakai habis kat pejabat nih,...
kesinambungan dari projek pengurusan stor yang aku pernah up dulu tu..

tambah baik sistem lama ..
guna kemudahan excel yang ada.. 
tapi tu lah.. aku still mengharapkan sistem online ..
oder pakai online jew..  macma mana kita beli kat lazada ker kat web ker.. 
aku nak sistem gituh la...

tapi tu la.. susah.. tak dak orang yg leh buat kat aku macam tu..hheheh
nak buat sendiri tak pandai...


okeh berbalik pada rekod pengeluaran barang 2 stor..
aku punya simple gila... tahap budak sekolah rendah.. 

masa mula2 aku buat nih try tanya adik aku macam mana dia buat urus pekerja2 kilang..
dia pakai excel biasa jew.. tu pun dia buat sendiri.. (ko tengok  ada kilang tapi kira gaji pakai manual puhh.. letih aku dengar)

so aku try belajar dari contoh yg dia bg kat aku tu.. 

so penggunaan vlookup and formating and bla.. bla.. bla.. tu aku faham baru aku leh buat ,blajar jugak kat you tube.. dah la BI aku ke laut.. so buat2 faham jew lah.. .sakit kepala aku dok pk..

.haha.. 
budak2 sangat kan aku.. kekke

mula-mula tu kena ada master list..
fungsi master list penting untuk kita masukkan maklumat berkaitan dengan pelangan kita contohnya... semua detail kena ada kat masterlist.. 
contoh , nama. lokasi dll..yg korang rasa penting

kemudian bina semua table2 atau sheet untk pengeluaran barang, belian barang, laporan (bos kau selalu mintak laporan huhuh)



ni bahagian pengeluaran..
aku key in maklumat berdasarkan barang yg dioder kat tempat aku ni la..(ikut borang la)
so aku just masukkan tarikh, nama.. dan meterial kod..sebab semua detail yg lain2 akan automatik keluar so tak yah aku key in berulang kali...

material kod tu korang reka la sendiri
macam dulu tu aku ada bg tau..


table pembelian barang pun penting..
sebab setiap kali aku restok barang tuliskan sekali no invoice /pembekal maklumat  nanti nak rujuk senang...

sttep ni penting sebab nanti akan mempengaruhi stok list korang.. hehhe



ni la yang paling penting dalam pengurusan stor..
aku kena tau tahap barang yang perlu aku oder atau tak..
contoh .. aku sengaja warnakan merah jika stok dah tinggal sikit and kena oder semula (just for remainder untuk aku atau pun aku just print and untuk tunjuk kat pembekal brg apa aku nak.. )

semua maklumat kat sini bergantung kepada pengeluaran dan pembelian stok pada awal tu..
jika aku restok barang.. kat stok list automatik akan update jumlah terkini..
macam tu jugak dengan pengeluaran .. setiap kali nak buat keluar barang.. stok list akan bg tau korang baki terkini..


and.. ni last.. bos suka mintak laporan.. ni masih manual. tapi ok la dari dulu sebab dulu aku kira 1 per 1.. borang tu.. now aku just guna filter. and masukan data jew.. lebih cepat dari dulu..

hehe.. tu jew lah.. korang yang niaga online pun boleh guna sistem nih sebab automatik.. melainkan korang memang dah ada biz besar hahha...

macam aku nih.. guna ni pun dah cukup.. 
tapi masih try cari solution part2 yg aku rasa boleh diejas lagi.. hehhe


ok tu jew dlu.. 

Friday, October 18, 2013

8 future plan yang... ermm... :p

Assalammualaikum...

hehhee... :P  !@#$%^^&* sebenarnya malu nak up entry ni..tapi nak up jugak tak kira.. hahha belog aku kan wekkk ...

Ingat tak plan yang marvelous di amour yang dirancang suatu ketika dulu (hehhe ayat) Aku pernah up entry pasal store aku kat sini (if x ingat la)  cita-cita aku nak upgrade store kepada ruang kerja macam aty punya rumah tu.. ermm... sebenarnya..macam ni alkisahnya...

Dengan perasaan bangganya aku cerita la plan aku kat en.suami.. siap lukis plan bagai.. dengan harapan adanya plan ini dia kan faham la kehendak aku..hehehe

bincang punya bincang punya bincang siap buat keluar kertas and tali tape lagi ukur keluasan bilik.. plan aku di REJECT. hahah (reject u all's -sedih) en.suami kata bilik tu kecik jer ayang oii..x leh nak susun macam tu.. ermmm aku reda walaupun aku cuba pertahankan berkali2 rancangan aku nih..hehe ( x boleh blah ayat aku ni kan, redo jer lah korang membaca ekk)

ok lah. memandangkan rancangan aku dah direject oleh tuan besar A.K.A en.suami.. aku biarkan jer dulu.. Kebetulan minggu depan berikutnya en.suami akan bekerja luar kawasan.. hehe aku mulakan operasi mengemas bilik sorang diri.. ermmm (gila ko.. tolak almari besar2 sorang2- hehe aku kan gagah lagi gigih. kalau aku kata nak nak jugak.. huhuh) ikut rancangan asal.. aku mulakan seorang diri.. hehe

plan ni GAGAL.. aku jer tak nak percaya en.suami.. padan muka, letih jer dapat.. hahha
bilik ni kecik sangat. nak buka meja pun x muat. barang2 pun banyak.. (hehhe macam iklan RHB plak- dapur pun kecik)

so kembalilah kepada susunatur asal..redo jer lah.. cuma yang aku  boleh buat adalah

  • menlebelkan kesemua kotak2 aku tu.
  • susun atur pakaian en.suami bagi kemas and tersusun
  • kategorikan penggunaan barangan yang jarang pakai/x pakai 

nanti lah aku up entry pasal susunatur baru dalam bilik stor ni..yang penting sekarang nih..cuba maintainkan kekemasan bilik ni.. hehheh (ayat buat sedap hati.. ermmm) & rakan2 belog yang ternantikan rupa baru store aku ni, lupakan jer lah yer... hehhe sebab gagal kan.. hehhe ampunnn..

kalau lah en.suami baca blog aku nih. mau nyer dia gelak sampai guling-guling kat aku..ermmm yana oh yana.. (sebenarnya aku x cerita pun aku buat kerja sorang diri, takut kena gelakkan jer .. hahha)

ok bye

Wednesday, September 25, 2013

3 Future Plan - nak ubah susun atur dalam bilik stor.

Assalamualaikum..
(+×%$& ¥% ₩) geee :p... semua orang mesti ada ruang store kan. yer lah banyak barang2 nak letak termasuk la pinggan mangkuk time kawin and macam2 lagi la.. Memandangkan ruang store ni jugak merupakan bilik pakaian en.suami. kompom2 la sedikit sebanyak kena susun atur jugak..sebulan sekali aku kemas jugak bilik ni (time malas jadi la 3 bulan sekali) supaya sentiasa nampak kemas..tapi..... (hehhe ada tapi2 plak..) ok ok.. ni susunatur asal dalam bilik store.  Almari siap pasang sebelah kiri manakala almari pakaian1&2 aku letak sebelah kanan.



almari sedia ada tuh memang aku masuk rumah dah ada dah almarinya (built in) so deside x yah buang la sebab boleh letak barang2 lain. Almari 1 adalah almari pakaian set bilik tidur , sebab dalam master bedroom dah ada almari (built in) almari pakaian tu aku letakkan dalam store jer. Almari pakaian 2 plak time aku bujang2 dulu ,dah 3 kali pindah angkut jer almari tu. Ruang 1 tu lah terletaknya semua khazanah alam.. 

apa yang ada area nih.. hheheh jeng2.. jeng.. jeng..

haha.. ok ni almari 1&2, toto pun ada (toto susah sikit nak simpan sebab besar)

ok.ni semua khazanah alam. 

hahha.. kan..pening kepala nak kemas macam mana..
(baju kerja en.suami suka sangat bertenggek kat situ)

so ni plan aku.. (geee)

sumber inpirasi nak ubah bilik ni jadi bilik kerja selain dari bilik stor, setelah baca entry yang berguna kat sini. Aku bukan bidadari terus dapat idea untuk ubahkan bilik stor nih jadi bilik kerja.(hehhe) thanks aty.
ok ni lebih kurang lakaran yang akan aku buat kat store ni. (harus la ada plan nak tunjuk kat en.suami, nanti dia faham la aku nak macam mana kan heheh)



Ruang 1 untuk diletakkan semua barang2 mini pelamin (pentas, bunga2an and bla bla bla) so plan tu nak tutup ruang 1 dengan almari 1 dan 2 
Ruang 2 plak aku nak letakkan meja kerja. (kira mini opis la)

ok done.. tu jer. hope plan untuk tranfrom stor ni berjaya, nanti aku update yer.. :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close