Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Wednesday, March 29, 2017

2 excel jew guna untuk rekod kuar masuk barang

Assalammualaikum kawan-kawan ..
hehhe sesekali nak up cerita kat blog aku ni kan.. mula la aku dok memikir 
apa la ayat aku nak karang nih...
blur sungguh... sebab lama sangat tinggalkan blog, tu yang jadi kematu jew idea...

aku kengkadang kagum betul dengan korang yng selalu update korang punya blog
hehheh.. aku punya blog ni sendu tak kesudah.. hahha

cumanya sekarang la kan.. 
kot la korang nak baca...

aku ada la buat projek untuk opis aku kecil-kecilan...
ermm.. projek senang nak key in pengeluaran stok pakai habis kat pejabat nih,...
kesinambungan dari projek pengurusan stor yang aku pernah up dulu tu..

tambah baik sistem lama ..
guna kemudahan excel yang ada.. 
tapi tu lah.. aku still mengharapkan sistem online ..
oder pakai online jew..  macma mana kita beli kat lazada ker kat web ker.. 
aku nak sistem gituh la...

tapi tu la.. susah.. tak dak orang yg leh buat kat aku macam tu..hheheh
nak buat sendiri tak pandai...


okeh berbalik pada rekod pengeluaran barang 2 stor..
aku punya simple gila... tahap budak sekolah rendah.. 

masa mula2 aku buat nih try tanya adik aku macam mana dia buat urus pekerja2 kilang..
dia pakai excel biasa jew.. tu pun dia buat sendiri.. (ko tengok  ada kilang tapi kira gaji pakai manual puhh.. letih aku dengar)

so aku try belajar dari contoh yg dia bg kat aku tu.. 

so penggunaan vlookup and formating and bla.. bla.. bla.. tu aku faham baru aku leh buat ,blajar jugak kat you tube.. dah la BI aku ke laut.. so buat2 faham jew lah.. .sakit kepala aku dok pk..

.haha.. 
budak2 sangat kan aku.. kekke

mula-mula tu kena ada master list..
fungsi master list penting untuk kita masukkan maklumat berkaitan dengan pelangan kita contohnya... semua detail kena ada kat masterlist.. 
contoh , nama. lokasi dll..yg korang rasa penting

kemudian bina semua table2 atau sheet untk pengeluaran barang, belian barang, laporan (bos kau selalu mintak laporan huhuh)



ni bahagian pengeluaran..
aku key in maklumat berdasarkan barang yg dioder kat tempat aku ni la..(ikut borang la)
so aku just masukkan tarikh, nama.. dan meterial kod..sebab semua detail yg lain2 akan automatik keluar so tak yah aku key in berulang kali...

material kod tu korang reka la sendiri
macam dulu tu aku ada bg tau..


table pembelian barang pun penting..
sebab setiap kali aku restok barang tuliskan sekali no invoice /pembekal maklumat  nanti nak rujuk senang...

sttep ni penting sebab nanti akan mempengaruhi stok list korang.. hehhe



ni la yang paling penting dalam pengurusan stor..
aku kena tau tahap barang yang perlu aku oder atau tak..
contoh .. aku sengaja warnakan merah jika stok dah tinggal sikit and kena oder semula (just for remainder untuk aku atau pun aku just print and untuk tunjuk kat pembekal brg apa aku nak.. )

semua maklumat kat sini bergantung kepada pengeluaran dan pembelian stok pada awal tu..
jika aku restok barang.. kat stok list automatik akan update jumlah terkini..
macam tu jugak dengan pengeluaran .. setiap kali nak buat keluar barang.. stok list akan bg tau korang baki terkini..


and.. ni last.. bos suka mintak laporan.. ni masih manual. tapi ok la dari dulu sebab dulu aku kira 1 per 1.. borang tu.. now aku just guna filter. and masukan data jew.. lebih cepat dari dulu..

hehe.. tu jew lah.. korang yang niaga online pun boleh guna sistem nih sebab automatik.. melainkan korang memang dah ada biz besar hahha...

macam aku nih.. guna ni pun dah cukup.. 
tapi masih try cari solution part2 yg aku rasa boleh diejas lagi.. hehhe


ok tu jew dlu.. 

Wednesday, December 3, 2014

18 { Projek d.i.y } - Kotak simpan stok kertas


Projek diy ni berkuatkuasa semalam sebab opis nak kena audit keselamatan ok.. 
bukan  audit 5S, kalo audit 5S lagi kemas kot aku buat.. hahhaha (ok fine aku perasan jew)

u see.. nak audit baru hegeh nak buat.. lalalalla...

kawasan lain dah lulus dah ujian kebersihan and kekemasan kat mata aku.. but

untuk simpan kertas2 yang besar nih problem..
main sandar jew kat belakang pintu.. kengkadang jatuh, pastu penyek2...

so untuk diy merapu aku nih.. just guna kotak kosong..paling cun kotak toner nih.. sesuai sangat u.allss 




step paling senang..
  1. potong bahagian atas bukaan kotak.. kalo nak senang just ikut ira dia jew.. 
  2. susun kesemua kotak yg dah dipotong bukaan kotak tadi secara selari
  3. tapekan  jew ketiga-tiga kotak tadi bagi kemas 
  4. guna kertas majung putih untuk balut kotak yang dah dicantum tadi...

tada.....



v

v

v

v

v

v

v

v


masukkan kertas dalam ni.. 




ok dah kemas.. dah cun dah bersih dah teratur..
and yg best aku dah berjaya create sistem storan baru untuk kertas2 cam ginih...

korang plak macam mana?

Wednesday, March 19, 2014

26 Susun Atur :: Office Area, Susun atur and cording item

Assalammualaikum


Disebabkan aku dapat email dr salah seorang pembaca blog aku.. so dia request and tanya cara aku manage barang dalam nih.. hehhe... so tajuk aku bedal jew.hope  tersampailah maksudnya.. hehhe :p

kisah2 susun atur aku tuh boleh la refer entry 2 aku ek..

ni salah 1 contoh dalam kabinet opis .. so untuk kabinet ni aku ada 5 partition . setiap 1 partition tuh aku asingkan item2 yang kekerapan penggunaan yang aku rasa tinggi.. hehh.. labelkan rak tadi.. 1 - 5. kiraan tingkat aku kira dr bawah ke atas..


segala jenis pen aku letakkan kat tingkat atas sekali.. and nampak tak aku hang kan sebahagian pen tu..
motif.. if aku letakkan semua jew dalam rak.. akan nampak serabut dan padat.. so kena fikirkan solution yang mana kita buka kabinet kita akan nampak semua item, tanpa perlu alih2kan item2 tersebut... leh capai dengan mudah dan susunan asal x mudah selerak..(hhhehe ayat sastra jab :P)
untuk rak tingkat pertama jew aku ada 13 item alat tulis .. padahal dalam rak just muat2 untuk 5 or 6  item jew untuk nampak kemas.. kaedah hang nih membantu jimatkan ruang dalam kabinet. 

cara aku kodkan  item2 nih. just.

contoh : kabinet 6
so kod yg aku reka untuk kad petak and kad daftar akan jadi  6.5.1
No.6 (kabinet)
No.5 (tingkat kelima dalam kabinet)
No.1 (item pertama dalam tingkat kelima)

nak cording item2 ni belasah jew tapi mestilah senang nak cari nanti.. if nak gantikan dengan abjab pun ok..janji faham.. and orang akan datang leh follow jer ..

zoom out ckit 


so.. kad petak akan jadi 13 helai.. maka aku steplerkan sekali jer.. and masukkan dalam poket file, aku pernah up jugak entry pasal tu kat sini sebab berada dalam tingkat yang sama , so setiap kali barang dikeluarkan maka setiap kali tu lah kena rekod kat kad petak ni.


kad petak kat jabatan aku.. ada paras stok minima and maksima..
minima tu maksudnya kalo stok barang dah tinggal separuh or 3/4 suku makanya kena la aku meng'oder ,
and paras maksimum untuk oder barang kena ditetapkan supaya oder tak melebihi paras maksimum motif nyer utk elak pembaziran and dapat jimatkan space jugak..

susunan fail ikut kategori 

pelbagai toner


borang kena disediakan jugak. sebab opis aku masih pakai sistem manual. Sistem e. oder tuh just untuk pegawai aset oder barang dr stor pusat ke PTJ. bila barang dah sampai ke PTJ, pegawai aset jer lah yang bertanggujawab nak handle masalah ni..

sebab aku baik hati and sedikit rajin senarai semak item2 dlam kabinet aku cetakkan jugak untuk letak bersama borang permohonan. so if nak shoping x tau nama, leh la rujuk kat file tu.

ok .. done.. hope menjawab persoalan..ekekk

notakakitangan: nak sistem yang staff leh oder online/atas talian. aku luluskan and hantar barang jew. macam sistem online barang kat tenet tu.. heheh.. bajet berangan jab.

Wednesday, March 12, 2014

2 Isi masa luang. update blog

Assalammualaikum

heheh.. isi masa luang wehh..kekke.. kat opis pun ada masa terluang.. aku jew ada .. orang lain x de.. :p bosan menunggu komputer yang nak kena format baru , sempat la aku g jalan2 dulu...  pc ni  bos aku yang punya.. memandangkan dia dah ke PTD so pc nih ank buah nya nak .. so aku, kena la format bg kosong semula.. tapi data2 lama yang bos nak tuh minggu lepas lagi aku dahh tranfer.. baru hari nih aku rajin ckit nak format.. :p


see... pada saat ini.. baru banyak nih.. bagi aku lama jer setiap kali nak format baru..as i told u tadi la.. sempat la g kacau2 orang lain buat kerja.. hehe  so masa2 terluang tuh aku x tau nak buat per.. sebab dalam bilik nih aku sengsorang jew..kira ni lah bilik stor and jugak bilik yang aku jadikan tempat nak setup2 pc bos + staff la kan... aku sorang jew ada 2 tempat duduk.. 1, kat pejabat, tu opis bagi.. and 1 lagi kat stor, aku buat hak sendiri.. 

zoommmm ckit... see... aku plak? hehhe update blog, buka blog and tengok blog kawan2..  melayan perasaan jab kisah susunatur rakan2 blog.. aku?.. hehhe 2 3 bulan nih begitu the malas..and selalu jew berebut laptop ni dengan hubby.. 


tapi bilo korang zoom out.. ni lah rupanya meja kerja aku yang tak semenggah..banyak kali aku kemas nih.. elok kemas jew datang 1 lagi pc nak repair.. so aku kemas macam x der maknya jew.. kekke so untuk siapkan pc nih aku perlukan 1 hari nak disiapkan .. tu time termasuk aku rehat and x sempat nak settlekan kerja dah kena panggil utk urusan lain plak..

tapi tak per, ni kerja.. aku suka bab2 format nih..tambah2 dok dalam nih sorang2.. hilang ketensionan diri

makanya aku sempat jugak update barang makeup baru..

eyeshadow make-up kit.. serius best.. kecik sebesar tapak tangan.. muat2 bubuh dalam beg tangan/beg makeup..ada 3 warna 


summer eyes

boudoir eyes  


Natural Eyes
RM28.00
postage RM6.00

seperti biasa boleh sms/whatapss/viber aku.. 
kompom korang marah aku sebab ayik buat iklan jew.. hehhe



Thursday, March 6, 2014

5 Susun Atur :: Office Area, Stor done akhirnya. .

Assalammualaikum

Yes.... done akhirnya..
korang rasa aku ambik masa berapa lama nak settlekan semua projek susunatur aku nih.. kah kah kah... sebulan ok.. sebulan.. 
ehh yer ker sebulan.. entahlah . Rasanya sebulan la kot.. 

ok nak susun2 and kemas semua nih aku ambik masa kejab jew..kalo korang ingat la aku aku pernah cerita kat sini..

susun ikut kategori ikut geng ikut kawan kat umah diorang masing.. pas tu.. sikit sikit aku ubah lagi sampai capai tahap piawaian yg aku nak.. kekke.. 

so last part.. settlekan semua surat beranak diorang.. baru lah settle bab susun atur stor opis aku nih..and dah boleh diguna sepenuhnya.. so sistem lama slow2 hapuskan. .

Now. new look..stor dah dikemaskini dengan label2 baru 

And terbaru..pasangkan lock pada setiap kabinet.. Murah jew lock nih. X silap RM23.00 satu. Tapi kalo kat kedai mungkin murah lagi. Kalo pakai pembekal untuk urusan gini harus la harga akan jadi tinggi skit. and yang pastinya kena la ikut prosidur pembelian and harus la semuanya akan ambik masa lama nak settle.

motip lock-. sebelum nih, semua  barang ambik sendiri jew, tanpa pemantauan and op coz la time nak kira stok aku yang merapu raban sebab baki x sama dengan rekod.. hahha...now. haven ckit nak kira stok tapi aku kena tambah 1 lagi kerja menghantar barang2 kat diorang.. kira COD.. cuma x bayar jer..

so nak mudahkan lagi ,aku displaykan  item- item nih untuk setiap kabinet.. 
pic semua aku cari kat mr.google..

nak bertambah senang kerja,. lebihan pc lama aku pasangkan kat sudut stor. So stok masuk or keluar terus aku leh rekod masuk komputer.. Tapi sebelum aku pasang kat sini.. harus la aku kena format and upgred dulu..baru leh guna..



 senarai item pun dah siap. Kad daftar stok pun dah siap kat petak pun dah siap tampal kat poket fail.. ermm semua sekali 143 item.. gila weh nak kira 1 persatu baki sedia ada. nak buat surat beranak diorang 1 persatu and daftarkan 1 persatu.. cer korang kira 143 item darapkan dengan  3 x kena tulis benda yang sama bersamaan 429 aku buat benda yang sama.. aku pun x tau kenapa kena buat benda yang sama.. heheh harus usulkan kat kerajaan x yah buat benda yang sama.. hheh

and sebeban kunci pun dah siap dilabel.. ermm ni pun kena buat 2 x jugak.. 1 aku pegang and 1 lagi aku bg PA aku pegang.. semua nih harus la kan makan sebulan lebih.. sebab aku buat time free yang x berapa nak free sejak 2 menjak nih.. kkeke

tempahan rak/papan seminggu ++
Update barang stok 2 minggu ++ (kad daftar stok, kat petak, poket fail, picture and kira stok 1 persatu.) 
tempah kunci 1 minggu ++

nota kaki tangan : 
nak bodek bos belikan sistem pengurusan stok yang canggih ckit.. yang x yah buat kerja 3 kali semata2 nak update barang.. nak macam kat supermarket yang aku kerja dulu scan jer..senang. jimat masa.bajet bos baca entry aku nih..

Monday, January 27, 2014

5 { Projek d.i.y } - poket kad petak..

Assalammualaikum...

Projek DIY lagi.. ermm d.i.y saja kan ko yana.. hehe.. dah nak buat cam ner.. redho jer la.. arituh aku mintak rak tambahan untuk 5S kan stor pun membebel .. ni apatah lagi benda simple2 cam ginih... mau nya bos suruh aku buat jer bangunan baru.. hehe.. 

dalam ati aku.. ermm  ok jugak tuh leh reseved 1 parking kat aku.. hahahha... opsss.. (bos tak baca nih) lalalalal...

ok projek d.i.y  aku ni so simple... simple yang amat.. sesuai dengan bajet ciput nih.. 

ermmm sebenarnya tak mengeluarkan sebarang kos pun sebab aku guna semua apa yang ada kat opis jew.. sesuai la sangat dengan prinsip penjimatan kat opis aku nih... jimat jimat jimat.....

ok d.i.y ni perlukan sampul surat saiz A4, and  clear tape, hhohooh senang kan.. and tool untuk projek nih pun pisau/gunting, pembaris,  masking tape and kertas stiker.

sediakan sampul surat saiz A4 sebab aku nak masukkan kad petak nanti dalam nih.. senang sama saiz..

just ukur and bajet la besar mana nak.. potong pada penjuru sampul.. guna pisau or gunting.. mana2 pun boleh janji boleh potong.. kekke...
macam aku , lebih prefer pakai pisau ,sebab kalo aku menggunting mesti and harus akan senget benget.. 

dah potong , sampul akan jadi macam nih.. so potong lagi lebihan pada bahagian atas sampul...

susun lah bertingket.. tingket... hhaha.. ikut la banyak mana nak di tingket2 kan...  peringkat nih kena ukur sama jarak antara 1 sama lain..

sebelum lekatkan bahagian atas.. ukur bg sama and tapekan jer bawah sampul.. bab nih setiap kali nak tape kena teliti ckit.. kalo x nanti senget benget.. 


and dah settlekan bawah sampul, tape kan plak bahagian atas sampul.. like this,


so... siap... aku pakai masking tape jugak untuk kemasan bahagian tepi sampul.. nampak la keras la ckit.. 


printkan label 

and tampal pada setiap slot... hahha... so masukkkan lah kad petak dalam poket yang disediakan..

ok .. tu jer... siap.. projek diy.. nanti aku bg tau mana aku letakkan semua benda alah nih... 

Thursday, January 2, 2014

10 Susun Atur :: Office Area ,Sambungan... susun atur barang stor opis

Assalammualaikumm

ok..aku sambung balik perkembangan stor opis aku nih... mood tengah rajin nak mengemas ni.. hehe.. korang tau sebab apa aku rajin sangat ni.. hehhe harus la berkait rapat dengan tajuk entry tah apa2 dr aku kat sini... so sambungan dari kisah entry yang sama  pada hari yang sama up entry jer hari yang lain..huhuhu... i bz u all... bzzzzz sangat.. :( kekek wekk wekk wekkk...

see sebelum tuh aku keluarkan semua khazanah alam and jadi lah lapang macam nih
macam aku bg tau awal dulu ni jer space yang ada.. 2 partation

so petang semalam jugak diorang pasang another partition untuk semua almari.. 
drill and tebuk jer... papan tuh dah lama tempah so semalam barang sampai and diorang terus pasang ... 



dalam masa 30 minit jer pun nak settlekan all this.. nasib baik aku pantau kalo tak 1 almari dah tersenget.. 
so settle bahagian nak masukkan papan nih.. semua almari dah ada 4 partition.. 
suka.. suka.. suka... suka wehhh...

cehhh bajet macam almari rumah sendiri jek..Kan kan kan.. ter over sudah

aku susun susun dulu sebahagian item2 nih..
plan aku , parttition bawah ni untuk letak item alat tulis jer.. macam pen, pencil, gunting and dll la... +  ada jer problem nak susun semua barang ikut geng sebab,  ruang sempit and terhad, barang pulak banyak.. so plan aku nak hang jew semua yang boleh kat tepi pintu.. pakai barang sedia ada jer.. berkonsepkan recycle gituh.. tolong bos jimatkan perbelanjaan opis.. kah kah..kah.. .. hehhe.. 

bila buka almari haven la ckit coz semua nampak teratur and senang nak ambik.. like 

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 this

this 

and this..



And this view dr dalam almari..  
ermm ni semua x sudah lagi..wajib and perlu dilabelkan semua ni.. dispaly item pun kena letak jugak.

hhehe.. haven ckit la kan..  hehhe

next projek kena tampal label. sediakan kat petak, and kat daftar.. peh bab nih yng bercinta nih..

ok done.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close