Showing posts with label recycle project. Show all posts
Showing posts with label recycle project. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

18 { Projek d.i.y } - Kotak simpan stok kertas


Projek diy ni berkuatkuasa semalam sebab opis nak kena audit keselamatan ok.. 
bukan  audit 5S, kalo audit 5S lagi kemas kot aku buat.. hahhaha (ok fine aku perasan jew)

u see.. nak audit baru hegeh nak buat.. lalalalla...

kawasan lain dah lulus dah ujian kebersihan and kekemasan kat mata aku.. but

untuk simpan kertas2 yang besar nih problem..
main sandar jew kat belakang pintu.. kengkadang jatuh, pastu penyek2...

so untuk diy merapu aku nih.. just guna kotak kosong..paling cun kotak toner nih.. sesuai sangat u.allss 




step paling senang..
  1. potong bahagian atas bukaan kotak.. kalo nak senang just ikut ira dia jew.. 
  2. susun kesemua kotak yg dah dipotong bukaan kotak tadi secara selari
  3. tapekan  jew ketiga-tiga kotak tadi bagi kemas 
  4. guna kertas majung putih untuk balut kotak yang dah dicantum tadi...

tada.....



v

v

v

v

v

v

v

v


masukkan kertas dalam ni.. 




ok dah kemas.. dah cun dah bersih dah teratur..
and yg best aku dah berjaya create sistem storan baru untuk kertas2 cam ginih...

korang plak macam mana?

Wednesday, April 9, 2014

12 { Projek d.i.y } tool box

Assalammualaikum

Cer teka.. cer teka.. hhehe 
Ok x yah nak berteka la sangat ekk. tak der per pun.. ni sebenarnya magnet whiteboard button. Ala magnet yang selalu banyak jew kat kedai buku tu untuk tampal2 kat whiteboard tu..

sebetulnya, puas fikir, mana nak cari magnet.. yang dok dalam bayangan aku magnet nih just ada kat radio rosak..buka semua isiperut pasti akan jumpa magnet. maafkan diri sendiri jek sebab.sel sel otak aku tak bersambung.. arghhhhhhhhhh...

Tapi semalam.. aku sembang2 kosong dengan kawan2 opis. Saje jew tanya mana nak cari magnet.. sorang suruh cari kat kedai basikal.kedai hardware..ahh diorang saja jew nak kenakan aku..

sembang sembang kosong tu, sorang kata pakai jer lah magnet button ni.. kecik jew aku tengok.. aku nak yg besar punya

Apa yg aku buat.. Aku g bilik bos aku.. tengok and test magnet nih.. besar ke kecik sesuai x dgn apa yg aku nak.. hhahha macam sesuai jew if aku camtumkan diorang bersama..

.. bos saya ambik semua leh.. bos tak pakai kan kan kan...lalala...


So korek and kuarkan magnet dr dlam case dia..

clearkan gam/ double sided tape pd magnet  magnet.

cantum kan magnet tadi and masukkan dlm bekas jarum.. 

hahha.. lepas nih jarum x mudah bercampur2 dgn yg lain. + senang nak ambik time nak guna + senang nak sedut if jarum jatuh.. hehehe

idea asal. Mak aku.. dia guna magnet untuk kumpulkan jarum peniti .. tukang jahit kompom banyak nak pakai jarum kan..

so..aku upgred dari sistem lama yang aku pernah up dulu kat sini.. sebab tak berapa berjaya sistem tu aku tukar lagi sampai puas hati.. heheh


Saturday, November 30, 2013

3 { Projek d.i.y } - Manfaatkan ruang atas peti

Assalammualaikum

Always ari sabtu x der benda nak buat.. hhehe..  zzzzzzzzzzzzzzz....

Ok2 sebenarnya banyak jer kerja nak buat.. hahha dlam stor tuh dah macam sarang tikus dah.. bila la nak kemas entahla.. mood nak kemas x sampai lagi utk area stor tih..pifff..

Ok ari nih memang plan nak diy ckit..sebab dah ada plan yg berbulan- bulan nak manfaatkan ruang atas peti ais tu.. gap antara almari dengan peti ais ada dalam 8 inci.. banyak benda boleh bubuh atas peti tuh..hehe..x harus dibiarkan kosong.. hahha.. 

ok ok peti ais aku kecik yer yg 2 pintu jer pun..ruang peti sejuk tu plak untuk peti sejuk yg besar2 canggih tuh..hhee so sebab tu ada ruang jew bila peti ais aku masuk kat area nih..


See.. hehhe done my diy projek..Kotak untuk aku letak tipuware aku yang banyak2 tu.. malas nak panjat dah..so tipuware dlm kotak nih memang selalu guna..So that y malas nak susun dlam almari semula..tinggi oo..like I tol u b4.. hhehe

Yang sebelah kotak lagi tuh koleksi buku resepi..and deko ckit dengan Pokok bunga tipu..

So tool utk siapkan projek ni always akan perlukan kotak.. so aku angkut kotak A4 kat opis tu..hehhe 

1. Ukur dulu ketinggian kotak.. kalo lebih potong jew.. memandangkan gap antara peti dgn almari 8 inci jew. Maka harus la kena ukur and potong .
Aku potong keempat2  penjuru kotak jer..Pastu lipat kedalam sebab  nak bg keras ckit.
Continue untuk ke2 dua kotak..

So guna hot glue gum utk gamkan lipatan kotak tadi..and cantumkan kedua2 kotak menjadi 1 kotak..

Like this..and balut bagi comel2. 

Pic before yang rajin sangat main campak atas peti jew..

Friday, November 15, 2013

32 Recycle projek- labeling wayar guna tag roti

Assalammualaikum

Projek diy la sangat kan.. simple jer projeknya.... ermm ni sebenarnya projek tertangguh.. dah lama sangat nak buat tapi x cukup rajin tahap gaban lagi.. walaupun projek ni simple gila.. hhaha ko tengok bila si M " bertenggek susah tul nak buat kerja..

Sempena cabaran bulan november nih. Fizah buat cabaran dapur, maka aku gigihkan jugak buat this projek.. kekke.. biar fizah pening tengok link antry yg berlambak2 tu... tu baru seminggu kalo sebulan mau kena upah PA.. hehhe (lawak jer) and salah sorang penyumbang entry kompom la aku kan.. geeerrr :p


hehhe... see roti jer kan.. so selain enak dimakan begitu sahaja.. boleh jugak dibuat puding roti as i tol u kat entry nih.. and tag nya berlambak2 jer kat umah.. aku simpan untuk projek melabel kabel guna tag roti lah..hahah projek recycle jer pun..

ambik jer maker pen and korang warna kan jer seluruh tag nih.. depan and belakang.. if ada cat spary pun ok nampak la sekata ckit .. aku guna barang sedia ada jer kat umah.. bila warnakan guna maker pen macam nih akan nampak corak2 ckit.. so tak kisah la.. nampak seni ckit kan.. free hand.. huhuh 

so aku settlekan mewarna 4 tag roti., warna gold ok.. hehhe, kalo warna silver cantik gak kan..x per lain kali

motif aku warna sebab nak seragam warna tag yang warna warni tu. X nak warnakan pun x per, depand la kan..X menjelaskan pun..

and korang print jer atas transparent stiker..  potong comel2 and lekatkan pada setiap tag. aku tampalkan sekali lagi, sebab nak bagi nampak gloosy ckit and tulisan x mudah tanggal.. 

Done.. klipkan jer kat wayar2 kat dapur aku tu..so senang untuk aku cam mana satu wayar periuk.oven and bla..bla..bla..
Bye.. again kualiti pic x cantik..pakai phone jer.. huhuhu :(

Tuesday, October 1, 2013

4 {Recycle Project } - apa lagi bekas comel nih boleh buat?

Assalammualaikum. . Ok ni bekas kuih raya yg comel tu.Nak tau pasal nyer ada kat sini.. ketaksuban keatas bekas ni menjadi2 jer...geeeee :).  Memandangkan aku ada 2 3 bekas macam nih, so salah 1 nya aku jadikan..  jeng..jeng..jeng.. (haha poyo jer)

Bekas  marjerin. ok la kan bekas marjerin jer pun, boleh letakkan dalam bekas sarapan pagi, kecik an comel jer atas meja, bila dah comel ada semangat la makan bersama roti  (aku rasa la)

haha.. basuh bersih2. masukan marjerin dalam bekas comel nih 

ratakan dengan sudu

so dah rata and bersihkan lebihan marjerin disekeliling

Hahha.. cantik x kak ton. kekke ok just labelkan jer (jika perlu) done..ahhah cantik kan. (peh perasan-ok cantik bg aku ler)

 motif- heheh sebab aku beli marjerin dalam paket plastik, so ni la kaedah pengstoran yg aku gunakan. baki selebihnya aku letak dalam tapeware besar , so aku ada 2 bekas marjerin , 1 untuk sarapan pagi and 1 lagi untuk guna nak masak2.. 

Saturday, September 28, 2013

8 {Recycle project} - transform bekas mayonis jadi bekas susu.

Assalammualaikum. . 

Tajuk entry, panjang ooo.hehe.. (x per lah., blog aku kan) so memandangkan tajuknya pun dah jelas lagi bersuluh, aku just transform jer bekas majonis nih jadi bekas susu, hehhe..senang kan.x yah susah beli bekas baru.
Ok. Ni dah siap basuh. Dah nampak macam bekas baru kan.kan.kan..  ;) hehhe aku just rendamkan dengan air sabun (lg lama lg bagus) Dah tuh tanggalkan kertas mayo and getah2 pada botol tu, lap pakai minyak jer..

Now, masukan jer susu kedalam bekas mayo.

Haha.done. simple jer. semudah abc, hahha
Jom recycle.

Sunday, September 8, 2013

2 {Recycle Projek} - Tempat letak barang2 comel aku

Assalamualaikum..  Selamat hari raya.. (raya dah lepas dah pun) post hari nih bukan cerita pasal raya yer.. tapi pasal bekas kuih raya yang comel2 nih. (Dah imm lama sejak dok atas meja tamu tuh)
Hheh. comel kan. 3x3 inci. Sesuai sangat dengan project aku. (Project la sangat).

Close up ckit 

Hehe.. done..kotak tadi cuci bersih (if getah salotepe still ada lagi guna minyak untuk tanggalkan)
So kotak tadi dah jadi bekas letak cotton buds, span muka and getah rambut dll (bahan yang kecik2 la) So if korang jumpa bekas yang dirasakan sesuai untuk dijadikan bahan untuk disusun atur. guna pakai jer (kitar semula) if rajin boleh deco2 ckit kat kotak tuh dengan reben or manik.. done

-xoxo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close