Tuesday, June 30, 2015

2 Jom Masak:: Ikan Bilis Goreng Cili Padi

heheh... selera tak tajuk aku bg kat menu aku nih..
kekek..

menu ni sapa suka pedas and leh tahan tahap kepedasan melampau leh try test
memang aku punya forberot ni.. hehhe

menu last minit jew semalam masak
plannya nak masak menu lain...
tengah2 menggoreng tetiba tukar plak..

IKAN BILIS GORENG CILI PADI
  1. Segenggam cili padi *
  2. Ikan Bilis
  3. 1" kunyit hidup *
  4. 1 biji Bawang besar *
  5. 1' belacan *
  6. Minyak untuk menumis
  7. 1 labu bawang putih - diketuk
  8. 1 biji bawang besar - dipotong 8
  9. 2 sudu besar gula 
  10. garam 

CARA MASAK
  1. Kisar kesemua bahan bertanda *
  2. Gorengkan ikan bilis dan toskan - ketepikan dulu
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama (goreng ikan bilis) tumiskan bawang putih
  4. dah sedikit garing masukan bahan yang dikisar tadi
  5. goreng hingga sedikit mendidih and tambahkan asam keping , bawang besar yang dipotong gula and garam secukup rasa
  6. masak cili sampai garing and naik minyak.. jika cili sedikit kering tambahkan minyak kemudian
  7. dah betul2 naik minyak and cili dah mula bertukar warna (garing)  masukkan ikan bilis..
  8. kaub balikan and siap untuk dihidang.. 



tips - untuk mengurangkan rasa pedas melampau..pastikan cili digoreng sampai masak. betul2 garing tau.. gula jugak kena pandai agak2..if masih rasa pedas tambahkan gula and asam secukupnya.. sebabkan aku dah biasa and boleh agak dah kuantiti resepi aku ni..so aku tulis la 2 sudu besar gula.. hehhe

Monday, June 29, 2015

4 Jom Masak: Singgang Ikan Aya

Ramadhan 11
menu.. request dari cik abg .. mr. husben.. simple jew.. dia nak makan budu..
yerr budu cicah ulam kangkung..hehhe

tapi nak makan budu
kena ada pelengkap kepada budu..
iaitu Singgang Ikan aya hitam..

Resepi dari mak mertua
dia yang ajar aku buat nih
senang jew.. rebus

aku pun mula2 tak berapa in' dengan rasa resepi nih
tapi bila dah lama2 ok jew..
sedap jugak.. cicahla dengan budu.. kekek


SINGGANG IKAN AYA A.K.A IKAN TONGKOL
  1. Ikan Aya/tongkol
  2. 3 keping Asam Keping .... hehhe
  3. 1" lengkuas - dihiris
  4. 1" kunyit - dihiris
  5. Garam
  6. 4 batang Cili Api
  7. Air

CARA MASAK
  1. Masukan kesemua bahan kecuali cili dalam periuk berisi air
  2. Rebus sehingga mendidih
  3. Perasakan dengan garam
  4. tutup api dan patahkan cili dalam periuk..
siap...welcome to ganu



dah kawin baru belajar makan budu..hheehe


Friday, June 26, 2015

2 Jom Masak :: Sambal tumis ikan Bilis terung Pipit

Menu semalam...
terung pipit masak sambal tumis ikan bilis

menu yang selalu ada dalam wishlish ..
kalo jumpa terung pipit nih..
memang menu nih lah yang aku reti  masak.. kekke

so semalam berbuka dengan menu nih + ikan goreng + kurma + nasi putih panas2..
pehhhhhhhhhhhh...



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA TERUNG PIPIT
  1. Ikan bilis - digoreng
  2. 5 camca besar Cili Kisar *
  3. 2 camca besar bawang Kisar *
  4. 1 ulas Bawang Besar dihiris bulat-bulat
  5. Air Asam Jawa
  6. Garam secukupnya
  7. Gula
  8. Serbuk Perasa Hilal (optional)
  9. Terung Pipit
  10. Minyak untuk menumis

CARA MASAK
Style sendiri..
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis terlebih dahulu - toskan
  2. Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi (kurangkan kuantiti minyak  jika perlu) Masukan bawang kisar , masak hingga bawang sedikit layu/wangi
  3. Masukan pula cili kisar + air asam jawa.. goreng sehingga naik minyak..
  4. Masukan terung pipit dan sedikit air.. sehingga sedikit mendidih
  5. kaub balik dan masukan bawang  besar..
  6. perasakan dengan garam + gula dan serbuk perasa hilal
  7. kaub balikan and siap dihidang...





Tuesday, June 23, 2015

1 Rezeki cuti.. amin...

Alhamdulillah. . happy sesangat nih..
siap lompat2 bintang.. kekkek..
rezeki bulan puasa..

Akak jaga cuti umumkan bahawasanya  puan Lipstik merah yana dapat tambahan cuti 12 hari.. kekke..

makanya tahun nih. keseluruhan cuti aku berbaki 23 hari..huuuhu...

sebabkan ukm tangguhkan pmberian cuti since 2013 sejak penjumutan skim pejawatan dulu tu..

makanya tahun nih.. agak raya katak jugak dengan cuti yg banyak tu.. kekke...

so boleh balik cuti kat kampung lama skit..alhamdulillah. ..

0 Jom Masak :: Sambal Tumis Udang petai

entry ni..
and entry-entry akan datang akan banyak pasal makan jew..insyaalah
sebab bulan ni jew aku rajin masak..
hari2 lain jarang benar aku nak masak kat rumah.. selalunya aku masak kat kedai.. hahah
if terliur dengan entry nih.. korang masak la.. hehhe


ggehehe.. Ramadhan 5 ..

keputusan nak masak jugak sambal udang petai ni dibuat 15 minit sebelum berbuka.. hehhe

menu ..simple and cepat jew..
sebab tetiba terasa nak makan jugak udang sambal tumis petai.. 

udang .. tak nak udang kecik,.
tekak terasa nak udang besar. huhuh...

bulan puasa , nafsu makan lain macam ckit.. kekke 

aku la.. 


so terjadi la sambal tumis udang petai untuk 2 orang makan..


SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
  1. Udang secukupnya.. 10 ekor ker.. sorang 5 ekor.. hehe
  2. 5 camca besar Cili Kisar *
  3. 2 camca besar bawang Kisar *
  4. 1 ulas Bawang Besar dihiris bulat-bulat
  5. Air Asam Jawa
  6. Garam secukupnya
  7. Gula
  8. Serbuk Perasa Hilal (optional)
  9. Petai
  10. Minyak untuk menumis

CARA MASAK
Style sendiri..
  1. Panaskan minyak
  2. Masukan bawang kisar , masak hingga bawang sedikit layu/wangi
  3. Masukan pula cili kisar + air asam jawa.. goreng sehingga naik minyak..
  4. Masukan petai dan bawang besar and masak dengan sedikit air.. sehingga sedikit mendidih
  5. dah mendidih masukan udang.. 
  6. perasakan dengan garam + gula dan serbuk perasa hilal
  7. kaub balikan and siap dihidang...






Monday, June 22, 2015

2 Jom Masak :: Asam Pedas Ikan Kembong

sehari sebelum 1 Ramadhan..
heheh hari Rabu la kan..

kat opis dah ada orang ofer  jual lauk siap..
kuih siap pun dah ada..
kuih raya kompom la ada

so balik nanti panaskan ajew..
kat opis aku nih letak jew apa..
pasti akan abis.. insyaallah..
ada jew orang beli.. salah sorang aku la.... geggege...

so bukan main la.. tulis oder..
nak asam pedas jew..
terasa nak makan... asam pedas..

tetiba.. hari kejadian.. oder tak dapat di hantar.
tokey tak dapat terima banyak tempahan lagi.. so dia batalkan semua oder terdahulu.. huhuh
tak per lah..tak dew rezeki

hahah.. nampak sangat kan malas masak..


dan sebagai membalas dendam sebab tak dapat makan arituh..
tekak terbayang dah  asam pedas .. makanya dengan gigih dan penuh usaha jayanya
aku masak la.. asam pedas...


ASAM PEDAS TUMIS 
cara aku la.. aku google bahan-bahan ada letak lengkuas halia and bla.. bla.. bla..
sebab dalam peti tak dew semua bahan tu.. so aku proceed yang mana ada jew.. :p


  1. Ikan Kembong.. aka Ikan Temenung.. heheh
  2. 2 camca besar Cili Kisar
  3. 1 camca besar Bawang Kisar
  4. Air
  5. 1/2 inci Belacan
  6. 4 Asam Keping
  7. 2 biji tomato - dibelah 4
  8. Bendi secukupnya
  9. segenggam daun kesum 
  10. 2 batang bunga kantan
  11. Minyak untuk menumis
  12. Garam dan Gula secekupnya

CARA MASAK
  1. Panaskan sedikit minyak 
  2. Goreng layu/sedikit perang bawang kisar 
  3. Masukan cili kisar dan sedikit belacan - goreng sehingga naik minyak
  4. masukan air + daun kesum + bunga kantan dan biarkan mendidih
  5. setelah mendidih masukan bendi.. masak sehingga bendi empuk
  6. masukan ikan.. (kacau pelahan supaya ikan tak hancur)
  7. perasakan dengan garam dan gula
  8. tutup api dan masukan tomato (tomato cepat masak, so aku biarkan tomato masak dengan sendirinya dalam periuk)

dah siap masak.. baunya.. pehh.. leh buat orang nak makan laaaaaa tu jugak..  
kreadit la jugak.. hubby puji sedap .. haha ( jarang dapt pujian nih) 



ni sendiri punya tekak nak makan.. setakatnih .. laki aku relakan jew aku nak masak apa pun.. hehhe
tapi dia dah request desert jugak hari tu.... nanti aku share..


Thursday, June 18, 2015

2 Ramadhan :: 1st puasa

Assalammualaikum...

Ramadhan..

syukur diberi kesempatan dan untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ni
merasai nikmat bersahur
merasai nikmat berbuka..
merasai solat tarawih berjemaah ramai2 kat surau tu... hehhe

alhamdulillah..
dah 5 tahun dah pun..
kitaorang berpuasa berdua..
bersahur berdua
buka puasa berdua..
ber tiga.. insyaallah korang doakan lah yer...

so tahun nih..
macam tahun2 lepas jugak..
masak sendiri jerk..
kekdah penjimatan jew..

kot2 tekak sesekali nak makan lauk kat bazar tu..
kena cari kedai yg tahun lepas masak tu..
dah kena dengan citarasa dah..
tapii.... niat  tak nak beli ... hehhe.. insyaalahhhh

untuk korang..
selamat menyambut bulan Ramadhan..
selamat menjalani ibadah puasa..



psttt; kat opis aku ni..ramai belum nampak anak bulan ...
so kompom nanti aku tak dek geng..gegegge

Tuesday, June 16, 2015

2 Misteri kehilangan Jeb

hehhe..

Jeb dah jadi Viral bilamasa jeb dah hilang dari rada..
hehhe ilang entah kemana..

Meroyan tuan jeb cari dimerata tempat,..
aku pun dari pada nak tengok jew rupa jeb nih..
terus leh tau dia hilang rupanya...

tahap kehenseman jep memang boleh buat pencinta kucing gilakannya..
tahap artis dah Jeb nih..

Jep ada peminat sendiri
ada pengikut sendiri
ada.. Page sendiri..
hebat jeb..

aku pun tak dew page tau...

jeb dah kembali..
tapi mungkin Jeb akan buat perangai lagi..hehhe

misteri kehilangan jeb terungkai bilamasa.. jeb dijumpai...macam mana Jeb dijumpai...
sila baca sendiri.. hehhe :p


ok sekian.. pic sumber dari page Jep..

hensem kan...

Tuesday, June 9, 2015

0 Jom Masak : Patin Tempoyak Bangi

hehhe...
Kongsi resepi Tempoyak Patin ala-ala Bangi..

sebabnya ikan tu aku beli kat pasar Kajang jew.. 
and bawak balik masak kat bangi.. 
so aku bubuh la Patin Tempoyak Bangi..
aci tak.. kekke
kalo aku bubuh nama patin tempoyak kajang-Bangi macam panjang sangat..

sebabkan patin yang jual2 kat pasar nih tak se 'ori'  ikan patin yang belah-belah pantai timur tu.. 
so.. hasil dari resepi ni.. boleh la.. dari tak dew kan..
dah tahap teringin sangat dah nih
nak makan tempoyak patin..

kalo nak sedap ikan pun kena cari ikan patin yang mahal ckit tu.. baru la phehhhhh makan.. :p


PATIN MASAK TEMPOYAK
  1. Ikan Patin  (orang cakap patin buah lagi sedap dari patin sangkar) :p
  2. Daun Kesum
  3. Cili Padi *
  4. kunyit Hidup/serbuk kunyit *
  5. Tempoyak 
  6. Garam
  7. Asam Keping
  8. Air secukupnya

CARA MASAK
Cara aku ... campak2 jew 
  1. Tumbuk kasar bahan bertanda * (Cili Padi +kunyit Hidup/serbuk kunyit )
  2. Masuk ikan patin dalam periuk berisi air + asam keping + tempoyak dan bahan yang ditumbuk tadi
  3. Masak kesemua bahan hingga mendidih
  4. Masukan daun kesum dan garam secukup rasa..


 siap...
sebab semuanya rebus saja..

pstt:- korang suka x makan tempoyak patin? 
hehhe aku dgn hubby aku hantu betul dengan tempoyak patin nih..


Sunday, June 7, 2015

1 Pakaian paling rare masa make-up orang..

First time ni aku join kenduri kat ganu..

kenduri ari jumaat..
jarang dah orng buat kenduri kahwin hari jumaat sekarang ni.. 
 x tau aturcara majlis macam mana.. hhehe.. 
kan sembahyang jumaat kanzz.. so blurr ckit.. hehhe


so follow jew the rule 
anak sedara bagi tugasan makeupkan dia.. 
ok lah.. ni jew lah sumbangan aku leh bagi kat dia.. kanzzzz

mula ingat nak makeup lewat la ckit. sebab majlis start lewat. kul 3.00 baru sanding....
tapi kenduri kat sini 11.00 dah sampai jemputan..
orang tua or kawan2 dtang awal.. 
nak tengok pengantin..

paling ramaj kul 12.00 ++ dah datang nak jumpa pngantin.
aku baru start makeup.. 
tu pun baru siap part mata..
foundation x lagi..tu..

ni first time la jugak aku makeup orang dengan diri sendiri x terurus..
rare gila makeup artis punya pakaian..
aku pakai t-shirt bodo.. jew..
sluar trak bottom. .singsing sampai beris..
muka comot x bermekap
tudung serabai ikat belakang jew..
dengan x mandinya....(air tak dew)
korang bayangkan kenduri air tak dew macam mana gayanya.. ermmm redho jew lah..)
ni pengalaman ngeri nih..

sep baik makeup settle dengan hasil yg super cun.. kekke..
pengantin puas hati.. walaupun aku ngeri dengan diri sendiri time tuh..

sedih sebab x leh snap pic banyak2..
camera nikon aku problem..
camera tru phone. rasa x puas ..
rasa macam x sharp
sudahnya.. ermm.. sekeping gambar time sanding pun x dew..
x dapat nak update profail..huhuh

next nyer..
gigihkan jugak snap pic by phone untuk majlis bertandang plak..
gambar tak clear sangat 
tapi bolehla  dari takdew..

untuk anak seudara aku

kalo baca nih...

selamat pengantin baru buat hazira..
selamat menjalani alam berumahtangga..
kekal bahagia sampai ke jannah

#yanajasnimakeupartis



Friday, June 5, 2015

4 Anniversary - 5 tahun

05.06.2010 till now.. 05.06.2015
dah 5 tahun dah.. happy anniversary untuk diri sendiri


Alhamdulillah

dah genap 5 tahun pun usia perkahwinan aku nih..

kalo ada anak
mungkin anak aku dah masuk tadika..kekke

sory en.suami.. setakat nih.. setakat nih kita masih berdua lagi...
tiada azam or yana junior. .
kita sama berdoa dan berusaha ke arah itu yer..

and terima kasih kerana jadi
teman sebantal
teman gaduh
teman gelak-gelak
teman tengok running man.. hhehe
teman dalam segala hal..

terima kasih yer menjadi imam untuk keluarga kecil kita..
ketua di rumah kecil kita..

moga kasih sayang dan kebahagiaan ni kekal hingga ke jannah..
amin....


Tuesday, June 2, 2015

4 Sebelum puasa - wishlist


ni wishlist nih..
kot-kot la sebelum puasa dapat benda nih..

ada orang nak hadiahkan aku benda ni tak..
greeeeeeeeeeeeee... :p


Happycall diamond frying pan..
Go Shop .. Chenal 118 astro...
RM569.00



waaaa... happy la maq nak masak...
sukanya la hai..

terpikat ko..
sejak dah masuk golongan isteri-isteri nih..
banyak plak wish list aku nih..
banyakknya tentang barang dapur la..

nak mudah kerja jew.. x nak basuh-basuh beriya bagai...
yang tahan lasak..
yang bontot kuali sentiasa bersih walaupun ko beriya lanyak periuk atas api..

nak puasa ni kan..
syok la masak if gajetnya best..

rasa masakan belum tentu la sedap....
tapi insyaallah la, tak der la hubby aku  makan sakit perut..
sepanjang idup dengan aku nih.. :p hehhe

kalo dia komplen kurang masin /terlebih masin .. selalu la jugak... krikk..krik.. krik...

walaupun sedar diri..
kabinet umah dah penuh
tapi nak gak nih...

kumpul duit la kalo nak kearah ini.. hhhe





Monday, June 1, 2015

0 Resepi : Ikan Bilis Goreng Simple

Kemain hari nih up gambar ikan bilis..
bukan ikan bilis biasa tau.. ni ikan ni sedap,  sebab aku yang masak...

kuangg...kuang .. kuang... ;p

minggu nih sengsorang jew dok umah..
nak masak lebih2 special malas..
sebab aku sorang yang makan...

memula ingat nak makan magiee jew..

tapi terbayang ikan bilis yang digoreng rangup
disaluti dengan bawang besar & cili kering ( baca dengan nada iklan tv yer :p)

baru best makan  dengan nasi panas-panas berasap tu..

hehe...

simple kan.. tong tang tong tang siap..
kurang dari 10 minit..

resepi wajib time sahur nanti..
pembuka selera di pagi hari..


IKAN BILIS GORENG 
  1. Ikan Bilis (beli yg mahal ckit baru rangup) :p
  2. Bawang Besar - potong bulat-bulat
  3. Cili kering/Cili Api
  4. Minyak secukupnya.. untuk menggoreng 
optional ( x bubuh pun x per,  ni gatal2 jew aku jew..)
  1. 1 Ulas bawag Putih - ketuk2 jew
  2. 1" halia potong halus


CARA MASAK
Aku yakin korang tau.. aku summery kan jew
  1. minyak kena betul2 panas 
  2. masuk ikan bilis goreng sampai garing.. (tos kan)
  3. goreng plak cili+ bawang + bahan optional tadi sampai layu..
  4. curahkan bawang goreng atas ikan bilis..  

so jadi lah macam nih.. jom makan..

Ikan Bilis Goreng Simple


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close