Friday, May 10, 2019

43 Dapur :: Peti sejuk idaman hehhe

Memandangkan berangan tu free
aku nak tanya kepada
pembaca blog aku tentang gajet di rumah yang wajib tu

Peti Sejuk
yup peti sejuk wajib ada pada semua rumah kan hehehhehe

Image result for side by side fridge

ni la peti sejuk berangan tak salah tu, dah lama bekenan yang jenis nih
sebab bahagian sejuk beku tu luas 
so aku leh frozen kan banyak benda heheh

tapi menandangkan aku duduk 2 orang jer hasrat untuk dapatkan fridge ni macam mustahil la
lagipun dapur kecik je tak sesuai 

Pilihan ke-2


Electrolux EME2600MG


Peti sejuk jenis 3 pintu yang slim macam ni.mulanya aku tak berkenan yang model jenis ni.


besar sikit dari yg sedia ada kat rumah
tapi selepas ternampak kat Ikea berkenan la plak hehhe
tapi boleh tak siapa pernah guna peti ais jenis nih
boleh bg tahu pro and contra fridge jenis ni

bahagian tengah tu untuk apa sebenarnya :p
barangan apa yang sesuai letak untuk bahagian ni


motif
walaupun aku dok 2 orang jer
stok sejuk beku aku penuh
aku beli siap2 untuk sebulan. kengkadang lebih sebulan pun
aku beli sekilo lala ,sotong udang tu semua makan ruang simpanan. tu
belum kira aku punya tempoyak , ikan pekasan , semua makan ruang

tak nak beli deep freezer sebabnya akan makan ruang bahagian dapur tu. maca aku bg tau tadi dupur kecik x sesuai and practikal

6 #rumahAzamYana: Projek cari lampu untuk rumah aku

Senarai semak projek Make over Master bedroom

kerja mengecat sudah
now kita cari kerja baru hehe

yer cari lampu pulak untuk bilik tidur
tapi sebenarnya untuk kesemua lampu di dalam rumah
yer lampu dah banyak terbakar
so projek mencari lampu bukan hanya untuk master bedroom jer
tapi untuk ruang tamu, bilik tengah dan bilik air

Perancangan memang nak g menshoping kat Puchong Lighting
murah kata orang hehhe
nak mencuba nasib jer

Mengigih google cari lokasi
dan setibanya sampai di destinasi
kedai tutup sempena 1 Mei , hari pekerja. hampa nyerr..
terus rasa nak merajuk dengan diri sendiri
dah la en.suami sibuk memanjang... time ni je lah masa aku ada untuk keluar shoopig dengan dia..
tu pun setelah aku membebel panjang lebar.. huhuhuuh

memandangkan kedai tutup
aku gerak ke Nilai 3 jer
beli je lah lampu kat sini senang malas nak fikir panjang
lagipun kedai ni aku pernah beli lampu untuk ruang dapur
harga boleh tahan la
tak der la mahal sangat
bagi aku berpatuttan

total kos untuk lampu sahaja RM400
ambik ko
macma masuk rumah baru

tapi macam aku bg tau lah lampu kat rumah ni dah banyak ang terbakar
so nak tak nak kena beli and ganti jer



bos besar cekak pinggang nampak

time aku mai sini
orang dah makin ramai

semua nak berlampu raya gamaknya hehe

so far kedai nih aku suka
sebabnya harga tak lah mahal sangat berpatutan (jgn mintak aku compre dengan puchong tu k sebab aku tak pernah sampai sana pun)
kedai nih ada jual barang aksesori bilik air and kitchen kabinet
barang hiasan rasanya dah tak der


kot la tersampai nilai 3 and nak cari lampu boleh je try kedai ni

G HOMEMART SDN BHD 
Kawasan Perindustrian Nilai 3





Thursday, May 9, 2019

3 #RumahAzamyana: bila kau buat keputusan beli online je katil tu

hheheh..
ni sebenarnya keputusan yang akhirnya aku buat setelah beberapa kekangan masa 
dek kerana en.suami bz menyalahkan YB

hehhe.. 
after proses menyecat bilik tu dah selesai
proses seterusnya mencari bed frame untuk bilik ni plak

minggu-minggu lepas ada la dok survey kedai kedai perabut area Bangi Kajang ni
and setelah menapak dibeberapa kedai , aku tak beli pun 
sebab tak dak yang aku bekenan

heheh
dalam kepala aku nak bed frame yang simple je
bajet dalam RM300 gituh
jenuh la tukang kedai nak carik mcm yg ko punya kehendak kan
macam mustahil je 

tapi cuba je lah beli online shopee
hahha
tak pernah aku beli online katil ko
tawakal je nih
baca review and pembeli pun agak ramai so aku proceed je lah
so pilih punya pilih and Model Manado jadi pilihan




RM289.00 je free pos and tolak lagi promo kod 
so nilai akhir aku kena bayar RM284.00 jimat beberapa ringgit dari bajet asal  

proses seller laju gak
aku order 28hb malam seller proses 29hb
30hb dah sampai rumah



ni ha datang dalam bentuk macam nih, naik van je, dapat call and bg tau penghantaran dalan 20 minit sampai, berkejar lah aku dari opis nak balik ke rumah jab
elok van sampai aku pun sampai rumah

masalah kedua plak sapa nak bawak naik benda alah ni atas rumah, en. suami ada dinner malam tu tak dapat bawak naik atas

aku tunggu la plak pakistan depan rumah aku nih
kot kot leh tolong angkat , Alhamdulillah jumpa . Mintak tolong diorang and upah RM10. bahagi la korang 3 orang heheh.



dok la benda alah ni terkedang dekat ruang tamu sebab  seperti aku bagi tau tadi 
en.suami aku bz sampai hari ahad baru kitaorang pasang. i is redho je lah 


so if korang ada perancangan nak beli barang online jugak yang besar2 macma nih
ada pro and contra dia


If tempat kerja korang dekat dengan rumah , cara nih masih praktikal. ambik la cuti separuh hari or keluar kejab ke kan hehhe tunggu la abg pos tu datang. if tak dapat commit dengan waktu penghantaran diorang tu kemungkinan barang kena ambik dekat hq (if nak cepat la) ofkos nak ambik sendiri kena ada kereta besar la kan

Boleh je buat penghantaran semula . tapi make sure kena ada kat rumah la janji betul-betul dengan abg pos tu. if tak sia sia .

Perlukan tenaga lelaki , yup abg posmen just angkat keluar barang dari van dia sahaja tak der nyer dia nak tolong angkat katil tu naik flat. hehhe. if ada anggap je la korang bernasib baik kalau rumah taman no problem


Biasanya kalau item besar2 besar macam ih ada kemungkinan barang yang akan kita dapat rosak sikit. x pun banyak bergantung kepada cara diorang handle barang kita. 

apa lagi ek. tu je lah yang aku sempat fikir

next progress next update k


Wednesday, May 8, 2019

1 #Ramadhan2019 : Selamat berpuasa Korang

Assalammualaikum

Salam hamba hulur tanda ingatan

heheh ternyanyi plak

masih tak terlewat aku nak say selamat berpuasa kepada korang pembaca blog sendu aku ni
memandangkan baru 3 hari berpuasa kanz

persiapan menjelang ramadhan mesti dah siap semua kan.. yer lah dah 3 hari puasa kan. mesti semua prepare apa yang patut kan
Macam aku sendiri lah..
1 Mei cuti buruh harituh dah beli siap-siap barang dapur.
kalau aku ambik keputusan nak shoping pra ramadhan time hari minggu
gamaknya kau balik dengan tangan kosong je lah

Sabtu & Ahad di Bangi jem ko
tu belum kira 2 hari sebelum tu, Khamis Jumaat dah rasa bahang Ramdhan dengan jalan nak keluar UKM ambik masa 30.minit. Biasa sampai rumah kul 5.20 petang, minggu lepas sampai rumah kul 6.00 petang ko sejam . tak pernah aku rasa jemu bawak kereta tetiba bosan gila nak drive .. hehhe
tanda -tanda duniawi la tu kan :p

badewe

selamat berpuasa kepada semua
selamat menjalani ibadah puasa
selamat bertarawih
selamat dunia akhirat. Insyaallah





Thursday, April 18, 2019

2 #RumahAzamYana : On Going master bedroom pulak

Yer

Projek baru on going korang
bilik tidur utama

hehheheh
seperti biasanya rumah aku ni tiap tahun je ada perubahan
bak kata laki aku. baru jer sudah mengecat
kena cat lagi hehehh

konsep dia
asal nak puasa nak raya ada je lah yang nak di makeoverkan lagi :p

sebenarnya plan nak redecorate bilik tidur nih dah lama
cuma masa tak mengizinkan
kewangan pun sama
kekekke

aku plan nak gelapkan semuanya
bila nak masuk tidur tu
rasa macam dok dalam hotel
cozy gituh
hahahha (kuat berangan kan)

aku cuma imagine je dalam kepala aku hebat tak
warna apa yang aku nak
konsep apa yang aku nak
aku angankan jer

so sabtu harituh dah g menapak kat kedai cat

balik jer terus hubby mengecat
kejab je sebenarnya
tup tup dah siap laki aku buat

hahhaha

now projek masih dalam kategori ongoing tak lengkap lagi

next step

1. Cari lampu yang sesuai
    (wajib tukar dah) if korang tengok  lampu bilik tidur aku kompom korang gelak
2. Vinyl floor (nanti aku slow la jadi tak plan ni)
3. Vanity mirror ( macam lambat jer boleh tukar, tapi tak per lah listkan jer dulu)
4. Pokok Hiasan ( ni kat kaison banyak)
5. Katil ( wajib tukar jugak, dah berapa kali paku and skru, orang kata dah tahap nazak sangat dah)

so yang mejor katil jer lah

belanja sikit gambar lama





Monday, February 11, 2019

1 #RumahAzamYana :: Dekorasi area dapur bertemakan warna putih

Dapur kami dah lama siap
last update lama dulu kan
tapi kami tak pernah show kat hampa macam mana layout setelah diubahsuai
layout setelah siap semuanya la.. hehhe

tapi tak banyak yang berubah pun
seperti yang korang nampak sebelum-sebelum nih yang aku update
begitu jugakla sekarang ni

ermm layout untuk renovate dapur dah plan awal-awal kedudukan dia
table top berbentuk L comman layout seperti mana mana dapur pun

cuma aku terapkan beberapa ciri yang aku inginkan berkenaan dapur aku  ni

  1. Aku plan memang nak kabinet berbentuk L 
  2. Dalam plan tu hob mesti sebelah dengan tingkap sebab kedudukan sebelum nih berhadapan hob 
  3. kedudukan singki dengan hob mesti dekat , senang untuk urusan mencuci memasak
  4. mesin basuh mesti dibawah table top, sebab dengan cara tu aku leh dapat ruang table top yang luas
  5. Kabinet atas mesti sampai siling
  6. Kabinet untuk simpan stok bahan masak (A.K.A) pantry
  7. Kabinet untuk simpan penyapu dan stok peralatan membersih 
  8. Rak untuk letakkan peralatan elektrik seperti oven dan microwave (yg ni dah dapat cuba tak memenuhi spek yang aku nak
  9. Rumah untuk peti sejuk (heheheh)


list 1 hingga 7 dah tercapai, 8 dan 9 jer next project (insyaallah)


macam ni jer dapur rumah kecik kami
saiz ruang nih 10 x 6 kaki jer

agak terhad nak snap pic bg nampak semua 

mesin basuh bawah table top
lampu bawah kabinet tu plak 
pasang sendiri je

kos lampu LED tu untuk 10 kaki RM50.00 




dinding bahagian hob aku deko sikit dengan stiker tile
beli kat kaison RM2.50 

hiasan simple pokok bunga Ikea kat singki




Friday, February 1, 2019

7 #RumahAzamYana :: Deko Ruang makan bila berada di Ruang Tamu

Ermm dalam banyak-banyak ruang
ruang makan adalah tempat yang paling aku jarang update kan

Ruang makan aku ni simple je
aku rasa sama je macam orang lain

rumah kami ni jenis layout 4 segi tepat
ruang makan tu kami bahagikan sendiri mengikut kesesuaian keadaan rumah

if korang perasan aku pernah share layout di ruang tamu rumah aku

so dekat sangat dengan dapur
and dekat jugak dengan ruang tamu sebab semuanya dalam 1 kawasan

kebanyakan rumah flat memang ni la layout yang selalu nampak

aku bahagikan ruang berdasarkan  karpet je

  ni pandangan dari bilik tidur 



if dari pintu masuk 
ni lah pandangan yang korang akan nampak



hiasan ringkas atas meja
pasu tu beli kat romantika beberapa tahun lepas



pandangan dari bahagian dapur
aku snap ni betul betul dekat sliding door

macam aku bg tau tadi
dekat je dengan dapur
dari pandangan ni jugak akan nampak  sofa dan ruang santai yang aku namakan ruang tamu

jom tengok pic before




yang berubahnya kat ruang ni

meja makan 4 kerusi bertukar kepada meja makan 6 kerusi
karpet merah petak-petak tu dah tukar jugak baru-baru nih
 tu je la


Thursday, January 31, 2019

12 #RumahAzamYana :: Projek Wainscoting rumah flat

Seperti rumah-rumah orang lain
semua pakat pasang wainscoting kat rumah memasing

macam aku pun tak ketinggalan untuk joint sekaki
tapi memandangkan projek nih telah lama aku usulkan pada yang berbahagia en.suami

makanya
tahun lepas dalam november macam tu hasrat untuk tu baru lah tercapai heheh
dekat setahun jugak la dok hantar proposal hehhe

macam mak and adik aku selalu cakap

'Hang ni Angah, Setiap kali mai rumah hang mesti lain punya'

well..
nak buat macam mana, kebetulan je tuuu...

ok berbalik kepada projek wainscoting nih
kami plan cari kayu kat kedai dekat-dekat je dulu
dekat Bangi Kajang and sekitar

tapi kayu boleh tahan mahal hahahh..

Aku pendekkan cerita 
kami buat keputusan untuk cari kayu kat sebuah kedai kayu area Cheras
setelah ternampak post kat FB 

hebat kuasa FB ni hehhe

lepas balik dari kampung aku kat Baling, Kedah
so kita orang terus ke Kedai Cheras tu

kayu kat sana nampak lebih elok dari kedai2 yang lain kami cari
tak perlu nak gosok bg licin ker apa
jangan tanya kayu jenis apa yer
aku lupa sehhh


so pembelian kali pertama ada lah sebanyak 11 batang je
and tambah 10 batang plak lepas tu untuk lengkapkan ruang dinding yang kitaorang plan tu

hasil kerja keras
result dia seperti dalam gambar nih

cara-cara nak buat wainscoting aku pasti ramai je yang share kat blog ataupun FB
google je insyaallah jumpa

aku shere hasil tangan kerja suami isteri k





ruang pertama



ni plak ruang ke2


and ruang ketiga



Tuesday, January 29, 2019

3 #RumahAzamYana :: Projek deko rumah yang tak pernah sudah hehhe

Assalammualaikum ...
Ni merupakan Entry Pertama untuk tahun 2019 hahahha
adakah sudah terlambat nak ucap happy new year..

tak per lah janji tahun ni dapat jugak menyiapkan entry yang dah lama tak pernah berupdate

so projek deko rumah aku ??
ermm
sejujurnya sepanjang dok senyap 2 3 4 bulan ni ada la sikit projek make ober ruang tamu ni
tak dak la dok diam je

kalo tak berupdate tu maknanya sumber and inspirasi tak sampai lagi
lagipun banyak gambar hilang bersama telephone kesayangan

bukan hilang orang ambik ke apa tau
iphone kami jatuh dalam toilet

hanya mampu tengok tak mampu buat apa-apa
waktu tu hanya redho sahaja

silapnya semua pic tak backup kat google
makanya semua hilang









pic ni from tepon oppo je
orang kata cantik gambarnya

tapi bagi aku kalo tak kena lighting
suram dan tak sharp
tak macam aku punya iphone dulu

if korang perasan apa yang baru kat ruang tamu aku ni

satu aircorn .. hehhehe
ni wishlist yang dah tertunai akhirnya setelah beberapa dekat
kah... kah... kah..

tahun lepas lagi aku pasang
sebulan sebelum raya lagi

yang kedua
pokok bunga SFF and pasunya sekali

selain tu apa lagi korang perasan yang berubah

ok next entry k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close