Friday, July 7, 2017

0 Ramadan2017 :: Perginya seorang Ibu


tanggal 18.06.2017.. Kami kehilangan seorang insan yang paling disayangi..

E. Suami kehilangan seorang yang paling dia kasihi
Aku kehilangan seorang ibu mertua..

yer masa dapat berita pemergian Ibu tercinta
kami suami isteri tengah shoping untuk hari raya..
tak sabar nak beraya di kampung.. nak settlekan rumah dibangi.. sebelum balik ke kampung...

dapat panggilan sekitar jam 4.30 petang
anak saudara call and bg tau.. mak dah tak dak

masa dapat berita nih nak shoping pun dah tak perasaan. so terus je gerak balik rumah bangi

macam-macam dalam kepala..
mana satu nak di buat dulu
banyak lagi masih tak settlekan kat sini..
baju aku baru hantar dobi
rabu baru leh ambik..
urusan lain2 pun belum settle..
semuanya nya plan nak settlekan dalam minggu nih jugak sebelum raya..

so carik tiket online last2 minit..
mana nak dapat.. tiket kapal terbang tak leh booking online 
kena 2 jam sebelum berlepas baru leh apply
mana la nak tau kan.. hehhe..

plan g terus kaunter jew.. sebab nak balik jugak dengan k,terbang
ambik teksi.. dah sampai tapi tak dapat jugak naik 
sebab dah tutup gate

balik plak cari tiket bas
dapat la tiket bas tuh.. so naik bas la ke kuala Terengganu..
bas bergerak kul 9.00 malam

samapi k.terengganu jam 5.00 pagi..
alhamdulilah semua nya dipermudahkan
arwah mak dikebumikan pada jam 10.00 pagi

perginya seorang ibu di bulan yang mulia nih..
beberapa hari nak raya..

kami redho dengan pemergiannya..
semoga arwah berada dalam lindungan allah dan tenang disana..

amin alfatihah...




2 #rumahAzamYana :: separa open konsep


korang-orang entry pasal dapur ni banyak tau..
so korang-korang  korang kalo tak berminat leh skip ok..
hahha...

ok aku sambung lagi...
hari ke 13 rasayanya.. ahakss...



ni pandangan dari dapur.. see true hingga ke ruang tamu..
so aku akan nampak..ruang makan dan ruang tamu.. open konsep gituh.. ahakss...


ni pandangan dari ruang tamu
open konsep sangat kan..
huuhuh.. bila dah runtuhkan dinding tu.. aku berkenankan sliding door
so sliding door ni akan jadi pintu keruang dapur la..

buka semua akan jadi macam open konsep gituh..
orang reramai datang so tutup la...

kalo dah buat konsep macam nih..
so .. ruang dapur korang jangan berangan la nak sepah2.. kena sentiasa kemas jew lah.. hehhe




waaa... see true betul nih...

after nih.. kita pikirkan kabinet dapur plak yer...

warna apa pilihan dapur aku..?
nest yer.. hehheh...

Thursday, July 6, 2017

0 #rumahAzamYana :: dapur dah nak siap tapi tak siap2 lagi.. hehhe

aku sambung ek pasal perkembangan dapur rumah aku nih

sambunng setakat yang tertinggal harituh...
settlekan pasal tile and last finishing...

so...
diorang dah siap kemaskan and aku balik rumah aku dah hampir2 siap
dah nampak la table top and rupa dapur kat situ.. hehhe




view dapur time nih masih togel.. barang2 diorang pun masih kat situ lagi.. betul2 baru last finishing


sebelum siap sepenuhnya sebelum diorang kemaskan barang-barang..

so aku mintak pasangkan plug point kat tengah2 area tu..
terpaksa.. sebab x dak dah location yg sesuai dah..

dah pk tu jew laluan yg ada.. line internet pun dekat sebelah kanan tu. kat cermin tu.. nak tak nak..
buat jew lah.. maybee kalo aku tak pasangkan cermin dulu siap2 mungkin plug boleh sebelah kanan jew semua.. tapi aku dah pasangkan cermin.. so plug internet terpaksa ke tengah rumah.. nanti aku share kat korang..

so untuk hari nih .. ni jew dulu perkembangan yg aku nak share.. esok aku share lagi ekk..



Tuesday, July 4, 2017

0 #rayasyawal2017 :: sesi bergambar

dah seminggu lebih beraya..
so sesi up gambar raya..
aku dengan jujurnya tak banyak sangat gambar raya

orang kata muka tak fotoganik
so nak bergambar tu tak cun je rasa..
mula la nampak sisi sisi kegemukkan muka , badan dan bla .. bla...

orang kampung kata tak makan gambar

huhu... tapi up la sekeping 2 kenangan raya tahun nih
kami berbaju merah ko..

kualiti gambar pakai phone ni x cun mana
so.. boleh la dari tak dak kan..


over lighting ni..
tengah panas nih bergambar..
nampak tak nur cahaya kat wajah masing-masing.. hahahha ahaks...


tahun ni tak sama warna..
so warna warni la ckit kan.. with anak saudara and kakak ipar


and gambar yang bajet cun nih 
ni jew yg ada.. 
warna merah kau
...hehe... 

1 #rayasyawal2017 :: Selamat Hari Raya Korang

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya Korang
Sebulan lebih aku tak berupdate cerita..
projek dapur aku pun dah lama selesai..
nak deko deko jew..
slow-slow la kan.. tak leh nak biasa kan diri lagi..
ahakssss...

sebulan puasa tak dak cerita aku coretkan dalam blog kesayangan aku ni
walaupun sebenarnya banyak cerita yang  nak aku kongsikan dengan korang
ragam bulan puasa la
ragam menjelang syawal la.. hehhe

so berbalik kepada tajuk asal..
sempena bulan syawal yang mulia ni
aku dan husben ingin ucapkan selamat hari raya kat korang pembaca blog aku ni

maaf kalau ada salah silap
maaf jugak kalau ada yg menunngu final look projek renovete dapur...hehhe

nanti aku update terkini yer..



so tempek lu sekepung gambar nih...
ahakk... merah tahun nih tau..
sebab apa tetiba jadi merah.. hehhe

Monday, April 3, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day9 dan seterusnya - Projek Renovate Dapur

untuk hari ke-9 (31.03.2017)

tu tak banyak berubah..

sebab lebih kepada buat kerja mecantikkan permukaan dinding

diorang skim dinding tu supaya rata.. perasan tak yang warna putih tu..hehhe



dan hari sabtu ahad aku cutikan jew.. aku nak rehat dirumah jew.. hahah.ehhhhhh tak aku g kelas makeup lagi.. hehhehe



Day ke-10 (4.04.2017)

Isnin...
jangan kan kata aku malas nak bangun g kerja...
sapa-sapa pun malas kalo isnin blues datang tu..
tambah-tambah hujan bukan main lebat lagi..

bercinta la...
and aku g kerja macam biasa jew la..
pekerja contoh kanz.. heheh

and kul 9.00 macam tu dapat masej dari tukang
tak dapat datang kerja...
Hujan.. ...  so cuti la lagi sekali..



Day ke-11 (5.04.2017)

siapkan lantai yang masih berbaki


and aku dapat masej dari tukang
tanya kedudukan mesin macam mana.. nak disamakan lantai atau dibiarkan kosong...
so sambung esoknnya..




Friday, March 31, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day8 - Projek Renovate Dapur progress

aku sambung balik cerita pasal perjalanan projek renovate dapur aku tu ekk...

Day 8 (30.03.2017)

aku dapat masej dari tukang..
tanya kedudukan sinki
aku nak besar sebelah kiri..yang kecik tu sebelah kanan

berbalas la masej 2 3 keping untuk hari tu

so harini diorang pasang sinki and tile kat table top


dalam proses pasang sinki and tile table top


masa aku balik  umah .. keadaan table top pun dah nampak rupa dan
and lantai table top pun dah mula di tile kan

dah nak siap dah pun... hhehe

Thursday, March 30, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day7 - Projek Renovate Dapur (part 2)

Day 7 (29.03.2017)

ada part 2 ekk.. hehhe

pas dari hantarkan sink .. (aku skip la ek apa yg aku buat kat kedai sinki tu )
balik kerja aku tengok ada la perubahan

now.. rangka tadi akhirnya dah dibubuh simen
dah nampak dah bayang-bayang table top hehhe

rupa terkini :p



hahah nampak kan.. kan.. kan..

ni past balik kerja.. aku tengok diorang dah pasangkan frame sliding
and table top pun dah ada semen dah.. hehhe



0 #rumahAzamYana :: Day7 - Projek Renovate Dapur bye-bye

Day 7 (29.04.2017)

day 7 nih aku nampak  rangka table top dah dinaik kan
tengah ukur -ukur la tuh

so dapat masej dari tukang
sinki nya dah ada ke belum

heheh... senyum jahat jew aku,,
nak tukar singkin baru tapi
aku tak g beli2 jugak
dok suryey sampai ke sudah tak beli2

so.. bila dah dapat call tu
macam lipas kudung la g carik sinki
time rehat kuar jab.. g kedai yg aku biasa g tu..
and g beli terus..

seb baik survey awal2.. hahha
sorang-sorang la bawak diri..
laki aku kat tempat kerja

sampai orang kedai tu tanya
suami tak ikut ke kak

hahah.........ko nampak bila terdesak tu. sosorang pun kira jadi la..






so elok jew sampai rumah nak bg sinki ..
penuh aku rasa dalam rumah.. rumah kecik kan.. hahhaa

so bro-bro chines ni dalam proses pasang bingkai sliding door
huhu...

so next...

Wednesday, March 29, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day6 - Projek Renovate Dapur

Day 6 (28.03.2017)

kali nih balik tak banyak berubah

sebab masih buat kerja -kerja tile dinding..
and cover semula bahagian-bahagian pintu..

tapi aku nampak wayering pun dah diubah ke sebelah kiri dah..
dekat pintu masuk..





2 excel jew guna untuk rekod kuar masuk barang

Assalammualaikum kawan-kawan ..
hehhe sesekali nak up cerita kat blog aku ni kan.. mula la aku dok memikir 
apa la ayat aku nak karang nih...
blur sungguh... sebab lama sangat tinggalkan blog, tu yang jadi kematu jew idea...

aku kengkadang kagum betul dengan korang yng selalu update korang punya blog
hehheh.. aku punya blog ni sendu tak kesudah.. hahha

cumanya sekarang la kan.. 
kot la korang nak baca...

aku ada la buat projek untuk opis aku kecil-kecilan...
ermm.. projek senang nak key in pengeluaran stok pakai habis kat pejabat nih,...
kesinambungan dari projek pengurusan stor yang aku pernah up dulu tu..

tambah baik sistem lama ..
guna kemudahan excel yang ada.. 
tapi tu lah.. aku still mengharapkan sistem online ..
oder pakai online jew..  macma mana kita beli kat lazada ker kat web ker.. 
aku nak sistem gituh la...

tapi tu la.. susah.. tak dak orang yg leh buat kat aku macam tu..hheheh
nak buat sendiri tak pandai...


okeh berbalik pada rekod pengeluaran barang 2 stor..
aku punya simple gila... tahap budak sekolah rendah.. 

masa mula2 aku buat nih try tanya adik aku macam mana dia buat urus pekerja2 kilang..
dia pakai excel biasa jew.. tu pun dia buat sendiri.. (ko tengok  ada kilang tapi kira gaji pakai manual puhh.. letih aku dengar)

so aku try belajar dari contoh yg dia bg kat aku tu.. 

so penggunaan vlookup and formating and bla.. bla.. bla.. tu aku faham baru aku leh buat ,blajar jugak kat you tube.. dah la BI aku ke laut.. so buat2 faham jew lah.. .sakit kepala aku dok pk..

.haha.. 
budak2 sangat kan aku.. kekke

mula-mula tu kena ada master list..
fungsi master list penting untuk kita masukkan maklumat berkaitan dengan pelangan kita contohnya... semua detail kena ada kat masterlist.. 
contoh , nama. lokasi dll..yg korang rasa penting

kemudian bina semua table2 atau sheet untk pengeluaran barang, belian barang, laporan (bos kau selalu mintak laporan huhuh)



ni bahagian pengeluaran..
aku key in maklumat berdasarkan barang yg dioder kat tempat aku ni la..(ikut borang la)
so aku just masukkan tarikh, nama.. dan meterial kod..sebab semua detail yg lain2 akan automatik keluar so tak yah aku key in berulang kali...

material kod tu korang reka la sendiri
macam dulu tu aku ada bg tau..


table pembelian barang pun penting..
sebab setiap kali aku restok barang tuliskan sekali no invoice /pembekal maklumat  nanti nak rujuk senang...

sttep ni penting sebab nanti akan mempengaruhi stok list korang.. hehhe



ni la yang paling penting dalam pengurusan stor..
aku kena tau tahap barang yang perlu aku oder atau tak..
contoh .. aku sengaja warnakan merah jika stok dah tinggal sikit and kena oder semula (just for remainder untuk aku atau pun aku just print and untuk tunjuk kat pembekal brg apa aku nak.. )

semua maklumat kat sini bergantung kepada pengeluaran dan pembelian stok pada awal tu..
jika aku restok barang.. kat stok list automatik akan update jumlah terkini..
macam tu jugak dengan pengeluaran .. setiap kali nak buat keluar barang.. stok list akan bg tau korang baki terkini..


and.. ni last.. bos suka mintak laporan.. ni masih manual. tapi ok la dari dulu sebab dulu aku kira 1 per 1.. borang tu.. now aku just guna filter. and masukan data jew.. lebih cepat dari dulu..

hehe.. tu jew lah.. korang yang niaga online pun boleh guna sistem nih sebab automatik.. melainkan korang memang dah ada biz besar hahha...

macam aku nih.. guna ni pun dah cukup.. 
tapi masih try cari solution part2 yg aku rasa boleh diejas lagi.. hehhe


ok tu jew dlu.. 

Tuesday, March 28, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day5 - Projek Renovate Dapur progress

Day 5 (27.03.2017)

Sabtu and Ahad kami bg cuti
baik tak .. hahah

sebenarnya lebih kepada nak menjaga hati jiran-jiran
nak jaga hati aku.. huuh
yer lah .. hari minggu jiran nak rehat kan..
aku pun nak rehat
tukang pun nak rehat jugak

binget oo kalau dok dalam tu

so isnin mulakan balik kerja-kerja renovation






so untuk nih diorang dah pasang tile dah.. dah nampak la rupa sikit dapur
wayering pun dah siap tu.. semua simpan dalam dinding.. (standart la kan)
ada la penambahan beberapa plug tu kan..


so balik kerja .. aku tengok dinding dah di tilekan dah.. hehhe


so next

Monday, March 27, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day4 - Projek Renovate Dapur progress


Day 4 (24.03.2017)

masa ni.. rasanya proses paiping ..
sambungan dulu sebelah kiri dah ditukarkan kesebelah kanan

part paling penting nih.. 
sumber air

paiping untuk sinki dan mesin basuh
and stokok ..

semuanya diubah kesebelah kanan
paiping untuk mesin basuh disorokkan dalam  table top
plug point untuk mesin pun disorok dalam table top..




aku balik and aku tengok paip nih macam salah jew..
macam jauh sangat
sebab perancangan aku nak buat L shape..

tapi dari kedudukan ni . macam dah lurus jew..
salah nih.. aku masej and mintak betulkan

and dan-dan bg tau saya kira harga haritu untuk 10 kaki je kak..
looooooooooooo....

punya la aku explain panjang lebar.. last-last ada jugak salah...
now.. tak pasal kena add RM500.
x bayar kang tak siap dapur aku... :p

so aku lukis kat kertas and bg tau kedudukan yg aku nak..
so dalam kes nih aku yg terkena... huhuuh


ok next...

Friday, March 24, 2017

1 #rumahAzamYana :: Day3 - Projek Renovate Dapur progress

Day 3 (23.03.2017)

masih kerja-kerja pecahkan tile lama
masih lagi dalam keadaan huru hara
masih lagi tak nampak rupa.. hhehe

nampak tu aku request pecahkah  dinding nih..


lampu  pun takut jew nak buka.. hhehhe tu yg gelap gelita




Thursday, March 23, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day2 - Projek Renovate Dapur progress

Day 2 (22.03.2017)

agak cepat diorang buat utnuk pecahkan semua tile and table top lama..
dah jadi padang jarak padang tekukur.. huhu

masa ni memang tak serupa dapur dah..
dinding asal antara ruang tamu ke dapur dah masih belum dipecahkan




ni dinding yg aku kata kena pecahkan tu.. huhuh..

dinding nih ambik masa lama jugak. keras katanya.. hehhe.. 

Wednesday, March 22, 2017

3 #rumahAzamYana :: Day1 - Projek Renovate Dapur bye-bye

Day 1 (21.03.2017)

renovation.. ermm..
ok bye-bye dapur lama..
so
after settlekan and kemaskan semua masukkan dalam kotak..
sumbat je mana leh sumbat,,
cer bayangkan jab rumah aku mcam mana..





day one .. semua nih dah cabut and keluarkan dari dapur.


dan jadi seperti tak rupa dapur..

pic dari tukang jew.. dia bg tau kerja dah dimulakan
berdebar rasa dapat pic ni.. apa la jadi kat umah tu.. hehhe


next waiting for day 2 proses

Sunday, March 19, 2017

1 #rumahAzamYana :: one day before projek Renovate Dapur

Assalammualaikum. selamat pagi kawan-kawan blog..
ada ker yg masih follow kita baca blog yg sendu-sendu nih.. hehhe

berbalik kepada tajuk.. yer aku akhirnya buat keputusan nak renovate dapur aku..
sebenarnya lebih kepada upgred dapur lama kepada dapur impian aku
dan keputusan nih setelah aku fikir-fikir selama bertahun-tahun..

dan setelah penat fikir and duit simpanan utk dapur dah cukup..
so ok .. proceed je la..
so untuk masa-masa akan datang aku akan update pasal dapur je..
so ... skip jew yer kalo malas baca


one day before renovation







before...
ok tu je.. snap la sekeping 2. before ronaved.. hehe kenangan ni.. lama guna... :p

Wednesday, March 15, 2017

0 March 2017

Lamanya tak bersiaran..
last update january tau.. now march dah pun
lama sangat tu..

Kami ada ja we.. 
cuma tu lah mood nak menaib ke laut..
now.. kami cuba curik masa la kejab
kami rindu kat hampa semua

hahha...
kira ok la kan..
kami now still buat makeup -makeup lagi 
tapi tambah lagi dengan online beauty bisnes
dulu banyak jual off line je.. now 
kami nak upgred and tak nak sembunyikan muka lagi dah..

share banyak-banyak dalam FB IG

nanti kami bg tau hampa na.. kami buat ig untuk beauty produk..
produk bukan kami punya tapi tolong jual ja.. hahha

boleh la kan..
so stay tune.. 
kami bg tau bila semua dah ready.. hahha

kengkonon sangat kan..





Friday, January 13, 2017

5 #rumahAzamYana :: Sinki 1 atau 2 mana lagi ok?



Saje  nak tanya pendapat.. kot kot la korang ada pendapat yang best ...
and pengalaman korang sendiri guna sinki yang 1 bowl and 2 bowl nih..

bila kena kat diri sendiri memilih jadi bleee plak... heheh


mana lagi ok ekk korang?
sinki 1 bowl atau sinki 2 bowl ...

kalo 3 aku tak minat sangat... hehhe

ermm.. kalau 1 sink aku prefer yg besar punya..
sama tak kalo guna 1 bowl and 2 bowl tu...

ahhh.. susah la nak terang... mana lagi praktikal
sekarang nih aku dok nampak if 1 sinki yg besar.. (sederhana la kan)
senang nak basuh pinggan/ bebas and luas.. kot jew la..
tapi if nak sejatkan pinggan mana aku nak letak..

sekarang nih aku tak dapat bayangan praktik tak sinki 1 bowl tu
sebab sekarang guna yg 2 tu.. sebelah tu aku buat sejat pinggan mangkuk. jew..


arituh dah survey dah..
ada buat sale..
tapi masih tak buat keputusan..
lama-lama dok fikir sakit kepala plak hahah...




heheh... so lebih kurang macam ni la.. ok tak u all









Monday, January 9, 2017

1 Selamat Tahun Baru



assalammualaikum.. hhehe

dah dekat masuk minggu ke-2 tahun baru.. 
aku baru nak up status selamat tahun baru 

welcome 2017... tak apa-apa sangat aku nak bebel ni.. 
just nak say happy new year 2017 untuk semua pembaca blog LMY ni... and selamat datang kepada pembaca baru... (ehh.. ada pembaca baru ker :P)



bye-bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close