Friday, May 10, 2019

55 Dapur :: Peti sejuk idaman hehhe

Memandangkan berangan tu free
aku nak tanya kepada
pembaca blog aku tentang gajet di rumah yang wajib tu

Peti Sejuk
yup peti sejuk wajib ada pada semua rumah kan hehehhehe

Image result for side by side fridge

ni la peti sejuk berangan tak salah tu, dah lama bekenan yang jenis nih
sebab bahagian sejuk beku tu luas 
so aku leh frozen kan banyak benda heheh

tapi menandangkan aku duduk 2 orang jer hasrat untuk dapatkan fridge ni macam mustahil la
lagipun dapur kecik je tak sesuai 

Pilihan ke-2


Electrolux EME2600MG


Peti sejuk jenis 3 pintu yang slim macam ni.mulanya aku tak berkenan yang model jenis ni.


besar sikit dari yg sedia ada kat rumah
tapi selepas ternampak kat Ikea berkenan la plak hehhe
tapi boleh tak siapa pernah guna peti ais jenis nih
boleh bg tahu pro and contra fridge jenis ni

bahagian tengah tu untuk apa sebenarnya :p
barangan apa yang sesuai letak untuk bahagian ni


motif
walaupun aku dok 2 orang jer
stok sejuk beku aku penuh
aku beli siap2 untuk sebulan. kengkadang lebih sebulan pun
aku beli sekilo lala ,sotong udang tu semua makan ruang simpanan. tu
belum kira aku punya tempoyak , ikan pekasan , semua makan ruang

tak nak beli deep freezer sebabnya akan makan ruang bahagian dapur tu. maca aku bg tau tadi dupur kecik x sesuai and practikal

6 #rumahAzamYana: Projek cari lampu untuk rumah aku

Senarai semak projek Make over Master bedroom

kerja mengecat sudah
now kita cari kerja baru hehe

yer cari lampu pulak untuk bilik tidur
tapi sebenarnya untuk kesemua lampu di dalam rumah
yer lampu dah banyak terbakar
so projek mencari lampu bukan hanya untuk master bedroom jer
tapi untuk ruang tamu, bilik tengah dan bilik air

Perancangan memang nak g menshoping kat Puchong Lighting
murah kata orang hehhe
nak mencuba nasib jer

Mengigih google cari lokasi
dan setibanya sampai di destinasi
kedai tutup sempena 1 Mei , hari pekerja. hampa nyerr..
terus rasa nak merajuk dengan diri sendiri
dah la en.suami sibuk memanjang... time ni je lah masa aku ada untuk keluar shoopig dengan dia..
tu pun setelah aku membebel panjang lebar.. huhuhuuh

memandangkan kedai tutup
aku gerak ke Nilai 3 jer
beli je lah lampu kat sini senang malas nak fikir panjang
lagipun kedai ni aku pernah beli lampu untuk ruang dapur
harga boleh tahan la
tak der la mahal sangat
bagi aku berpatuttan

total kos untuk lampu sahaja RM400
ambik ko
macma masuk rumah baru

tapi macam aku bg tau lah lampu kat rumah ni dah banyak ang terbakar
so nak tak nak kena beli and ganti jer



bos besar cekak pinggang nampak

time aku mai sini
orang dah makin ramai

semua nak berlampu raya gamaknya hehe

so far kedai nih aku suka
sebabnya harga tak lah mahal sangat berpatutan (jgn mintak aku compre dengan puchong tu k sebab aku tak pernah sampai sana pun)
kedai nih ada jual barang aksesori bilik air and kitchen kabinet
barang hiasan rasanya dah tak der


kot la tersampai nilai 3 and nak cari lampu boleh je try kedai ni

G HOMEMART SDN BHD 
Kawasan Perindustrian Nilai 3





Thursday, May 9, 2019

3 #RumahAzamyana: bila kau buat keputusan beli online je katil tu

hheheh..
ni sebenarnya keputusan yang akhirnya aku buat setelah beberapa kekangan masa 
dek kerana en.suami bz menyalahkan YB

hehhe.. 
after proses menyecat bilik tu dah selesai
proses seterusnya mencari bed frame untuk bilik ni plak

minggu-minggu lepas ada la dok survey kedai kedai perabut area Bangi Kajang ni
and setelah menapak dibeberapa kedai , aku tak beli pun 
sebab tak dak yang aku bekenan

heheh
dalam kepala aku nak bed frame yang simple je
bajet dalam RM300 gituh
jenuh la tukang kedai nak carik mcm yg ko punya kehendak kan
macam mustahil je 

tapi cuba je lah beli online shopee
hahha
tak pernah aku beli online katil ko
tawakal je nih
baca review and pembeli pun agak ramai so aku proceed je lah
so pilih punya pilih and Model Manado jadi pilihan




RM289.00 je free pos and tolak lagi promo kod 
so nilai akhir aku kena bayar RM284.00 jimat beberapa ringgit dari bajet asal  

proses seller laju gak
aku order 28hb malam seller proses 29hb
30hb dah sampai rumah



ni ha datang dalam bentuk macam nih, naik van je, dapat call and bg tau penghantaran dalan 20 minit sampai, berkejar lah aku dari opis nak balik ke rumah jab
elok van sampai aku pun sampai rumah

masalah kedua plak sapa nak bawak naik benda alah ni atas rumah, en. suami ada dinner malam tu tak dapat bawak naik atas

aku tunggu la plak pakistan depan rumah aku nih
kot kot leh tolong angkat , Alhamdulillah jumpa . Mintak tolong diorang and upah RM10. bahagi la korang 3 orang heheh.



dok la benda alah ni terkedang dekat ruang tamu sebab  seperti aku bagi tau tadi 
en.suami aku bz sampai hari ahad baru kitaorang pasang. i is redho je lah 


so if korang ada perancangan nak beli barang online jugak yang besar2 macma nih
ada pro and contra dia


If tempat kerja korang dekat dengan rumah , cara nih masih praktikal. ambik la cuti separuh hari or keluar kejab ke kan hehhe tunggu la abg pos tu datang. if tak dapat commit dengan waktu penghantaran diorang tu kemungkinan barang kena ambik dekat hq (if nak cepat la) ofkos nak ambik sendiri kena ada kereta besar la kan

Boleh je buat penghantaran semula . tapi make sure kena ada kat rumah la janji betul-betul dengan abg pos tu. if tak sia sia .

Perlukan tenaga lelaki , yup abg posmen just angkat keluar barang dari van dia sahaja tak der nyer dia nak tolong angkat katil tu naik flat. hehhe. if ada anggap je la korang bernasib baik kalau rumah taman no problem


Biasanya kalau item besar2 besar macam ih ada kemungkinan barang yang akan kita dapat rosak sikit. x pun banyak bergantung kepada cara diorang handle barang kita. 

apa lagi ek. tu je lah yang aku sempat fikir

next progress next update k


Wednesday, May 8, 2019

1 #Ramadhan2019 : Selamat berpuasa Korang

Assalammualaikum

Salam hamba hulur tanda ingatan

heheh ternyanyi plak

masih tak terlewat aku nak say selamat berpuasa kepada korang pembaca blog sendu aku ni
memandangkan baru 3 hari berpuasa kanz

persiapan menjelang ramadhan mesti dah siap semua kan.. yer lah dah 3 hari puasa kan. mesti semua prepare apa yang patut kan
Macam aku sendiri lah..
1 Mei cuti buruh harituh dah beli siap-siap barang dapur.
kalau aku ambik keputusan nak shoping pra ramadhan time hari minggu
gamaknya kau balik dengan tangan kosong je lah

Sabtu & Ahad di Bangi jem ko
tu belum kira 2 hari sebelum tu, Khamis Jumaat dah rasa bahang Ramdhan dengan jalan nak keluar UKM ambik masa 30.minit. Biasa sampai rumah kul 5.20 petang, minggu lepas sampai rumah kul 6.00 petang ko sejam . tak pernah aku rasa jemu bawak kereta tetiba bosan gila nak drive .. hehhe
tanda -tanda duniawi la tu kan :p

badewe

selamat berpuasa kepada semua
selamat menjalani ibadah puasa
selamat bertarawih
selamat dunia akhirat. Insyaallah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close