Monday, October 21, 2013

5 Susun atur blog makeup..?

Assalammualaikum

Heheh blog makeup pun kena susun atur ker? hhehe bagi aku la kan.semua benda kena sentiasa kemas and teratur (ehh ehh ayat poyo x) termasuk la blog aku ni.. tapi arinih nak fokus pasal blog makeup aku la.. hehhe..

Dah hampir 3 tahun blog makeup aku nih. Boring jugak dok tengok benda yang sama jer.. so terasa nak buat pembaharuan ckit kat blog..masih pakai yang 3 column tu .. sebab kalo banyak column pun semak jugak.. hehhe omputih kata less if more hahah..

Apa yang barunya.. sebenarnya x banyak berubah pun. Aku ni bukan pakar blog pun . Aku tukar2 benda yang basic jer yang sedia ada dalam blog.. nak tambah aplikasi lain kena cari totorial dulu.. geeer..:p

Aku just update pic2 lama yang x update2.. (hohoho simpan jer pic dalam kamera, malas nak tranfer and letak watermark bagai)  ermm...& beberapa ayat yang aku rasa macam hampeh jer ngarang time tuh.. hehhe.

ok mulakan dengan

header ... x banyak perubahan sama jer macam dulu. Header ni pun photog yang tolong buatkan , mungkin akan ditukarkan suatu hari nanti, cuma x tau bila and setakat ini. ni jer header yang paling comel yang aku ada.. so kekalkan dulu supaya orang yang dah biasa dengan blog aku, tak la hairan sangat.. ( bajet macam blog femous jer kah... kah.. kah )

Warna latar belakang yang lebih bersih. Putih jer..kemas la bg aku..tapi  masih jugak mengekalkan warna purple pink pada tab page..aku letak kat bawah header..(boleh jer letak kat mana kan, tapi nak letak atas jugak sebab bg senang orang klik2.. hehe)


Updated Info..segala aktiviti makeup aku akan update kat page jer senang. Info pasal makeup/pertanyaan melalui FB dll boleh terjah page ni. if terjumpa aku kat blog korang boleh like aku kat page jugak.. ( ni aplikasi yang biasa jer huhu...:p )
aku letak kat bahagian tengah2 and atas sekali, sebelum post... motif sama, senang orang nampak..


Part ni pun aku update jugak. Sedikit pembaharuan yang aku buat dengan meringkaskan ayat-ayat sastera aku kepada ayat mudah orang faham.. and agak tegas disitu.. hehhe.. (wahhh boleh gitu)


and antara lain, Pic coztumer yang lebih besar , extra large gitu.. hhehe..(macam pic ni) bg puas ckit orang tengok blog aku. Tapi pic lama2 aku x la meng 'X large' kannyer.. yang baru2 jer..


sebelum di make over

v

v

v

v

v

and now
blog berwajah baru.. 

hehe..ok bye tu jer.. yang lain boleh lah terjah and follow blog makeup yana yer..

Sunday, October 20, 2013

7 Drop by area kat ruang tamu

Assalammualaikum. .

Tajuk entry pun pasal drop by area kat ruang tamu rumah. So ni lah ruang nya.. hehhe.. ermm.. simple jer sebenarnya, cuma dulu ruang ni kosong and helmet dibiarkan di lantai jer..  nak menyapu mula la angkat helmet2 and beg2 dr atas lantai..

So bincang dengan en.suami nak g beli almari yg sesuai dengan projek aku nih yang boleh sembunyikan semua barang2 ni. 

Tak banyak pilihan kat kedai perabut, kalo ada pun mahal. So deside pakai almari kasut jer lah, murah ckit.. hhehe

ni lah almari kasut yang aku rasa paling simple and come time tu.. hehhe warna hitam match kan dengan almari tv sedia ada.. geeeeer.. (Dah lama pakai warna pun x berapa nak hitam dah heheh )
Dalam almari ni ada 4 ruang yang boleh ejas2 raknya.. so aku buang 2 rak untuk dijadikan 2 ruang. Bahagian atas aku letak helmet en.suami & helmet aku , ada ruang ckit aku letak barang keperluan ikan (ubat2 and makanan ikan) Kat bawah plak letak beg sandang jer. Kira g opis pakai beg sekolah jer.. 1 en.suami, 1 aku punya. (sila abaikan beg yg dah lusuh tu yer huhuhu)

Nak bg comel ckit kononnya aku letak pokok keladi. (bajet deko la kononnya) Kalo korang perasan balang kaca tu aku pernah letak kat kabinet tv.. memandangkan pokok aku tuh dah mati aku tukarkan ke sudut baru plak.. hehhe .. dengan harapan pokok ni jangan la mati. Hhehe

part nih aku kena jugak sediakan raga untuk en suami yang suka sangat letak semua benda dia kat merata tempat, terutama kat kabinet tv. (ehh aku pun sama jer geeeer :p) Aku letakkan jer raga,boleh la letakkan dompet, jam, perfume , duit shiling kat dalam raga ni. . Nak mudahkan lagi aku letak terus tabung yang dulunya dok dalam bilik utama. so duit shiling yang merata tu boleh masukkan terus dalam tabung.. hahha 


And last part .. rumah kunci walaupun bentuknya x macam rumah.. hehhe... balik kerja sangkut semua kunci kat sini... hehhe

 Drop bye area adalah kawasan yang bg aku senang nak capai barang untuk masuk and keluar rumah. terutamanya kunci/helmet/beg yang hari-hari pakai.. lagi mudah and pratikal jika letak dekat dengan pintu masuk..hehhe.. so korang plak macam mana ?

Friday, October 18, 2013

8 future plan yang... ermm... :p

Assalammualaikum...

hehhee... :P  !@#$%^^&* sebenarnya malu nak up entry ni..tapi nak up jugak tak kira.. hahha belog aku kan wekkk ...

Ingat tak plan yang marvelous di amour yang dirancang suatu ketika dulu (hehhe ayat) Aku pernah up entry pasal store aku kat sini (if x ingat la)  cita-cita aku nak upgrade store kepada ruang kerja macam aty punya rumah tu.. ermm... sebenarnya..macam ni alkisahnya...

Dengan perasaan bangganya aku cerita la plan aku kat en.suami.. siap lukis plan bagai.. dengan harapan adanya plan ini dia kan faham la kehendak aku..hehehe

bincang punya bincang punya bincang siap buat keluar kertas and tali tape lagi ukur keluasan bilik.. plan aku di REJECT. hahah (reject u all's -sedih) en.suami kata bilik tu kecik jer ayang oii..x leh nak susun macam tu.. ermmm aku reda walaupun aku cuba pertahankan berkali2 rancangan aku nih..hehe ( x boleh blah ayat aku ni kan, redo jer lah korang membaca ekk)

ok lah. memandangkan rancangan aku dah direject oleh tuan besar A.K.A en.suami.. aku biarkan jer dulu.. Kebetulan minggu depan berikutnya en.suami akan bekerja luar kawasan.. hehe aku mulakan operasi mengemas bilik sorang diri.. ermmm (gila ko.. tolak almari besar2 sorang2- hehe aku kan gagah lagi gigih. kalau aku kata nak nak jugak.. huhuh) ikut rancangan asal.. aku mulakan seorang diri.. hehe

plan ni GAGAL.. aku jer tak nak percaya en.suami.. padan muka, letih jer dapat.. hahha
bilik ni kecik sangat. nak buka meja pun x muat. barang2 pun banyak.. (hehhe macam iklan RHB plak- dapur pun kecik)

so kembalilah kepada susunatur asal..redo jer lah.. cuma yang aku  boleh buat adalah

  • menlebelkan kesemua kotak2 aku tu.
  • susun atur pakaian en.suami bagi kemas and tersusun
  • kategorikan penggunaan barangan yang jarang pakai/x pakai 

nanti lah aku up entry pasal susunatur baru dalam bilik stor ni..yang penting sekarang nih..cuba maintainkan kekemasan bilik ni.. hehheh (ayat buat sedap hati.. ermmm) & rakan2 belog yang ternantikan rupa baru store aku ni, lupakan jer lah yer... hehhe sebab gagal kan.. hehhe ampunnn..

kalau lah en.suami baca blog aku nih. mau nyer dia gelak sampai guling-guling kat aku..ermmm yana oh yana.. (sebenarnya aku x cerita pun aku buat kerja sorang diri, takut kena gelakkan jer .. hahha)

ok bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close