Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

0 #rayasyawal2017 :: sesi bergambar

dah seminggu lebih beraya..
so sesi up gambar raya..
aku dengan jujurnya tak banyak sangat gambar raya

orang kata muka tak fotoganik
so nak bergambar tu tak cun je rasa..
mula la nampak sisi sisi kegemukkan muka , badan dan bla .. bla...

orang kampung kata tak makan gambar

huhu... tapi up la sekeping 2 kenangan raya tahun nih
kami berbaju merah ko..

kualiti gambar pakai phone ni x cun mana
so.. boleh la dari tak dak kan..


over lighting ni..
tengah panas nih bergambar..
nampak tak nur cahaya kat wajah masing-masing.. hahahha ahaks...


tahun ni tak sama warna..
so warna warni la ckit kan.. with anak saudara and kakak ipar


and gambar yang bajet cun nih 
ni jew yg ada.. 
warna merah kau
...hehe... 

1 #rayasyawal2017 :: Selamat Hari Raya Korang

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya Korang
Sebulan lebih aku tak berupdate cerita..
projek dapur aku pun dah lama selesai..
nak deko deko jew..
slow-slow la kan.. tak leh nak biasa kan diri lagi..
ahakssss...

sebulan puasa tak dak cerita aku coretkan dalam blog kesayangan aku ni
walaupun sebenarnya banyak cerita yang  nak aku kongsikan dengan korang
ragam bulan puasa la
ragam menjelang syawal la.. hehhe

so berbalik kepada tajuk asal..
sempena bulan syawal yang mulia ni
aku dan husben ingin ucapkan selamat hari raya kat korang pembaca blog aku ni

maaf kalau ada salah silap
maaf jugak kalau ada yg menunngu final look projek renovete dapur...hehhe

nanti aku update terkini yer..



so tempek lu sekepung gambar nih...
ahakk... merah tahun nih tau..
sebab apa tetiba jadi merah.. hehhe

Friday, September 23, 2016

1 #rayahaji2016 :: Selpee raya haji

ehehhehe...

if la kan.. korang sewel macam aku jugak dok posing selpee
kekke...


jarang aku buat perangai selpiee nih..
selalunya kalo selpee mesti kena ada geng.. baru best posing gedik2gedik.. hahah

tapi la kan .. selalunya nya,  bab selpee gedik tak kan menjadi kalo aku selpie dgn en.hubby aku..
semua gambar baik2 jew..
gambar bajet ayu jew...
gambar bajet baikkk... jew...
kalo nak selfiee semua gambar hancur..
buruk betul diri dalam gambar
tak potoginik langsung.. hahha

kali nih ada geng..
adik beli phone baru.. OPPO siap ada set selpiee..
apatah namanya tu.. kayu panjang tuu.. hahha
tak tahu nama..

time nih aku dok me'try la phone baru dia tuh..


ni nampak bersih cuci murni jew kan...
ni camera tipu...tak aci.. patut la adik upload pic cantik2 jew.. hahha


 yang nih pic original tak tipu.. setting normal jew.. nampak kan parut manis tu hahha
tapi pic still cantik sebab cukup lighting..  panas gila time nih...




kanzzzzz.. nampak baik kan.. hahha
kan aku dah kata tetiba jew aku jadi baik.. hahhaha


and bila ko sedar ada gambar laki sendiri dok selpiee jugak gambar sendiri.. hahha


lokasi .. time nih nak beraya umah mak tih aku .. tapi mak tih tak dah.. so.. tak tau nak pi mana kitaorang terus g kampung arwah tok.. umah cu Yani..Kampung Bnadar Baling.
kitaorang bajet menziarah macam hari raya puasa jew..

tapi ok la,.. memang niat nak g berjalan ke sana jugak.. dah namanya cuti kan...
menziarah lagi senang if time-time raya macam ni lah.. hehhe



ok tu jew.. :P

Wednesday, September 21, 2016

4 #rayashaji2016 :: Teroback cerita Raya di kampung

heheh... saja nak teroback cerita raya haji  tahun nih kat Kedah...
Yer... Raya puasa kan dah beraya kat terengganu...
soooo... raya haji giliran aku plak la ..

Dah kawin dengan orang jauh .. kena la buat sistem giliran balik kampung
baru adil.. ahhaha... (kengkonon jew aku kan)

Lama betul aku tak balik kampung
tapi memandangkan mak ayah turun KL .. so ok lah tu..
terubat rindu dah sebenarnya,,, :p


Aku balik hari sabtu..
sampai Kedah kul 4 5 jugak la..
sempat la aku pekena bihun sup sebelum balik umah..
sedap.. bihun sup  gerai nih kira kena la dengan tekak aku..
walaupun mak aku kata tak sedap... hahaha


ok.. sampai kampung rupanya ayah dah buat plan nak bakar lemang
yer lemang.. kira ni lah tahun pertama dalam sejarah hidup aku idup
ayah nak bakar lemang kat laman umah dia tu...

heheh.. mesti korang tak percaya kan...
betul nih.. kali pertama buat lemang and bakar di laman  rumah sendiri
sebelum nih mintak mak tih or tok yang tolong bakarkan..kita orang just g ambik kat umah diorang jew... huhuh

best pun ada jugak la.. tapi kalau la time raya puasa
mesti lagi best...
aku akan pasang pelita keliling rumah
pasang lampu lip lap.. hehe :p


tapikannnzzzzz...
sebabkan nih kali pertama bakar lemang di laman sendiri..
khidmat orang lama.. a.k.a tok aku la jadi chefnya..
hubby aku.. jadi pembantu..
ayah aku... just hidupkan api.. and lepas tu tido.. sakit kepala sebab main api besar.. hehhe

ni tok aku... tok sebelah ayah..
dia ketua chef.. 


and hubby yang kononnya belajar cara nak masukkan daun pisang dalam buluh..
aku tengok macam senang jew.. hahha

siapkan malam tu jugak sebab esok pagi nak bakar


 ni ayah aku la.. yang aku bg tau tadi.. tukang idupkan kayu api..
tengok tepi pun dah nampak hensem kan ayah aku ni.. 

:P hahahhahahahahah




siap boleh makan dah.. huhuh
leh jadi student contoh nih.. mendengar kata betul.. hahahha



cicah dengan dading dendeng.. bukan dinding yer...


ok bye.. tu jew nak cerita..
ada lagi part 2.. kot rajin nanti aku up entry.. hehhe

Wednesday, July 13, 2016

2 #rayasyawal2016 :: Puasa 6 and ganti puasa mana perlu didulukan..

Untuk rujukan dan panduan diri sendiri sahaja AKA sekadar perkongsian..




sumber 
http://www.hijabista.com.my/trending/hukum-menggabungkan-puasa-qada-ramadan-dengan-puasa-enam-1.540428


bagi seorang wanita, normal bg kita untuk tertinggal beberapa hari puasa dalam bulan Ramadhan
dek kerana Period atau nifas. 
Jadi, Wajib bagi kita untuk menggantikan dalam bulan-bulan seterusnya

Puasa Enam merupakan puasa yang disunatkan untuk kita lakukan dalam bulan syawal yang mana ganjarannya seperti kita berpuasa selamat setahun yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub -al-Anshari R.A:

Maksudnya: " Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun" - hadis riwayat Muslim-

Persoalannya, bagaimana jika seseorang itu hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qada' Ramadan yang belum dilunaskan.
Harus diingat bahawa mengqada' puasa Ramadan adalah wajib tidak kira ditinnggalkan dengan sengaja atau sebab uzur syar'ie.

Sesiapa yang mempunyai puasa qada' Ramadan,
dia boleh sahaja menggabungkannya dengan puasa-puasa sunat yang lain
seperti hari 'asyura. hari A'rafah, puasa di bulan Syaaban dan banyak lagi termasuklah puasa enam di bulan Syawal ini.

TETAPI, perlu dilihat atas sebab apa puasa Ramadan itu ditinggalkan
kerana ia menjadi penentu kepada boleh atau tidak puasa qada Ramadan ini digabungkan dengan puasa sunat.


Sebab meninggalkan puasa Ramadhan

Penyatuan puasa qada' Ramadhan dan puasa sunat ini boleh ditentukan dengan mengetahui sebab mengapa puasa Ramadan itu ditinggalkan. Terdapat dua jenis orang yang meninggalkan puasa ini iaitu:

  • Orang yang meninggalkan Ramadan bukan disebabkan uzur syari'e iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oelh syara'
  • Orang yang meninggalkan Ramadan disebabkan oleh uzur syar'ie seperti kerana datang haid/ nifas/sakit/musafir


Meyatukan puasa qada' dgn puasa sunat

kedua-dua sebab diatas menghasilkan hukum berbeza dalam perkara menyatukan puasa qada' dan puasa sunat

  • Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur syar'ie hukumnya HARAM melainkan setelah selesai mengqada' puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu
  • Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan atas sebab uzur syar'ie hukumnya SUNAT untuk disatukan niat puasa qasa' tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enan di bulan syawal. 


Bagaimana lafaz niat puasa yang disatukan itu?

"sahaja aku berniat puasa esok hari qada' fardu ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan syawal kerana Allah Ta'ala"

Dengan Lafaz niat ini, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran keduanya, pahala puasa qada' dan puasa 6.


Sumber rujukan:
Terima kasih Da'i Lukman (Facebook)
1. Pelita Brunei
2. Feqh Manhaj (Sheikh Dr. Mustofa Al-Khin, Sheikh Dr. Mustofa Al-Bugha, Dr. Ali Asy-Syarbaji)
3. Asybahu Wan Nazoir  



Kesimpulannya,
jika anda ada meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja (bukan atas sebab uzur syar'ie) Wajib bg anda untuk menggantikan terlebih dahulu puasa Ramadhan tersebut sebelum mula berpuasa enam. dan jika sebaliknya (usur syar'ie ) tiada masalah untuk anda menggabungkan kedu-dua puasa ini.



hehhe.. korang dah ganti ker..?











Tuesday, July 12, 2016

2 #rayasyawal2016 :: Kanzzzzz.... raya kau hijau.. ehh..

harinih hari keberapa raya ekk..
hehhe

teroback ckit kisah ari raya..
kanzzzzzzzzzz...

bertolak dari Terengganu Sabtu pagi
and plan tak nak balik ikut highway kali nih nih
sebab..........
nak makan sata...
lama betul tak balik ikut jalan lama...
motp memang nak makan sata jew

so sepanjang jalan tu dapat la aku cuci mata gak tengok2 pantai..
deretan sata and keropok lekorr kekek

and sempat singgah beraya rumah member and umah sedara hubby
hahah... kira tahun nih sakan la bejalan raya
start raya pertama sampai aku balik Bangi... jalan jew...
jem tu tak payah cerita la... nama pun raya....

dah abis beraya area terengganu baru masuk balik LPT..huhuuh

kisah baju raya...

hehhe baju raya  kite hijauuuuuuuuuuuuu....
hahhaha.. sedondon sangat kan...

suwetttttt tak...kah kah kah...  :p


pas tu kannnnnnzzzzzz...

satu  lagi keluarga warna hijau... ni abg en. hubby ... abg no 2.. pun hijau...
1 family hijau... 


 and paling rare



pun hijau jugak.... ni abg no 1..
ofcoz la 1 family warna sama

yang paling tak leh terima ..saudara depan umah pun hijau jugak...
waaaaaaaaaaaaaa... apa kena raya tahun nih..
semua hijau......... tu belum lagi buka facebook .. scroll semua baju raya hijau...


kebetulan semua hijau..
tak tau pun diorang pun hijau..
tapi suwet la jugak kanzzzzz.. 1 rumah hijau... bukan senang nak dapat suasana macam nih

so .. baju raya korang hijau jugak ekkkkkkkkkkk...

Tuesday, July 5, 2016

0 #rayasyawal2016:: Selamat Hari Raya


ermm rasa nak buat ucapan ari raya la.. heheh

ok.. first.. thanks sebab sudi melawat blog sendu akak ni yer.. hahha...
akak... ????

macam makcik-makcik sangat... waaaaaaaaa :( .
memang pun .. dah umur-umur sendu ni kan...tak sedar dirih.. kekke

ok sambung balik...

thanks ek.. sudi jadi pembaca blog yana
yang sudi komen-komen..
yang sudi jadi silent reader..
yang pm tepi.. pm kanan.. tanya-tanya soalan tu.. hehhe
insyaallah .. just sharing  jew.. kalo boleh bantu yana bantu ckit-ckit , mana mampu..
ikut kesesuaian and masa yana la kan.. hehhe

dalam blog sendiri nih
aku nak mohon maaf  zahir batin.
sepanjang penulisan dalam blog ini samaada sengaja atau tidak
ada menyakiti  or mengguris perasaaan korang.. korang.. korang



Dua tiga  kucing berlari

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Sunday, July 3, 2016

0 #rayassyawal2016 :: balik kampung

hehhe... semalam punya kerja..
suka sangat buat kerja last minit kan.. kekke
ok.. semalam aku tido kul 2 pagi
siapkan barang nak balik kg



 2 beg... seorang satu.. hhehe

 and buah tangan ckit.. kuih raya jew...


siapkan jugak rumah..
supaya balik nanti tak reruk sangat nak mengemas
sebelum balik
pastikan semua kemas dulu
ruang tamu.. dapur,kain baju, pokok bunga ,aquarium ikan..
pendek kata. sebelum tinggalkan umah 

pastikan umah bangi nih dlam keadaan bersih.. kemas.. baju berlipat.. semua la..
settlekan siap2..

cuma kuih raya yew belum masukkan dalam balang lagi..
ais batu 10 pack buat jugak..
kot kot dpat tertamu tak diduga


baju raya.. dah siap ambik kat dobi
sebab aku malas gosok. dobikan jew senang
balik ingatkan settle la pasal baju
rupanya ada tambahan

kena gosok sendiri jugak huhuhu

yg balik kg beraya
berhati hati jalan raya.. k
aku ,  saat  nih dah ada kat kampung

awal sampai.. jalan tak jem lagi..
siap shoping kat maidin ganu...
orang dah mula ramai kat pusat bandar..
ok tu jew..
by selamat hari raya

Friday, July 1, 2016

3 #rayasyawal2016 :: baju raya

hehhe..

persiapan raya tak banyak sangat. just ada baju raya jew..
kiuh raya tu biasa la kan.. ada la jugak..

baju raya tahun nih
cer teka... warna yang tengah in tahun lepas.. rasanya la..
and tahun nih pun masih in lagi
tak kisah la... janji aku dapat baju

tak dew baju custom made ekk..
aku beli ready made jew.. online belambakk hahahah
and aku kena redho and pasrah
yang sesungguhnya akan ada orang yang design and warna sama dengan aku...
waaaaaaaaaa... :( nangis tepi katil

beli dengan perasaan yg tak berapa sangat la..
asal cantik ambik jew.. cantik ker??? :p
muat plak tu.. so warna tu jew ada..
maka baju melayu laki aku harus ikut warna baju aku...


setiap tahun pun kita orang tak pernah tetapkan warna apa nak pakai
tapi tak dew lah sama warna macam tahun lepas.. huhuh
asal salah sorang dapat cari baju yg berkenan di hati.. and sorang lagi akan follow colour baju tu

senang jew.. selalunya baju lelaki senang nak carik..
perempuan jew.. aku rasa susah ckit.. hhehe


and hari ni jugak sampai percel..
last-last minit sampai sebelum cuti..heheh
baju raya jugak...

ermm kira konsider baju raya jugak la..
sebab
kemain mak aku gigih siapkan
nak bg anak dia ni pakai baju raya...
aku ingatkan tak dak la baju custom made tahun nih...

kain dari tahun lepas lagi aku bg suruh buat baju..
tahun nih baru siap.. hehhe

biasa tu.. tiap-tiap tahun macam tu la selalupun..
mak aku kannnnnn.. hehhe



so.. apa beza baju n ih dengan baju aku beli tu..?

tak dak beza ok.. warna sama jew...
hahaah... sambung nangis tepi katil lagi...

dah kenapa tahun nih hijau semua nih....yana oiiiii...
waaaaaaaaa...



Monday, August 17, 2015

9 #Cerita Raya 2015 :: Last .. korang plak macam mana?

hehehe..
aku yakin dan yakin sangat.. mesti korang.. korang korang semua
penuhkan sabtu ahad dengan jemputan kan...
last day 15 hb haritu...

aku sendiri pun ada 3 jemputan

1. Umah Kak lela.. Member opis - start 4.00pm -8.00pm
2. Umah Kakta - Umah Kakak Aku - start 4.00pm- 8.00pm
3. Flat Seri Tanjung - Area Umah Aku - 8.30pm- selesai

kan.. ni aku punya jadual hehe
jemputan 1 and 2 terpaksa aku tak pergi
sebab komitmen aku  untuk aktiviti flat .. :p (komitmen la sangat ni.,selalu aku mengelat jew.. huhuh)

Rumah terbuka..
Flat Seri Tanjung.. haha
Flat umah aku memang tiap2 tahun buat aktiviti
tahun nih buat malam plak..

and pastinya aku kena rewang masak
dari pagi sampai petang..
siap masak untuk makan tengahari..


petang siapkan gerai
tapi aku ponteng jab..haha.. rehat jab
malam baru sambung .. aktiviti and kemas after settle..




jamuan ni kitaorang bajet tak ramai la orang datang
lagipun cuaca ujan petang tu..
sekali yang datang ramai .. ko
kul 8.30 start kul 9.30 dah nak abis..
kitaorang sendiri pun x sempat nak round gerai2 lain..
nak try 2 makan juadah diorang masak


disebabkan aktiviti ada cabutan bertuah...
ada duit raya untuk budak2
ada pertandingan antara gerai..
ada pertunjukan bunga api... jugak..

tu yang  jadi seronok..
yang nampak sangat happynya budak2 la..
dapat duit raya...

kejiranan korang macam mana plak..?


Monday, August 3, 2015

8 #Cerita Raya 2015 :: Hari raya di Bangi

Tahun nih..
pas balik dari kampung..
selalunya and kebiasaannya budak-budak kat flat ni
kitaorang letak beg jew dah dengar

"Assalammualikum......."
kami datang nak raya........
hehhe...
tiap-tiap tahun sepanjang aku kawin ni.. hehe

tapi
tahun nih.. aku tunggu   and tunggu and tunggu..
tak sampai-sampai lagi..
aik mana budak-budak ni pergi.. heheh
ermm..

ala.. sapa nak abiskan kuih2 nih.. kekke
risau jew,, huhuhu

tak balik dari kampung lagi ke?..
and dalam aku dok bebel sorang..
jumaat malam baru budak-budak
datang beraya... hehe

baru la mood beraya..
kuih pun ada la orang abiskan.. kekek
alhamdullah..
walaupun tahun ni tak ramai macam tahun-tahun lepas..
meriah jugak la budak-budak tu  ada..




ni group pertama datang beraya..
siap diorang selpiee kat rumah aku..
budak2 sekarang kan.......hehe

group seterusnya selang setengah jam sampai...
tak plak aku snap pic..

and isnin petang..
gruop lain plak datang..

hehe.. seronok budak2 datang di beraya dirumah  nih..
baru nampak macam suasana raya.. kekke
almaklumlah.. rumah tak dew budak..

if korang perasan..
dinding ruang makan aku dah warna lain..

cermin kat dinding tu pun dah tak dew...
hahah..
bebudak tu pun perasann..

acik mana cermin kat sini.. ? :p

budak2 ni raya dengan deco tah apa2 jew..
tuan rumah asal sempat jew nih..

tu namanya.. umah aku dah bertukar warna
dah bertukar temanya..
sebelum raya arituh
dok  mengecat laki bini..
hehhe...

nanti aku cerita,..
kegigihan kitaorang...

korang..?
ramai tetamu datang..


Wednesday, July 29, 2015

4 #Cerita Raya 2015 :: Dah ke-2 , 3 hari raya..

Ermm ... sambungan lagi nih...
ni adalah last episod  berhari raya di kampung...
waaaaaaaaa.... macam banyak jew cerita raya aku kan...

tapau abis seminggu raya...
selepas 1 hari raya..
aku rasa raya ke2 dah tak macam raya.. hehhe
bukan apa.. banyak nya dah demam dah..

jangkit dari ayah aku.. kekke..
so kami laki bini pun deman la jugak..

ala.. demam makan durian banyak ..hahah
kebetulan tahun ni balik dapat makan durian dengan puasnya..
opss gambar durian x dew yer.. ermmmmmm lupa

kitaorang raya.. bukan sakat belah lemang..
siap belah durian...
berbaldi laki aku makan..
sebelum raya .. selepas raya..
abis dibedalnya... aku?  join sekaki la..


esoknya..
menu makan tengahari.. huuuuuuuu
besttttt... hilang rasa demam..
ijau jew pandangan..
bulat bijik mata tengok ulam..




cer tengok ulam-ulam tu..  main petik2 jew..
rancangnya nak makan keluarga kitaorang jew..
tup-tup jiran sebelah umah pun bawak ulam and nasik join sekali
jadi ramai and meriah la...

and sampai lagi sedara depan umah jugak..
makin ramai..
penuh dangau ayah aku nih..
berfungsi abis dangau ayah aku kali ni..
hheheh...

korang plak.. ?
cer cerita...

Tuesday, July 28, 2015

2 #Cerita Raya 2015 :: Selfpee di Hari Raya

Ni sambungan ni..
cerita raya paling ringkas..
di suatu pagi di hari raya...

pas solat kat masjid..
pastu terus je g kubur..
dalam perjalanan balik..
pekena mee kari.. umah terbuka betul2 nih.. sapa yang lalu
dijemputnya makan.. kekek
ala.. umah tok guru mengaji dulu time kecik2..
beraya dulu kat situ... :P

balik umah lepak jab kat dangau ayah..
pastu gerak plak ke umah tok.. dekat jew,,
jalan kaki jew... 10 minit tak sampai..

ni. la... habit zaman moden
dimana ada phone situ lah ada gambar..
candid and selfpiee memanjang..
nak boleh ke sampai umah tok yang dekat pun leh ambik masa setengah jam..

3 langkah jalan..
selfpee.. pastu selpee lagi.. and lagi.......

aku nampak ayah aku nunnnn..
jauh dah dok menunggu anak menantu cucu..
dok selfpee x sudah2..






tak kecuali aku laki bini..
buat kenangan la kononnya nih..

tapi gambar 1 familiy tak plak snap..
susah sebenarnya nak kumpulkan ramai2
hehhe...

tahun depan try la selpee 1 family..
kot kot berjaya.. kekke

korang berapa banyak gambar selfpee..?
keke


Thursday, July 23, 2015

4 #Cerita Raya 2015 :: sehari sebelum raya..

Selamat hari raya semua..
hari nih baru masuk kerja..hehhe...

lama gila cuti.. so blog aku pun bercuti jugak la...
banyak betul update pasal raya..

ok back to my story.. cewahhh..
aku cuti ari rabu.. pagi2 sebelum subuh dah gerak dari bangi..
memang niat nak keluar sebelum subuh untuk elak jem
solat kat petronas jew.. hehhe

top tap top tap
kul 3.00 petang baru sampai kampung sempat la beli pelita and lampu lip lap.. kekke
meriah raya kat kampung tahun ni sebab aku ada... hahahhahah (:p)

so...esoknya..............
ni la tugas laki aku...
nampak tu.. bukan main... menggoreng...

pagi tugas aku la dok kisar bahan2 buat rendang..
part goreng plak pas kat laki aku.. bergilir2 jew..
sampai berbuka puasa pun kat sini jew




berfungsi sepenuhnya ayah aku punya dangau nih..
lepak kat sini jew..
meriah plak semua lepak kat sinih...

 sesi pasang pelita....
dulu sebelum kawin . aku lah yang jadi pembekal pelita...
dah kawin nih.. ermm pelita kat umah aku nih 2 tahun sekali jew.. 

adik aku kata .. if aku tak dew. tak best.. tak meriah.. 
waaaaaaaaaa... gituh.. hebat penangan aku nih... pemeriah majlis.. kekkeke

masak la sampai ke malam..
kul 3.00 pagi..
last ayah aku tido situ jew.. sebab dalam umah dah penuh dengan anak cucu..

satu ruang tamu memang untuk family kakak aku jew.. kekke


macam seram kan... tapi ni lah kampung...
lampu jalan ni sebatang jew kat sini.. betul2 kat sebelah rumah aku...


Monday, July 13, 2015

5 #ramadan2015 :: Sebelum Raya program sapa staff

13.07.2015 bersamaan 26 Ramadhan 1436

hehe.. dah macam diary dah nih..
siap tulis2 tarikh bagai..

bukan per.. hari nih one again hampir nak  jatuh la jugak air mata nih..
huhuh...
cover sipih-sipih jew nih..
orang opis nampak kang....
tak rock la yana yang ganas nih nangis.. huhuh

walaupun aku ganas tahap rock
tapi hati aku nih ada taman tau..
ada pokok bunga ros. pokok bunga orkit .... resfesia pun ada tau..
besar tuh..

tak per lah bos..
tak der anak nih bukan lah kehendak aku pun..
tak kisah pun duit raya tu nak bagi kat staff yang ada anak tu..
rezeki anak2 diorang la tuh...
tak yah kesian sangatkan aku ni hah..

bos 1 - "kesian awak tiap2 tahun tak dapat apa2"
bos 2 - "kau yana , dapat tak , berapa dapat?
bos 3 - " oo.. tak dak anak lagi..?

heheh.. kawan2 yang masih beraya berdua..
without baby...
korang kentalkan hati masing yer..

time2 macam nih..
soalan-soalan  misterius ni kena ada jawapan mantap..

if orang tanya bila lagi?. and bila lagi ? and berapa tahun dah kawin.?
korang jawab la.. berapa lama dah idup.. ? bila nak mati..? hehe
sebab jawapan pertama bergantung pada jawapan kedua jew..

hehe ... main2 jew..
tak sanggup nak jawab macam tuh.. hehhe

selamat menyambut hari raya . maaf zahir batin..
terlebih terkurang dalam penyampaian yana dalam blog nih.. maaf dari hati..

balik kampung drive la dengan cermat..
kurangkan celok kat line kecemasan yer.. hahah..








Tuesday, August 12, 2014

5 #rayasyawal2014 :: Program ujung minggu..

list. untuk program ujung minggu nih..heheh


sebabkan tahun lepas x buat pun makan2 kat umah aku..
so tahun nih.. kena buat jugak
dah macam2 oder dah yg aku dpt..
nak rasa air tangan aku kononnya..

kah kah kah...

harus x berapa sedap kot. . sob sob sob..

dok umah flat macam umah aku nih..
best yer.. kawasan aku 90% melayu
semua laki aku kenai..
pantang bertemu bahu.. angkat tangan.. tanya..(bertegur sapa)

memang kuat menegur org la...sampai budak kecik pun
abis ditengurnya,
kalo dia tak tegur, budak2 tu yang tegur..
pakcik azam nak g mana.?
nak kuar ker?.. and bla bla bla..?

hahha...
kan aku dah kata..
laki aku dah macam wakil rakyat..
semua org kenal dia..pewhhhhh..
ehh bukan semua la..
orang2 flat jew..

lain la dengan aku nih..
jauh bezanya.. kalo orang senyam
baru aku senyum... . senyum2 tu dah kira bagus dah tuh...
cian kat aku.. lambat panas.. x tau nak sembang apa..sob sob sob

minggu lepas..
x sempat nak letak kuih dalam balang..
air batu pun x buat lagi..
paling best.. baru letak beg pakaian..

1 batalion datang umah..

pak cik azammmmmm
kami nak datang raya..

sob sob sob..

aku dah agak dah.. 
tahun2 lepas pun gituh jugak
so awal2 aku dah bg tau leader geng diorang. 
esok jew ekk datang umah acik yana..
acik baru sampai..nak g kuar makan jab.. lapar..
ahahha.. zalim x aku...

and sepanjang minggu lepas jew..
jadual g beraya dah penuh..
ada yg datang rumah aku.. mak2 budak.. (kira jiran aku la)
anak anak2 jiran..
kawan2 laki aku..
tapi  korang makan kuih jew lahh yer..
hahha..

minggu depan ada jamuan hari raya untuk flat umah aku
kena merewang la aku nanti...

apa menu untuk minggu ni punya weekend
insyallah...kalo x der halangan boleh la jemput jiran2 dekat umah datang
jemput gituh jew member opis..
korang pun datang la umah aku.. kalo kat bangi la..

Tuesday, August 5, 2014

5 #rayasyawal2014 :: Puasa 6


Puasa bulan bukan puasa..
alah .. puasa time bukan bulan ramadhan la...hehhe
puasa sunat namanya..
tak pun puasa ganti...

yang aku nak story ni..pasal puasa sunat jew..
sekarang kan dah bulan syawal
dah seminggu pun berlalu
so kesempatan bulan2 ginih
cuba gigihkan dan kuatkan semangat nak puasa 6
insyaallah...

top up.. mana2 kekilafan diri...

google
sama-sama puasa dgn laki..
baru la best, ada kawan, bersemangat la c'ki kan..

tapi dugaan kali nih..
ermmm fist puasa dah macam x makan sebulan
mata alahai.. mengantukknya.. rasa nak tido jew kat meja opis nih..
nak solat pun , menggigil lutut.. pewwww...

betul2 dugaan nih..
nak hadap untuk 4 hari lagi
moga tak lembik macam semalam.. sob sob sob..



seb baik semua member opis puasa
so dugaan makanan tu kurang la kan 1%

and bukan aku sorang jew ada simptom2 tak larat tuh
kawan opis pun sama..
lembekkk jew semua
lagipun start ari isnin..biasala ari isnin kan selalu macam tuh..
mood cuti raya pun x abis lagi..
so simtom2 tu bergabung.. hahhaha..

aku rasa la, badan terkejut
sebab seminggu makan x ingat dunia..
lepas makan , makan, lepas makan , makan lagi..
tetiba nak puasa kan..
aku rasa la....ni teory aku buat sendiri.. haahhaha... sila jangan percaya :p

rakan2 yang berpuasa
selamat berpuasa
lepas 6 hari kita raya lagi ekk...insyaallah.. amin





Monday, July 14, 2014

8 #ruang tamu raya-momento sangat

sila abaikann tajuk ...hahhaha

ni projek tertangguh kitaorang
ehhhh salah projek aku sebenarnya
buat mukak comel ,suruh la hubby cat
hahah...

kan aku pernah up entry kat sini dulu
yang aku nak cat kan dinding umah dengan momento kan
so.. 
sebelum puasa arituh 
kitaorang dah beli cat
after 2 week 
baru nak mengecat..
ambik mood raya ... hahah



nampak tu.. gigih kan suami ku
hahah...

tapi banyak kerja jugak nak ngecat nih
masa masuk umah dulu 
lebih senang. perabot tak der lagi
lapang jew

now..
kena tolak tepi semua perabot
tape kan dulu tepi dinding and plug point..
cabut dulu langsir
hahah.... penat2



kena cat dengan undercort dulu
kasik cover semua dengan warna putih

hampir siap... kena buat 2 layer

untuk dinding rumah aku nih
kena guna 2 liter cat

dah kering.. boleh la mula conteng
part ni.. best..
sebab main conteng jew..
step ni memang dah ada kat tool kit dia.. so follow jew..
main pangkah jer kekdahnya..

ok.. nanti aku up full view.. 
ciap dengan cord colour and harganya ...
hahah...

#momentoraya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close