Showing posts with label renovation. Show all posts
Showing posts with label renovation. Show all posts

Friday, July 7, 2017

2 #rumahAzamYana :: separa open konsep


korang-orang entry pasal dapur ni banyak tau..
so korang-korang  korang kalo tak berminat leh skip ok..
hahha...

ok aku sambung lagi...
hari ke 13 rasayanya.. ahakss...



ni pandangan dari dapur.. see true hingga ke ruang tamu..
so aku akan nampak..ruang makan dan ruang tamu.. open konsep gituh.. ahakss...


ni pandangan dari ruang tamu
open konsep sangat kan..
huuhuh.. bila dah runtuhkan dinding tu.. aku berkenankan sliding door
so sliding door ni akan jadi pintu keruang dapur la..

buka semua akan jadi macam open konsep gituh..
orang reramai datang so tutup la...

kalo dah buat konsep macam nih..
so .. ruang dapur korang jangan berangan la nak sepah2.. kena sentiasa kemas jew lah.. hehhe




waaa... see true betul nih...

after nih.. kita pikirkan kabinet dapur plak yer...

warna apa pilihan dapur aku..?
nest yer.. hehheh...

Thursday, July 6, 2017

0 #rumahAzamYana :: dapur dah nak siap tapi tak siap2 lagi.. hehhe

aku sambung ek pasal perkembangan dapur rumah aku nih

sambunng setakat yang tertinggal harituh...
settlekan pasal tile and last finishing...

so...
diorang dah siap kemaskan and aku balik rumah aku dah hampir2 siap
dah nampak la table top and rupa dapur kat situ.. hehhe




view dapur time nih masih togel.. barang2 diorang pun masih kat situ lagi.. betul2 baru last finishing


sebelum siap sepenuhnya sebelum diorang kemaskan barang-barang..

so aku mintak pasangkan plug point kat tengah2 area tu..
terpaksa.. sebab x dak dah location yg sesuai dah..

dah pk tu jew laluan yg ada.. line internet pun dekat sebelah kanan tu. kat cermin tu.. nak tak nak..
buat jew lah.. maybee kalo aku tak pasangkan cermin dulu siap2 mungkin plug boleh sebelah kanan jew semua.. tapi aku dah pasangkan cermin.. so plug internet terpaksa ke tengah rumah.. nanti aku share kat korang..

so untuk hari nih .. ni jew dulu perkembangan yg aku nak share.. esok aku share lagi ekk..



Monday, April 3, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day9 dan seterusnya - Projek Renovate Dapur

untuk hari ke-9 (31.03.2017)

tu tak banyak berubah..

sebab lebih kepada buat kerja mecantikkan permukaan dinding

diorang skim dinding tu supaya rata.. perasan tak yang warna putih tu..hehhe



dan hari sabtu ahad aku cutikan jew.. aku nak rehat dirumah jew.. hahah.ehhhhhh tak aku g kelas makeup lagi.. hehhehe



Day ke-10 (4.04.2017)

Isnin...
jangan kan kata aku malas nak bangun g kerja...
sapa-sapa pun malas kalo isnin blues datang tu..
tambah-tambah hujan bukan main lebat lagi..

bercinta la...
and aku g kerja macam biasa jew la..
pekerja contoh kanz.. heheh

and kul 9.00 macam tu dapat masej dari tukang
tak dapat datang kerja...
Hujan.. ...  so cuti la lagi sekali..



Day ke-11 (5.04.2017)

siapkan lantai yang masih berbaki


and aku dapat masej dari tukang
tanya kedudukan mesin macam mana.. nak disamakan lantai atau dibiarkan kosong...
so sambung esoknnya..




Friday, March 31, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day8 - Projek Renovate Dapur progress

aku sambung balik cerita pasal perjalanan projek renovate dapur aku tu ekk...

Day 8 (30.03.2017)

aku dapat masej dari tukang..
tanya kedudukan sinki
aku nak besar sebelah kiri..yang kecik tu sebelah kanan

berbalas la masej 2 3 keping untuk hari tu

so harini diorang pasang sinki and tile kat table top


dalam proses pasang sinki and tile table top


masa aku balik  umah .. keadaan table top pun dah nampak rupa dan
and lantai table top pun dah mula di tile kan

dah nak siap dah pun... hhehe

Thursday, March 30, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day7 - Projek Renovate Dapur (part 2)

Day 7 (29.03.2017)

ada part 2 ekk.. hehhe

pas dari hantarkan sink .. (aku skip la ek apa yg aku buat kat kedai sinki tu )
balik kerja aku tengok ada la perubahan

now.. rangka tadi akhirnya dah dibubuh simen
dah nampak dah bayang-bayang table top hehhe

rupa terkini :p



hahah nampak kan.. kan.. kan..

ni past balik kerja.. aku tengok diorang dah pasangkan frame sliding
and table top pun dah ada semen dah.. hehhe



0 #rumahAzamYana :: Day7 - Projek Renovate Dapur bye-bye

Day 7 (29.04.2017)

day 7 nih aku nampak  rangka table top dah dinaik kan
tengah ukur -ukur la tuh

so dapat masej dari tukang
sinki nya dah ada ke belum

heheh... senyum jahat jew aku,,
nak tukar singkin baru tapi
aku tak g beli2 jugak
dok suryey sampai ke sudah tak beli2

so.. bila dah dapat call tu
macam lipas kudung la g carik sinki
time rehat kuar jab.. g kedai yg aku biasa g tu..
and g beli terus..

seb baik survey awal2.. hahha
sorang-sorang la bawak diri..
laki aku kat tempat kerja

sampai orang kedai tu tanya
suami tak ikut ke kak

hahah.........ko nampak bila terdesak tu. sosorang pun kira jadi la..






so elok jew sampai rumah nak bg sinki ..
penuh aku rasa dalam rumah.. rumah kecik kan.. hahhaa

so bro-bro chines ni dalam proses pasang bingkai sliding door
huhu...

so next...

Wednesday, March 29, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day6 - Projek Renovate Dapur

Day 6 (28.03.2017)

kali nih balik tak banyak berubah

sebab masih buat kerja -kerja tile dinding..
and cover semula bahagian-bahagian pintu..

tapi aku nampak wayering pun dah diubah ke sebelah kiri dah..
dekat pintu masuk..





Tuesday, March 28, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day5 - Projek Renovate Dapur progress

Day 5 (27.03.2017)

Sabtu and Ahad kami bg cuti
baik tak .. hahah

sebenarnya lebih kepada nak menjaga hati jiran-jiran
nak jaga hati aku.. huuh
yer lah .. hari minggu jiran nak rehat kan..
aku pun nak rehat
tukang pun nak rehat jugak

binget oo kalau dok dalam tu

so isnin mulakan balik kerja-kerja renovation






so untuk nih diorang dah pasang tile dah.. dah nampak la rupa sikit dapur
wayering pun dah siap tu.. semua simpan dalam dinding.. (standart la kan)
ada la penambahan beberapa plug tu kan..


so balik kerja .. aku tengok dinding dah di tilekan dah.. hehhe


so next

Monday, March 27, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day4 - Projek Renovate Dapur progress


Day 4 (24.03.2017)

masa ni.. rasanya proses paiping ..
sambungan dulu sebelah kiri dah ditukarkan kesebelah kanan

part paling penting nih.. 
sumber air

paiping untuk sinki dan mesin basuh
and stokok ..

semuanya diubah kesebelah kanan
paiping untuk mesin basuh disorokkan dalam  table top
plug point untuk mesin pun disorok dalam table top..




aku balik and aku tengok paip nih macam salah jew..
macam jauh sangat
sebab perancangan aku nak buat L shape..

tapi dari kedudukan ni . macam dah lurus jew..
salah nih.. aku masej and mintak betulkan

and dan-dan bg tau saya kira harga haritu untuk 10 kaki je kak..
looooooooooooo....

punya la aku explain panjang lebar.. last-last ada jugak salah...
now.. tak pasal kena add RM500.
x bayar kang tak siap dapur aku... :p

so aku lukis kat kertas and bg tau kedudukan yg aku nak..
so dalam kes nih aku yg terkena... huhuuh


ok next...

Friday, March 24, 2017

1 #rumahAzamYana :: Day3 - Projek Renovate Dapur progress

Day 3 (23.03.2017)

masih kerja-kerja pecahkan tile lama
masih lagi dalam keadaan huru hara
masih lagi tak nampak rupa.. hhehe

nampak tu aku request pecahkah  dinding nih..


lampu  pun takut jew nak buka.. hhehhe tu yg gelap gelita




Thursday, March 23, 2017

0 #rumahAzamYana :: Day2 - Projek Renovate Dapur progress

Day 2 (22.03.2017)

agak cepat diorang buat utnuk pecahkan semua tile and table top lama..
dah jadi padang jarak padang tekukur.. huhu

masa ni memang tak serupa dapur dah..
dinding asal antara ruang tamu ke dapur dah masih belum dipecahkan




ni dinding yg aku kata kena pecahkan tu.. huhuh..

dinding nih ambik masa lama jugak. keras katanya.. hehhe.. 

Wednesday, March 22, 2017

3 #rumahAzamYana :: Day1 - Projek Renovate Dapur bye-bye

Day 1 (21.03.2017)

renovation.. ermm..
ok bye-bye dapur lama..
so
after settlekan and kemaskan semua masukkan dalam kotak..
sumbat je mana leh sumbat,,
cer bayangkan jab rumah aku mcam mana..





day one .. semua nih dah cabut and keluarkan dari dapur.


dan jadi seperti tak rupa dapur..

pic dari tukang jew.. dia bg tau kerja dah dimulakan
berdebar rasa dapat pic ni.. apa la jadi kat umah tu.. hehhe


next waiting for day 2 proses

Sunday, March 19, 2017

1 #rumahAzamYana :: one day before projek Renovate Dapur

Assalammualaikum. selamat pagi kawan-kawan blog..
ada ker yg masih follow kita baca blog yg sendu-sendu nih.. hehhe

berbalik kepada tajuk.. yer aku akhirnya buat keputusan nak renovate dapur aku..
sebenarnya lebih kepada upgred dapur lama kepada dapur impian aku
dan keputusan nih setelah aku fikir-fikir selama bertahun-tahun..

dan setelah penat fikir and duit simpanan utk dapur dah cukup..
so ok .. proceed je la..
so untuk masa-masa akan datang aku akan update pasal dapur je..
so ... skip jew yer kalo malas baca


one day before renovation







before...
ok tu je.. snap la sekeping 2. before ronaved.. hehe kenangan ni.. lama guna... :p

Friday, January 13, 2017

5 #rumahAzamYana :: Sinki 1 atau 2 mana lagi ok?



Saje  nak tanya pendapat.. kot kot la korang ada pendapat yang best ...
and pengalaman korang sendiri guna sinki yang 1 bowl and 2 bowl nih..

bila kena kat diri sendiri memilih jadi bleee plak... heheh


mana lagi ok ekk korang?
sinki 1 bowl atau sinki 2 bowl ...

kalo 3 aku tak minat sangat... hehhe

ermm.. kalau 1 sink aku prefer yg besar punya..
sama tak kalo guna 1 bowl and 2 bowl tu...

ahhh.. susah la nak terang... mana lagi praktikal
sekarang nih aku dok nampak if 1 sinki yg besar.. (sederhana la kan)
senang nak basuh pinggan/ bebas and luas.. kot jew la..
tapi if nak sejatkan pinggan mana aku nak letak..

sekarang nih aku tak dapat bayangan praktik tak sinki 1 bowl tu
sebab sekarang guna yg 2 tu.. sebelah tu aku buat sejat pinggan mangkuk. jew..


arituh dah survey dah..
ada buat sale..
tapi masih tak buat keputusan..
lama-lama dok fikir sakit kepala plak hahah...




heheh... so lebih kurang macam ni la.. ok tak u all









Monday, February 22, 2016

2 #rumahAzamYana :: Bilik Air Before Renovate

lama aku peram entry nih..
dalam draf jew.. kekke

so semalam sembang-sembang dengan En. Hubby. 
aku tunjuk la gambar bilik air sebelum renovate..dalam hanphone aku
dia kata.. so yg ni ada dalam blog tak..?

hehhe.. ADA..
dalam draf jer.. tak publish sampai harinih.. 

so.. kot-kot la aku merindui rupa asal bilik air aku sebelum renovate..
aku publish la....
so rata-rata bilik air umah Flat Seri Tanjung.
ni tandas asal yang pihak pemaju bagi.. 

kalau nak lawa and keselesaan kena la upgred sendiri ikut bajet sendiri.. 

ok aku tunjuk bahagian A dulu. (bilik mandi)

 ok.. ni bilik mandi.. sehari sebelum proses renovate, pecah lantai. 


bilik air nih tak dak shiling tau..
atas tu tangki air..

and bahagian B (Tandas) 


tong air besar. sebab time ni selangor ada krisis air.

kain tu untuk halang tempias air hujan.. kekke


colour ..... standart mana-mana bilik air.. 
warna ni je selalu pun.. biru laut.. 

paip2 , melingkau atas kepala menjalar kat dinding. .. 
bila mandi automatik aku akan berfikir... paip ni berakhir kat mana...hehe...

bahagian B(Tandas) 


lagi la banyak paip... tapi bertambah problem.. 
air dari tangki yang amat slow.. aku kena penuh sabar penuhkan air... :p

port air plak kat belakang tak efesyen jew.. sepatutnya sebelah tepi kiri or kanan kan...baru la selesa..
last ,bowl tandas yang retak ckit..(yg nih konsider ok jew)

Tapi... punca utama aku nak renovate bilik air dulu sebelum dapur.
(selain daripada masalah leaking yang aku selalu bg tahu kat entry lepas.2 tu..)

aku dah penat fikir dan berangan . :p


Monday, January 11, 2016

14 #rumahAzamYana :: Kos Keseluruhan projek ubahsuai tandas

hehe...

sebenarnya
aku dah buat entry pasal kos projek ubahsuai tandas rumah aku nih ..dah lama dulu

tapi.. bila time nak post jew tak jadi.. bila nak pos jew tak jadi..
2 3 kali kot aku dah dah try post.. mihh..mih..mihhhh..

puas buat ayat..

entah la naper susah sangat.. :p

so bagi yang bertanya..

ok ... aku kongsikan berapa kos sebenar projek renovation untuk bilik air sahaja tau..

tapi.. sebabkan aku kali pertama buat ubahsuai..
so banyak yang aku tak tau pasal kedai and harga yg boleh bagi murah

tapi aku rasa kat kajang and bangi ni
kedai yg di surgest oleh kontraktor aku nih kira yg murah la...
lain dari tu aku tak tau.. :p

masa beli nih pun
ada part yang boleh reduse lagi harganya

salah satu contohnya flortrap tu.. sepatutnya aku tak perlu beli
sebab diorang yang bekalkan..
and ada jew harga murah RM4.50 kot.
tapi sebabkan aku tak tau sangat ingatkan aku yg kena beli ..
maka pembaziran dah kat situ

buat sedap cerita..
diorang punya floortrap tu tak cantik.. so pakaila yg aku punya. hahaha.. :p


tapi bab upah.. memang dah fix dah..
untuk keluasan tandas berukuran 7x3 x7  kaki  x 2 buah tandas..
dia dah bg sebutharga tu..


so kos keseluruhan  projek renovate tandas  = RM6000++
  • kos beli barang sahaja = RM2000++ (seperti aku kata tadi korang leh reduse beli barang sendiri, lebih pandai korang membeli banyak kos yg leh dikurangkan mih mih mih.. )
  • Kos upah RM4000 (keluasan 7x3x7 kaki x 2 buah tandas) - siapkan skop tugas siap- siap and design macam mana korang nak kalo leh cetakkan design tu kat kertas.. supaya design tak lari dari korang punya imagine.. hehe   macam kes aku. yang aku senaraikan kat atas jew aku beli.. batu bata , simen, paip , batu peble wash kontraktor yg sediakankan..
  • bayar baki kos upah setelah korang pastikan kerja-kerja settle and korang dah puas hati dgn hasil kerja diorang.. sampah pun pastikan diorang clearkan jugak..

ok tu jew. sepanjang proses renovate tu.. rajin2 lah jengah progres kerja diorang.
belilah goreng pisang ker air sirap ker bg hilang dahaga tu... :p kes bodek bg cepat siap nih..

ok tu jew ..





Wednesday, January 6, 2016

2 #rumahAzamYana :: Ruang Dapur dapur idaman

hehhe...

kalau ikutkan
impian aku nak renovate dapur aku tu.. hehhe

bukan tak comel dapur yang sekarang nih....
cumanya.. gaya kabinet tu not my tes... + storan pun kurang and tak praktikal sangat..huhuh

ala aku nak pasang angan angan jew nih..
nak kumpul duit dulu.. hope dalam masa 3 tahun nih..
leh la buat renovation ke kan... doakan jew ..

if nak jual nanti..
if la kan..
value akan naik la ckit..kot

sekarang nih pun umah flat umah aku nih, orang jual starting RM180 ribu tau..
rumah kosong

sewa sebulan cecah RM700 ke RM800 sebulan..


dapur umah aku kecik...
so idea yang sesuai untuk dapur kecik nih.. banyaknya aku snap dari ikea..




buat sumber inpirasi..luas ruang yg ikea buat nih.. sama besar dengan ruang dapur umah aku..
nampak luas kan..
padahal.. sama besar dengan saiz dapur aku jew..



yg nih.. kat living indek rasanya..

ciri- ciri if aku berjaya nak renovate dapur.. :p

  1. storan kena banyak and salah satu storan tu kena ada ruang simpan penyapu.. keke
  2. harus praktikal and selesa
  3. tall unit kena ada.. 
  4. memandangkan dapur aku tu lah jugak tempat laundry so kena ada mesin basuh jugak.. 
  5. sinki satu mangkuk or 2 mangkuk (masih dalm pertimbangan)
  6. warna gray atau putih ..
  7. tak nak berkonsepkan open kitchen.. sebab sebolehnya aku tak nak orang nampak aku masak + berasap 1 rumah.. kekke


hehhe.. tu jew dulu angan2 minah jenin ni.. heheh...
so aku namakan dapur aku ni... dapur compact idaman.. kekke

Tuesday, March 31, 2015

13 #rumahAzamYana :: G Cari Kedai tile + acsesori sekitar Bangi and Kajang

yer.. kedai dekat2 jew dengan umah... 

so

entry kali nih panjang meleborrrrr...
sila skip kalo malas nak baca.. yer.. hhehe

nak review pasal pengalaman pertama kali g cari tile and tandas untuk renovation arituh..

susah jugak rupanya..
sebab laki bini first timer g kedai2 ginih
g pilih sendiri
tengok sendiri

area bangi and kajang nih,
2 3 buah kedai la jugak aku menapak.. hehhe

tile plak, aku pilih yg nampak cantik dimata jew sebenarnya
kualiti and kuantiti yg diperlukan pun aku x tau..
semua blajar masa proses pilih2 tile jew..

sebut pasal tile.. korang perasan kan aku punya tile pilihan is kelabu asap
sebab pilih warna tu opcoz sebab malas nak menyental..
if colour terang-terang seminggu mesti akan nampak kotor hehhe..
tapi aku combine kan dengan wall tile and pebble wash stone la..

bila aku kata kat amoi tu nak warna kelabu nih untuk bilik air
dia kata.. x sesuai.. nanti bilik air gelap maaaaaaa...
hhehe.. aku tau tu.. 
tapi aku nak gak 
sebab aku dah google2 ada jew bilik air warna hitam.. agagaga

proses nih..
laki aku la banyak tolong
tolong bagi komen
tolong bawak keta
tolong pilih... 
sebab kitaorang laki bini 
memang zero pasal semua nih.. hehhe



kedai first kat jalan reko  kajang..
lepas trafik light, ckit jew..
sebelah kanan.. lawa and murah2 jugak la .. tapi yg murah pilihan terhad.. and and amoi tu kata mudah pecah.. , yg mahal ckit.. lebih kurang macam nih la...



tapi sejujurnya aku suka g kat kedai sungai tangkas tu..
kalo aku g kerja , memang lalu lalang jew dengann opis..
pilihan x banyak sangat yg tinggal time aku g.. tapi ok laa.. still boleh dapat apa yg aku nak...
tile 1x1 kaki  mcm ni. RM2.20 sekeping..


matching-matching tile so pilih la yang cam ginih,...


glass mozek macam nih RM25 sekaki..
and location sebelah kedai makan rimba and berhadapan kedai perabot.. s.tangkas tu..
dari tepi jalan dah boleh nampak..





ni  living indek.., seksyen 9 , BBB
so beli tandas kat sini jew..
mahal jugak la ... bajet lagi murah tak dew.. kalo ada 280 pun org punya.. sakat nak oder 1 utk aku diorang  tak dilayan sebab kilang pun x layan diorang.. .. ermm alasan kan.. :p .. sob sob sob...

ok tu jew..
kot- kot la korang yang area sini nak cari tile jugak.. hehe

Wednesday, February 25, 2015

17 #rumahAzamYana :: Last day.. done

Sambungan dari entry-entry sebelum nih..

janji nak total review pasal toilet aku ni kan..
tapi aku kannnnn ... bzzzzzzzz mengemas la sangat
so aku hold dulu entry yang tu..

kita troback jew dulu... hehhe

hehe.. yg tak nak baca sila abaikan.. yerrr  :p

untuk last day 
aku ambik cuti.. half day
sebab nak make sure diorang settlekan kerja dan pasang aksesori tandas ikut kehendak 
dan tahap praktical barang2 ni kat tandas + bilik mandi terutamanya..

so nak tak nak kena ambik cuti la kan..
nak pasang aksesori ni kena ikut tahap ketinggian aku la..
baru la praktical..
aku kan katek yang comel... 

hahahha




proses sapu sealant 'stone sealant' ... ala nak bg kilatkan batu pebble wash tu..
dah settle ni baru pasang aksesori..yang lain lain tu...



skop tugas diorang untuk harinih..
  1. Pasang tempat sangkut tuala 
  2. Pasang Shower Rain
  3. Pasang cermin muka
  4. Soap Dispencer
  5. Tingkap 
  6. plug point
  7. lampu
still nampak la jugak taip2 kat atas tu..
x dew pilihan.. kalo ikut hati nak pasang shiling.. tapi 
rendah sangat.. 7 kaki lebih ckit jer dari lantai..
sob sob sob....



done.. 
dah leh pindah masuk dah malam tu jugak 


now.. masih tak dew apa2 dekorasi buat sementara nih...
pic terkini x dew lagi.. rupa sama jew x ubah apa2 lagi..

en. hubby kata toilet kita macam R&R.. ermmmm..
ni belum cukup R&R lagi ni..kalo aku letak pokok kompom macam R&R :p


perancangan lain.. nak cat tingkap nako warna kuning tu kepada putih or kelabu.. and boder tepi pintu jugak....tapi tunggu kalo rajn ckit.. kekke



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close