Showing posts with label ::Bilik air. Show all posts
Showing posts with label ::Bilik air. Show all posts

Friday, May 10, 2019

6 #rumahAzamYana: Projek cari lampu untuk rumah aku

Senarai semak projek Make over Master bedroom

kerja mengecat sudah
now kita cari kerja baru hehe

yer cari lampu pulak untuk bilik tidur
tapi sebenarnya untuk kesemua lampu di dalam rumah
yer lampu dah banyak terbakar
so projek mencari lampu bukan hanya untuk master bedroom jer
tapi untuk ruang tamu, bilik tengah dan bilik air

Perancangan memang nak g menshoping kat Puchong Lighting
murah kata orang hehhe
nak mencuba nasib jer

Mengigih google cari lokasi
dan setibanya sampai di destinasi
kedai tutup sempena 1 Mei , hari pekerja. hampa nyerr..
terus rasa nak merajuk dengan diri sendiri
dah la en.suami sibuk memanjang... time ni je lah masa aku ada untuk keluar shoopig dengan dia..
tu pun setelah aku membebel panjang lebar.. huhuhuuh

memandangkan kedai tutup
aku gerak ke Nilai 3 jer
beli je lah lampu kat sini senang malas nak fikir panjang
lagipun kedai ni aku pernah beli lampu untuk ruang dapur
harga boleh tahan la
tak der la mahal sangat
bagi aku berpatuttan

total kos untuk lampu sahaja RM400
ambik ko
macma masuk rumah baru

tapi macam aku bg tau lah lampu kat rumah ni dah banyak ang terbakar
so nak tak nak kena beli and ganti jer



bos besar cekak pinggang nampak

time aku mai sini
orang dah makin ramai

semua nak berlampu raya gamaknya hehe

so far kedai nih aku suka
sebabnya harga tak lah mahal sangat berpatutan (jgn mintak aku compre dengan puchong tu k sebab aku tak pernah sampai sana pun)
kedai nih ada jual barang aksesori bilik air and kitchen kabinet
barang hiasan rasanya dah tak der


kot la tersampai nilai 3 and nak cari lampu boleh je try kedai ni

G HOMEMART SDN BHD 
Kawasan Perindustrian Nilai 3





Thursday, September 29, 2016

2 Deko HOTEL :: Ruang Bilik Bajet

hehhe.. saja jer ..
aku snap pic hotel bajet area seremban

saja jew.. 
memang sengaja snap pic sebab nak jadikan ruang bilik tidur macam nih la kononnya

ambil ilham ceduk sana sini and mana yang rasa ok leh apply kat umah apa salahnya kan..



ruang mandi bertema merah
ruang ok bersih and ok la kalau sekadar nak mandi and tidur
bagi aku.. nih dah cukup selesa


banyak gunakan wallpaper warna senada..merah kelabu..
bilik nih sepenuhnya guna wallpaper..
cantik hitam merah.. sapa peminat merah hitam aku rasa mesti akan jatuh hati







kalau di ikutkan
aku rasa ruang nih sama besar jew dengan bilik kat umah aku..
so aku try la snap pic mana-mana angle yang mana leh..


ni pic lama sangat... masa kitaorang g seremban
tak plan pun akan tidur sini and hotel kitaorang carik time-time tu jew.

kira percutian tak dirancang..


ok tu jew. hotel bajet and bg aku selesa.. ehhehe


Monday, February 22, 2016

2 #rumahAzamYana :: Bilik Air Before Renovate

lama aku peram entry nih..
dalam draf jew.. kekke

so semalam sembang-sembang dengan En. Hubby. 
aku tunjuk la gambar bilik air sebelum renovate..dalam hanphone aku
dia kata.. so yg ni ada dalam blog tak..?

hehhe.. ADA..
dalam draf jer.. tak publish sampai harinih.. 

so.. kot-kot la aku merindui rupa asal bilik air aku sebelum renovate..
aku publish la....
so rata-rata bilik air umah Flat Seri Tanjung.
ni tandas asal yang pihak pemaju bagi.. 

kalau nak lawa and keselesaan kena la upgred sendiri ikut bajet sendiri.. 

ok aku tunjuk bahagian A dulu. (bilik mandi)

 ok.. ni bilik mandi.. sehari sebelum proses renovate, pecah lantai. 


bilik air nih tak dak shiling tau..
atas tu tangki air..

and bahagian B (Tandas) 


tong air besar. sebab time ni selangor ada krisis air.

kain tu untuk halang tempias air hujan.. kekke


colour ..... standart mana-mana bilik air.. 
warna ni je selalu pun.. biru laut.. 

paip2 , melingkau atas kepala menjalar kat dinding. .. 
bila mandi automatik aku akan berfikir... paip ni berakhir kat mana...hehe...

bahagian B(Tandas) 


lagi la banyak paip... tapi bertambah problem.. 
air dari tangki yang amat slow.. aku kena penuh sabar penuhkan air... :p

port air plak kat belakang tak efesyen jew.. sepatutnya sebelah tepi kiri or kanan kan...baru la selesa..
last ,bowl tandas yang retak ckit..(yg nih konsider ok jew)

Tapi... punca utama aku nak renovate bilik air dulu sebelum dapur.
(selain daripada masalah leaking yang aku selalu bg tahu kat entry lepas.2 tu..)

aku dah penat fikir dan berangan . :p


Monday, January 11, 2016

14 #rumahAzamYana :: Kos Keseluruhan projek ubahsuai tandas

hehe...

sebenarnya
aku dah buat entry pasal kos projek ubahsuai tandas rumah aku nih ..dah lama dulu

tapi.. bila time nak post jew tak jadi.. bila nak pos jew tak jadi..
2 3 kali kot aku dah dah try post.. mihh..mih..mihhhh..

puas buat ayat..

entah la naper susah sangat.. :p

so bagi yang bertanya..

ok ... aku kongsikan berapa kos sebenar projek renovation untuk bilik air sahaja tau..

tapi.. sebabkan aku kali pertama buat ubahsuai..
so banyak yang aku tak tau pasal kedai and harga yg boleh bagi murah

tapi aku rasa kat kajang and bangi ni
kedai yg di surgest oleh kontraktor aku nih kira yg murah la...
lain dari tu aku tak tau.. :p

masa beli nih pun
ada part yang boleh reduse lagi harganya

salah satu contohnya flortrap tu.. sepatutnya aku tak perlu beli
sebab diorang yang bekalkan..
and ada jew harga murah RM4.50 kot.
tapi sebabkan aku tak tau sangat ingatkan aku yg kena beli ..
maka pembaziran dah kat situ

buat sedap cerita..
diorang punya floortrap tu tak cantik.. so pakaila yg aku punya. hahaha.. :p


tapi bab upah.. memang dah fix dah..
untuk keluasan tandas berukuran 7x3 x7  kaki  x 2 buah tandas..
dia dah bg sebutharga tu..


so kos keseluruhan  projek renovate tandas  = RM6000++
  • kos beli barang sahaja = RM2000++ (seperti aku kata tadi korang leh reduse beli barang sendiri, lebih pandai korang membeli banyak kos yg leh dikurangkan mih mih mih.. )
  • Kos upah RM4000 (keluasan 7x3x7 kaki x 2 buah tandas) - siapkan skop tugas siap- siap and design macam mana korang nak kalo leh cetakkan design tu kat kertas.. supaya design tak lari dari korang punya imagine.. hehe   macam kes aku. yang aku senaraikan kat atas jew aku beli.. batu bata , simen, paip , batu peble wash kontraktor yg sediakankan..
  • bayar baki kos upah setelah korang pastikan kerja-kerja settle and korang dah puas hati dgn hasil kerja diorang.. sampah pun pastikan diorang clearkan jugak..

ok tu jew. sepanjang proses renovate tu.. rajin2 lah jengah progres kerja diorang.
belilah goreng pisang ker air sirap ker bg hilang dahaga tu... :p kes bodek bg cepat siap nih..

ok tu jew ..





Tuesday, September 22, 2015

3 Deko :: frame hiasan kat toilet


hehhe.. cantik kan....

aci tak kalau aku pun buat macam ni jugak kat toilet aku
tapi pic ni versi omputih ni.. 
lawa sangat.. huhuh

tak nak kalah ...
aku nak gak r frame kat tandas.. huhu :p

dia letak frame 
letak towel.. pokok2 hiasan.. kekek

aku pun nak gak la hias ckit2.
tapi versi ala-ala melayu la
ala- ala bajet gituh.... kah kah kah...





ok la kan... sama tak .. geeeeeeeeeeeeee:p
aku pun letak gak pokok tipu tu..
letak gak frame 
cetak sendiri pic yang aku berkenan..


towel aku tak la buat cam tu..
bukan nak  mandi pun kat situ..kan.. 

so .. aku punya towel sangkut kat  penyidai
towel untuk lap tangan..

tapi sebenarnya 
teringin gak nak letak shelf kat atas tu..

leh la letak keperluan peribadi aku kat situ kan.. kekek

aku deko kan ckit2 jew..
tengok mat saleh nih buat cantik jew kan
so ..kengkonon filling macam tandas hotel bajet..
aku tiru la... hahha


Monday, September 14, 2015

6 Deko :: masih Berbaki Cat


heheh...lama aku hilang..
so harinih aku start menulis semula..menaip semula...hahahaha (gelak jahat)

ok berbalik tajuk asal...

Ingat tak aku cerita pasal cat momento kat wall dulu2 tuh..
sebenarnya esoknya kitaorang sambung kerja2 cat tu di area nih plak..

memang gigih abis time nih..
sebab if korang ingat la kan..
aku pernah gak up cerita pasal aku wallpaperkan kawasan ni

tak sampai setahun aku pakai..
aku bukak balik... hehhe

sebab... serius ...
bagi aku.. kawasan nih adalah kawasan paling comot after berwallpaper
bukan apa  dinding umah aku ni kan herot berot..
susah nak samakan ira batu bata yang aku pilih tu.. nampak pelik jew..

and paling susah nak samakan setiap lekok2 tu..
sepatutnya 1 gulung cukup-cukup jew..
pastu sebab tersalah pasang and terkoyak
lebih kurang 7 kaki jugak la aku buang.. and up bahagian lain x cukup
pastu nak g beli semula..
tak pergi2..

tapi aku try la beli online..
ermm.. bila beli  kali kedua..lain ckit warna dia. walaupun kod yang sama
pastu kertas dia pun lain jugak la... pendek kata tak puas hati and aku tak pasang2 sampai la sekarang...

sudahnya kawasan ni jadi batu bata yang tak siap-siap  hehe...

daripada tak siap
aku cat kan jew kawasan nih..
baki cat momenta kan ada.. so conteng kat situ plak.. :p

so idea nak cat kawasan ni bukan aku tau..
ni laki aku punya idea sendiri..
disebabkan dia dah syok contengkan wall kat ruang tamu
and dia suka plak tu pilihan warna yg aku pilih tu..

so maunya tak gigih koyakkan wallpaper tu..
aku biasa la..

supervisor kan.. :p





nampak tu ...
kontraktor tak berbayar..
yang selalu berkhidmat untuk rumah nih.. hehhe and hasilnya...




begitu cozy kat area nih.. heheh.. (perasan :p)


Tuesday, March 31, 2015

13 #rumahAzamYana :: G Cari Kedai tile + acsesori sekitar Bangi and Kajang

yer.. kedai dekat2 jew dengan umah... 

so

entry kali nih panjang meleborrrrr...
sila skip kalo malas nak baca.. yer.. hhehe

nak review pasal pengalaman pertama kali g cari tile and tandas untuk renovation arituh..

susah jugak rupanya..
sebab laki bini first timer g kedai2 ginih
g pilih sendiri
tengok sendiri

area bangi and kajang nih,
2 3 buah kedai la jugak aku menapak.. hehhe

tile plak, aku pilih yg nampak cantik dimata jew sebenarnya
kualiti and kuantiti yg diperlukan pun aku x tau..
semua blajar masa proses pilih2 tile jew..

sebut pasal tile.. korang perasan kan aku punya tile pilihan is kelabu asap
sebab pilih warna tu opcoz sebab malas nak menyental..
if colour terang-terang seminggu mesti akan nampak kotor hehhe..
tapi aku combine kan dengan wall tile and pebble wash stone la..

bila aku kata kat amoi tu nak warna kelabu nih untuk bilik air
dia kata.. x sesuai.. nanti bilik air gelap maaaaaaa...
hhehe.. aku tau tu.. 
tapi aku nak gak 
sebab aku dah google2 ada jew bilik air warna hitam.. agagaga

proses nih..
laki aku la banyak tolong
tolong bagi komen
tolong bawak keta
tolong pilih... 
sebab kitaorang laki bini 
memang zero pasal semua nih.. hehhe



kedai first kat jalan reko  kajang..
lepas trafik light, ckit jew..
sebelah kanan.. lawa and murah2 jugak la .. tapi yg murah pilihan terhad.. and and amoi tu kata mudah pecah.. , yg mahal ckit.. lebih kurang macam nih la...



tapi sejujurnya aku suka g kat kedai sungai tangkas tu..
kalo aku g kerja , memang lalu lalang jew dengann opis..
pilihan x banyak sangat yg tinggal time aku g.. tapi ok laa.. still boleh dapat apa yg aku nak...
tile 1x1 kaki  mcm ni. RM2.20 sekeping..


matching-matching tile so pilih la yang cam ginih,...


glass mozek macam nih RM25 sekaki..
and location sebelah kedai makan rimba and berhadapan kedai perabot.. s.tangkas tu..
dari tepi jalan dah boleh nampak..





ni  living indek.., seksyen 9 , BBB
so beli tandas kat sini jew..
mahal jugak la ... bajet lagi murah tak dew.. kalo ada 280 pun org punya.. sakat nak oder 1 utk aku diorang  tak dilayan sebab kilang pun x layan diorang.. .. ermm alasan kan.. :p .. sob sob sob...

ok tu jew..
kot- kot la korang yang area sini nak cari tile jugak.. hehe

Monday, March 30, 2015

10 Dekorasi ruang tandas dengan wallpaper jugak..

Assalamualaikum 

salam siaran setelah lama dok ontok2.. hahha

malas beb..
angin malas nak update blog..
tapiiiiii....................aku rajin jalan2 kat blog korang...
silent reader kekdahnya..kah...kah.. kah........

okeyyyyyyyyy....


projek x berapa baru kat umah aku nih ada la jugak..
terapi diri .. buat ubat tention..
selain dari makan tido.. greeeeeeeeeee...


kos ala2 manja jew.. x pakai modal banyak pun..

yang ni... aku dah pasang angan2 dah lama..
after siap renovate tandas arituh la..

nak pasang wallpaper kat area nih,, 
area ni kan macam lorong ckit
bersambung dengan bilik ke-2 and ke3(stor)
suram semacam.. tu yang nak deko2 kononnya..
bagi sejuk mata...:p

cari corak yang batu bata jew
warna seakan2 gray jugak.. nak maching2 dengan tile tandas kononnya..

yang in ... in progress. ..
tak siap lagi
sebab tak berapa pandai... 


Wallpaper GM Klang
Kos : RM80
upah pasang : masih dalam perbincangan ..hehhe rasanya free ni..Tq yer en.abg.. :p

nanti dah siap aku up entry yer.. ok bye...

Wednesday, February 25, 2015

17 #rumahAzamYana :: Last day.. done

Sambungan dari entry-entry sebelum nih..

janji nak total review pasal toilet aku ni kan..
tapi aku kannnnn ... bzzzzzzzz mengemas la sangat
so aku hold dulu entry yang tu..

kita troback jew dulu... hehhe

hehe.. yg tak nak baca sila abaikan.. yerrr  :p

untuk last day 
aku ambik cuti.. half day
sebab nak make sure diorang settlekan kerja dan pasang aksesori tandas ikut kehendak 
dan tahap praktical barang2 ni kat tandas + bilik mandi terutamanya..

so nak tak nak kena ambik cuti la kan..
nak pasang aksesori ni kena ikut tahap ketinggian aku la..
baru la praktical..
aku kan katek yang comel... 

hahahha




proses sapu sealant 'stone sealant' ... ala nak bg kilatkan batu pebble wash tu..
dah settle ni baru pasang aksesori..yang lain lain tu...



skop tugas diorang untuk harinih..
  1. Pasang tempat sangkut tuala 
  2. Pasang Shower Rain
  3. Pasang cermin muka
  4. Soap Dispencer
  5. Tingkap 
  6. plug point
  7. lampu
still nampak la jugak taip2 kat atas tu..
x dew pilihan.. kalo ikut hati nak pasang shiling.. tapi 
rendah sangat.. 7 kaki lebih ckit jer dari lantai..
sob sob sob....



done.. 
dah leh pindah masuk dah malam tu jugak 


now.. masih tak dew apa2 dekorasi buat sementara nih...
pic terkini x dew lagi.. rupa sama jew x ubah apa2 lagi..

en. hubby kata toilet kita macam R&R.. ermmmm..
ni belum cukup R&R lagi ni..kalo aku letak pokok kompom macam R&R :p


perancangan lain.. nak cat tingkap nako warna kuning tu kepada putih or kelabu.. and boder tepi pintu jugak....tapi tunggu kalo rajn ckit.. kekke



Tuesday, February 17, 2015

1 #rumahAzamyana :: Bilik Air - Progress terkini Renovation

alhamdulillah. .

dah nak siap dah bathrooms aku.. (peeeeeeh omputih la plak.. )
phewwwwww....

masa aku snap pic ni
diorang dah pasangkan tile..hehhe

aku balik kul 5.. and tengok progress dah 80% nak siap

umahhhhhh... peh memang kena mandi debu la nanti
1 rumah ok.. termasuk la dapur + bilik2 , semua  berdebu...
nak mengemop and mengelap bagai...

untuk kedua2 bilik ni.. 
makan 2 hari jugak nak pasang tile
leceh jugak la.. sebab nak kena ukur and potong tile.. 
aku yg tengok ni macam senang jew..tapi leceh sebenarnya...


Day 4 + day 5


hehe.. kerja2 kemasan tile... sorang sebilik.. sorang tampal and sorang lagi kemas and lap2


second waterproffing and esoknya dah leh 
pasangkan tile and pasang toilet duduk jew..



hati dah bunga2 sebab dah nak siap...hehe
hasil kerja pun nampak kemas.. :p

.. kecik jew kan bilik air aku nih.. 
3 kaki lebar x 6 kaki panjang x 7 kaki tinggi..
umah flat toilet tak leh besar2.. ..cukuplah nih... alhamdulillah.. 

next..aku review semua ekk.. heheh

Thursday, February 12, 2015

29 #rumahAzamYana :: Bathroom proses renovation dah mula

Hehhe

Seminggu aku melepak kat hotel bajet
(risau gak kot2 jais datang kekek) 
cian..dah macam pelarian..
sebabnya aku renovate ckit jew bilik air ni
First major renovation

Bajet untuk nih memang dah lama..
kumpul duit ckit-ckit.. alhamdulillah dpt jugak..
duit hasil makeup kekek

perancangan awal just nak buat waterproofing untuk tandas + bilik air ..
sebab leaking.
so bawah flat tu dah buruk.. + kawasan tu selalu jugak buat aktiviti    ..
so memang buruk la nampak..

kes ni dah lama.
masa aku beli rumah ni tuan lama dah bg tau..
and dah buat aduan. tapi x dew tindakan..

sampai la aku masuk sendiri umah ni.
buat sekali lagi aduan.. pun sama jugak
Ingatkan bila buat aduan kat JMB akan ada perubahan la..
dia tanggung cos waterproofing ker kan..(jimat ckit duit aku)
tapi hampeh .. duit maintenence bayar jugak.. sob sob sob..

so.. dari niat nak waterprofing coating jew..
masa promosi kat Aeon big  ..
terus kepada tukar tandas cangkung ke tandas duduk..

yer lah sebelum nak waterproofing guna batu tu..
baik kita repair ckit tandas tu
lagipun dahh retak tandas cangkung tu +
nak tutup batang paip yang mengganggu mata aku tu jugak..

tu jew niatnyer.. heheh
panggil tukang yang sama yg repair plug elektrik tu..
so dia datang and kira kos untuk waterproofing + kerja2 pecahkan lantai
(sebab kalo nak waterprofing kena pecah lantai)
pastu tampal balik tile + kos2 lain yg aku suruh hheh...
mahal jugak RM2000 untuk 2 tandas nih.. aku rasa la..

now..sebulan jugak aku pk .. renovate jew semua.. sekali jalan and sekali kotor jew..
so perancangan dr  just nak waterproffing terus renovate bilik air.. hhehe....


Day 1  + Day 2

kerja kerja menanggalkan tile lama..
peh makan 2 hari jugak nak pecahkan tile lama..
bising seharusnya la.. 
ambik cuti sehari jumaat untuk kerja pecah2 lantai.. 
semua org g kerja.. so hopenya x la mengganggu sangat jiran2 lain..

waterproofing lantai..
and dibiarkan kering sampai esoknya..

hasil kerja pecah2 lantai + dinding tandas..
mengganggu  umah jiran la jugak.. harap jiran bersabar jew lah sepanjang tempoh ni. kekek


and Day 3 (Ahad) off... ermm rugi sehari... p

pekembangan seterusnya next enty yer..


Thursday, January 8, 2015

10 Water Heater-Brand apa yang bagus?


sumber


ermmmmmmm.... hehhe tempek lu gambar sekeping.. buat semangat :p

aku nak survey nih... nak mintak pandangan..
aku nih tak pernah beli water heater.. ni lah baru berangan2 nak pakai water heater..
kengkadang tu lama jew melengung kat pintu toilet tu.. pk sejuknya la hai nak mandi... :p

tapi air kat kampung aku lagi gila babas sejuk.. macam dalam peti ais.. pehhhh...
kira kat umah aku  ni ok lagi la.. tapi tak la sejuk sangat. tapi sejuk la jugak kanzzz..hahha.. (ahh ayat apa nih)

so dapat bonos ni leh la beli..insyaallah..

aku dah sediakan soalan and korang kena jawab.. (plaseeeeeee)

  1. kat rumah korang ada tak water heater..?
  2. brand / model apa korang guna ek?
  3. RM
  4. sepanjang korang guna heater tu, ada masalah tak?
  5. mudah rosak ker? x panas ker? terlebih panas ker? 
  6. terlebih syok ker?

share la dengan aku.. plaseeeeeeeee.........."p






Monday, January 5, 2015

10 #rumahAzamYana :: Contoh2 bilik air yg aku bekenan

Haahha..contoh jew nih..

mana la tau dpt buat gini jugak nanti2 .. kekek
angan2 besar, tapi bajet ciput jew.. boleh gituh..

ni antara yg aku bekenan..
ada banyak lagi yg berkenan , banyak sangat...
untuk bilik air rumah flat entahla sesuai ke tak.. 

tapi konon2 la, if dpt renovate bilik air aku tu..
mau nya masuk mandi berangan dok dalam hotel.. 
mandi2 buih kan...mandi air hujan (shower rain) hehhe berangan sangat kannnnnnnnnnnzzzzzzzzzzz..

warna ni.. aku rasa la ekk.. kebanyakkan rumah warna nih..
aku suka sebab kat opis aku pun warna ni gak toilet dia.. best, besar.. 
besar toilet opis aku nih.. sebesar bilik no 2 rumah aku.. pewwwwwwwww...


ni pun lawa nih.. lawa sangat nih..warna2 tanah .. coklat gituh...
ni memang mood hotel habes nih..aku suka suka suka.. :p

ni plak lawa sangat.. nak mandi sayang la plak..

ni pun lawa jugak..warna terang.. and nampak besar.
ermm semua lawa... taip kat pakcik google semua ada..
tapi ni aku tengok kat Houzz.. cantik sangat memang kompom ala2 mat saleh la..hehhe


kalo bilik air rumah flat aku nih.. ada 2 tandas.. 1 toilet and 1 bilik mandi.. so.. ciri2 diatas memang lari habis la..
kalo nak pecahkan dinding tuh.. kena pasang glass partition , memang la luas ckit tapi berebut plak bilik air,tambah2 kalo tetamu datang..

so kata putus.. lawa x semestinya praktical.. untuk umah flat seperti aku.. yg sedia ada pun leh berebut.. hahha.... berebut laki bini la..

rumah korang bilik air mesti macam ni kan.? hehe
warna apa? ada tingkap tak... ? perlu ke tingkap2 tu.. :p



Monday, June 30, 2014

7 Susun Atur :: sorok penyapu and mop

Korang letak penyapu and mop kat mana ?
kat store ker?
belakang pintu ker ? or 
kat ujung dapur ker..?

umah aku nih x banyak ruang yang leh simpan penyapu and mop bagai
kat ujung dapur pun x der pintu
kalo tak, leh sorok kat situ kan
nak letak kat store
aku ada store yang berkongsi dgn ruang pakaian suami ..
so x sesuai letak situ jugak..

alternatif lain aku sorok belakang pintu jugak
tapi belakang pintu bilik air and belakang pintu tandas



mop aku sangkut kat tandas
sebabkan bilik air orang malaysia ni selalu jew basah
so aku sangkut mop aku kat situ
mop supaya kering
sebab x nak ada  kesan peta-peta air kat mozek

setiap kali nak guna 
kalo nampak tandas tu berair jew 
ambik and mop terus..
dah guna sangkut balik tempat asal..

bila bukak pintu
kompom tak nampak
memang betul2 celah pintu ni..
so tak nampak la..kan
memang tu pun tujuan nya..kan

kat area bilik mandi 
aku sangkut berus and mop jugak
kalo mata dah tak tahan  dengan lumut2 tu
ambik jew.. sambil2 mandi.. hahah



bila dah sangkut akan tergantung macam ni lah
motip aku..
semua nak cepat and senang
yang penting praktical
boleh terus sangkut mop untuk keringkan
so tak der susah2 nak kena keringkan setiap kali and tranfer plak kat store..

sesuai untuk pintu yang jenis lipat 2 macam nih
kalo  pintu yang lipat kecik2 tu tak sure .. 
boleh kot rasanya (kita yng buat dia kan)

and sesuai jugak untuk rumah kecik yang tak der banyak ruang penyimpanan
macam rumah aku..

#sangkutmop


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close