Tuesday, June 30, 2015

2 Jom Masak:: Ikan Bilis Goreng Cili Padi

heheh... selera tak tajuk aku bg kat menu aku nih..
kekek..

menu ni sapa suka pedas and leh tahan tahap kepedasan melampau leh try test
memang aku punya forberot ni.. hehhe

menu last minit jew semalam masak
plannya nak masak menu lain...
tengah2 menggoreng tetiba tukar plak..

IKAN BILIS GORENG CILI PADI
  1. Segenggam cili padi *
  2. Ikan Bilis
  3. 1" kunyit hidup *
  4. 1 biji Bawang besar *
  5. 1' belacan *
  6. Minyak untuk menumis
  7. 1 labu bawang putih - diketuk
  8. 1 biji bawang besar - dipotong 8
  9. 2 sudu besar gula 
  10. garam 

CARA MASAK
  1. Kisar kesemua bahan bertanda *
  2. Gorengkan ikan bilis dan toskan - ketepikan dulu
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama (goreng ikan bilis) tumiskan bawang putih
  4. dah sedikit garing masukan bahan yang dikisar tadi
  5. goreng hingga sedikit mendidih and tambahkan asam keping , bawang besar yang dipotong gula and garam secukup rasa
  6. masak cili sampai garing and naik minyak.. jika cili sedikit kering tambahkan minyak kemudian
  7. dah betul2 naik minyak and cili dah mula bertukar warna (garing)  masukkan ikan bilis..
  8. kaub balikan and siap untuk dihidang.. 



tips - untuk mengurangkan rasa pedas melampau..pastikan cili digoreng sampai masak. betul2 garing tau.. gula jugak kena pandai agak2..if masih rasa pedas tambahkan gula and asam secukupnya.. sebabkan aku dah biasa and boleh agak dah kuantiti resepi aku ni..so aku tulis la 2 sudu besar gula.. hehhe

2 comments:

  1. salam... singgah BW kat sini ^_^

    lepas gaul ikan bilis tu ngan bahan tumis, ikan goren tu lemau tak?

    http://skuterlady.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam.. bergantung pada ikan bilis jugak sebenarnya..
      tapi setakat yang yana buat.. ikan bilis ok jew,,tak lemau or liat melampau..
      janji mesti kena gorengkan ikan dengan garing..hehhe

      Delete

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close