Wednesday, December 28, 2016

1 Resepi :: Kimchi la kiteeeee

heheh.. tak dapat ke korea so.. aku koreakan rumah aku dengan hidangan kimchi
hahha.. buat sendiri memandangkan sekarang nih nak dapatkan resepi ada ker kat google and fb.. 

so bahan-bahan simple jew 
simple sangat 
aku dapat resepi nih aku dapat dari fb.. ada orang share
senang jew.. citarasa melayu.. hehhe

Bahan bahan nak buat Kimchi-
  1. Kubis panjang.. belah 4 dan potong saiz sesuai dalam mulut
  2. basuh bersih- bersih and rendam bersama 1/2 cawan garam kasar (aku rendam separuh hari la)
  3. dah siap rendam.. basuh bersih2 sekali lagi and toskan





sementara kubis direndam
sambil2 la potong bahan bahan lain.

  1. 1 batang lobak putih
  2. 1atau 2 batang lobak merah (kalo besar 1 dah cukup)
  3. secekak daun bawang 
semua nih potong/ hiris halus bg sama saiz baru menarik hehhe



Bahan sos
bahan pemekat 
  1. 3 sudu besar tepung beras
  2. 1 cawan air 
  3. 3 sudu gula besar
( panaskan dan kacau sampai pekat dan sejukkan kejab)

bahan kisar
  1. 1 labu bawang besar
  2. 1 labu bawang putih 
  3. 2" halia
(kisar sampai halus dengan sedikit air)

bahan kering 
  1. 1 cawan serbuk lada (babas pun ok)
  2. 3 sudu makan chili flakes

satukan bahan pemekat + bahan kisar +bahan kering gaul sebati dan tambahkan 2 sudu sos ikan.. jadikan macam pes cili seperti gambar atas tu..



now...
time to campur-campur


masukkan bahan yang dihiris halus tadi dalam sos yang kita buat tadi
dah gaulkan kesemua nya baru gaulkan dengan kubis plak..
gaul la sampai semuanya sebati

biarkan diperab kat luar peti sejuk untuk 1 hari (lagi lama kat luar lagi masam.)
pastu aku masukkan dalam peti sejuk

( if kurang masin leh tambahkan garam atau sos ikan )


jadi la macam nih

untuk sebijik kubis saiz sederhana aku dapat dalam 1 tipuware .. kena guna periuk besar sebab nak gaul2 senang hehe

sedapa makan dengan nasi panas2
tak pun boleh buat sup tahu Kimchi...
nasi goreng kimci ker... mana2 la..  leh simpan la..


ni kali ke-2 buat..
kali pertama dulu buat 1 minggu settle... hahhah



Thursday, December 22, 2016

1 Deko:: Rumah sewa kami

errmm.. bukan umah sewa aku pun ..
ni umah sewa en.suami aku yang punya.. hahha

aku tukang bg pendapat jew..
kot kot dia nak dengar..

rumah dah siap di dekokan sebulan 2 yang lepas
dah ada penyewa sekarang...
walaupun jauh nun di atas sekali..hehhe

kalo aku, serender la ... takat tingkat 2 jew aku tahan.. hehhe

warna hitam and kelabu
laki cek la nak warna mcm nih
dia bekenan bilik studio aku warna kelabu...
so kelabu yg sama dia beli...





wall tu warna hitamm
saja la.. nak bg ada wall jugak...
time nih tengah install rack ..

cermin dari umah lama.. 

  ruang makan
meja makan pun belum dimasukkan lagi
just tukar lampu jenis merah nih.. bg nampak cozy la kononnya



ruang tamu 


and last ruang antara bilik .. bilik 2 dan 3 dan bilik air...

cat nih pun lebihan cat yg lama jew.. cat dari rumah aku dulu
so meh la kita bermomento kat ruang nih plak...
habiskan semua baki cat yang ada .. hahha


kalau tanya konsep...
sejujurnya konsep hantam saja...
bg jadi rupa rumah ckit jew sebenarnya,,

kami sediakan mesin basuh,  dapur , sofa and kabinet tv  setakat nih..
plan nak masukkan peti sejuk jugak .. tapi hold dulu... hehhe

biasa jew kan. macam ni jew.. simple..
mula tuh niat tak nak sewakan
tapi si penyewa sekarang nih nak sangat dudukk
budak bujang

aku harap sangat diorang jaga rumah nih
jaga macam umah diorang sendiri
jaga harta benda orang lain macam jaga harta benda sendiri

pic sebelum rumah disewakan..
harapnya akan kekal seperti mana asal.. heeh amin... tawakal jew nih..
bersangka baik... :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close