Monday, September 30, 2013

3 Misi mencari baju yang x payah gosok..

Assalammualaikum. ..
Greee  ... misi mencari baju x payah gosok. Ready to go jer... (haha nampak x malasnya aku nih)

Ok..aku ada 1 penyakit malas gosok baju.. setiap kali aku nak gosok baju aku akan fikir and bebel sorang2 kan best kalo ada orang tolong gosokan. X pun kalo kalau ada stim iron macam kat butik2 tu mesti senang kerja aku.. Hehhe.. (nak senang aja kerja)

kalau  di bagi pilihan lipat baju, basuh baju, jemur baju and gosok baju, bab gosok baju aku reject awal2.. berpeluh weh nak kerjakan semua baju2 tuh.. (haha malas kan) nak x nak kena gosok jugak baju baju tu. pagi2 nak g kerja baru la kalut nak menggosok tapi baju aku jer lah. Baju encik suami kadang2 jer aku tolong gosokkan, yang kadang2 and selalunya en suami sendiri yg gosok. Dia kata aku gosok baju lambat.. hhaha  (suka suka suka, baju sendiri, sendiri gosok).. hahha zalimkan aku..


eh berbalik kepada cerita asal.(melalut panjang plak) 

ok. ni baju yang aku dapat hasil dari rembatan kat pasar malam hari tuh..
cantik tak.. hehhe RM20.00 jer.. ok la kan.. yang penting kualiti kain and memenuhi citarasa aku..hehhe
lagi pun corak macam ni trand sekarang, aku jer lambat beli..

ada banyak pilihan warna and ni warna yang aku berkenan ,sesuai dengan shawl yang aku beli dari member opis , yang paling penting shawl nih pun jenis susah nak berkedut.

misi pencarian akan diteruskan dari masa ke semasa. bergantung pada bajet.. hehe.. motif, cari baju jenis nih senang and memudahkan untuk aku yang agak rajin ni..kalau nak g bercuti baju-baju jenis kain macam nih lah aku akan bawak bubuh dalam beg.. hehhe

korang mesti rajin kan..(jelousnya.. uhuhu)

7 Cara aku simpan makanan basah..

Assalammualaikum. ...
Cara aku simpan makanan basah, macam ikan, udang,sotong, daging dll.(yang beli tadi) Ermm sebenarnya simpan bahan2 ni sama jer macam orang lain simpan, dalam bekas and simpan dlm peti ais.. bila nak masak keluakan untuk nyahbeku, tapi bila dalam kuantiti yang banyak masa yang diambil untuk nyahbeku akan jadi lama bila dah lama kompom la aku akan masak lambat. heheh ..and nak guna ckit jer. yang lain simpan balik, so berapa kali la makanan tuh dah dinyahbeku..

Memandangkan aku and en.suami jer ada kat rumah, kaedah penyimpanan makanan basah macam nih agak tak praktikal (hehe untuk aku la,org lain ok kot) yer lah nak makan untuk 2 orang berapa banyak jer lah nak guna bahan mentah ni kan... geeeeeeee :)

so ikan2 yang banyak tu (eh.. banyak ker) aku akan simpankan dalam beg plastik. Kalo ada 6 ekor ikan aku akan bahagikan kepada 3 beg plastik. (masa beli memang plan untuk seorang seekor jer). Sehari 1 plastik jer keluarkan untuk masak.

Ok, ni ikan yang aku dah siap siang and basuh bersih2, so aku ambik jer beg plastik yang awalnya aku beli sebab nak buat ais batu, (time raya) aku ambik la sikit untuk letak ikan. (2 ekor jer, 1 untuk aku 1 tuk en.suami, x leh tambah2 dah.. hahha zalim ckit geeee ;) )

Pastu aku masukkan dalam bekas yang besar semua ikan -ikan aku tuh, so setiap 1 tapaware/bekas tuh memang lain2 isinya.. macam nih semua ikan kembung.. bekas kedua ikan sardin and seterusnya.. hehhe

Ok. Dah siap simpan jer dalam peti sejuk. 
X yah label2. Aku jer pun nak masak hahha, lagipun bekas tuh boleh nampak jer isi dlamnya.atas sekali ikan kembong, bekas ke2 ikan sardin, sotong and ikan patin.. hehhe (wahh semua ikan, )

Kesimpulan (peh ada kesimpulan la plak)
Ok kaedah nih agak remeh la awalnya sebab nak kena asingkan dlam beg plastik pastu simpan plak dalam bekas besar..tapi yang bestnya time nak masak mudah, keluarkan jer bahagian yang dah diasingkan tu. Jimat masa, balik kerja kuarkan jer plastik ikan/or sotong yang dah diasingkan tadi. 
ready untuk masak. jimat masa and tenaga.. heheh...

korang pulak mcm mana?

Saturday, September 28, 2013

8 {Recycle project} - transform bekas mayonis jadi bekas susu.

Assalammualaikum. . 

Tajuk entry, panjang ooo.hehe.. (x per lah., blog aku kan) so memandangkan tajuknya pun dah jelas lagi bersuluh, aku just transform jer bekas majonis nih jadi bekas susu, hehhe..senang kan.x yah susah beli bekas baru.
Ok. Ni dah siap basuh. Dah nampak macam bekas baru kan.kan.kan..  ;) hehhe aku just rendamkan dengan air sabun (lg lama lg bagus) Dah tuh tanggalkan kertas mayo and getah2 pada botol tu, lap pakai minyak jer..

Now, masukan jer susu kedalam bekas mayo.

Haha.done. simple jer. semudah abc, hahha
Jom recycle.

Friday, September 27, 2013

2 Kena cari jugak oksigen...

Assalammualaikum. . Ni kes semalam. Huhuhu .. cian kat ikan2 aku, kehabisan oksigen (hehhe)
Sampai jer rumah, pam oksigen aquarium ikan bising yang amat, ejas2 pun still bising jer. Ermm motornya dah rosak kot. (nasib baik masih lagi beroksigen) Ok aku biarkan dulu sampai en.suami balik and suruh dia ejas..

Ok dia pun repair la kononnya.. pun gagal. Kali nih lagi teruk terus x kuar buih.. hhahah so mcam mana ikan aku nak bernafas nih..(bertahan la sampai esok yer ikan)

So esok petang balik dengan harapan nak g kedai ikan beli pam la. En.suami ajak g pasar malam tapi aku nak g kedai ikan. So masa g pasar malam aku x berapa seronok nak membeli sebab dok pk ikan jer. (tapi sempat jugak rembat sehelai baju  geeee :P)  So ajak en suami g terus kedai ikan jer, malas x larat katanya. (Keciwa rasa hati). So balik la rumah balik... dah sampai rumah (dok pk ayat yang  sesuai untuk kuar rumah semula) aku try mintak izin nak kuar balik nak g kedai ikan. Aku kecian sangat kat ikan2 aku. Kira sehari suntuk x cukup oksigen. 

Dialog lebih kurang antara aku dengan encik suami... heheh (peh berpeluh jugak nak cakap dengan en.suami bab nak kuar sorang2 nih)

Aku         : Abg...ayg nak kuar kejab bole.. geeeeee :) (buat suara manja2 and sedih ckit haha... :))
En.suami : Nak g mana pulak.

Aku : ermmm..heheh nak g kedai depan tu jer..

En. suami   : nak beli apa.. 

Aku   : erm.. ada la..boleh ke tak ni.. huhuhu

En.suami   : bg tahu dulu

Aku   : ermm ayang sebenarnya rasa bersalah sangat kat ikan2 ayang tuh. boleh tak ayang nak g kejab jer beli pam. abg tak ikut pu x per , ayg g sendiri.. ( peh ayat.. nak cakap dengan en suami pun kena susun ayat )
en.suami   : nak g dengan apa

Aku   : dengan keta la, kenapa? ayang mana ada lesen moto.. hehhe
En. suami   : ermm , x per lah jom lah kita g kejab. kalo g dengan keta, kul berapa nak sampai rumah, jalan jem ni, orang dah balik kerja.

aku: yer ker , betul nih.
(dalam ati dah bunga2 terus capai tudung and helmet) hhhehehe


so hasil ni tangkapan kat kedai ikan (nasib baik tak tutup lagi kedai) 

ni. beli jugak. weekend food block. balik kampung bg ni jer.

ok. dah dapat pam. semua baru, pam RM18.00, wayar semeter RM1.50 and yang warna warni tu dia punya bubble RM0.50

ok balik jer. terus bg pernafasan baru kat ikan2 aku nih.. alang-alang tuh terus tukar air baru..  (tq en. suami)

hehhe..suka suka suka. ni jer lah terapi dikala kesunyian dan kegundahan.. hehe (peh ayat poyo) 
orang kata kalo bela ikan dalam rumah elok. susah nak kena benda2 jahat (minta dijauhkan- setahu aku ikan puyu jer) tapi aku lebih kepada terapi jiwa, bila aku tengok ikan jer sejuk jer hati and tenang jer jiwa. Hhehe



Wednesday, September 25, 2013

6 Resepi : Apa korang buat bila roti dah nak expire ?

Assalammualaikum. .. hari ni x nak cerita pasal susunatur. (Pening kepala dok fikir jer hehhe :p)
just nak kongsi resepi yang aku rasa semua orang tahu buat and selalu buat..geee :p
ni projek semalam.

Jeng..jeng..jeng..puding roti jer.. kan tajuk entry pasal roti.. :P


ok.. mula2 sediakan semua bahan2 nih.

  • 4 sudu gula pasir  
  • 4 sudu susu tepung (susu segar pun boleh dalam 2 cawan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu tepung jagung
  • 8 Keping roti
  • 2 sudu majerin 
  • 2 biji telur  
  • sedikit buah-buahan campuran

ok cara nak buat senang jer


1. koyakkan roti tadi bagi jadi kecik ckit. 
2. Disebab aku pakai susu tepung so aku bancuh terlebih dahulu susu (bagi dapat 2 cawan)
3. Rendamkan roti tadi dengan susu  dalam 15 minit


so part ni aku campurkan semua bahan tadi
telur + majerin + gula + tepung jagung  so blanderkan jer 

disebabkan aku tak der buah-buahan kering aku guna kurma jer. (hahah ni kurma bulan puasa yang tak abis2)
potong kecik2 , pastu campurkan bahan yang di blandkan tadi bersama kurma dan roti 

ok. kacau sekata and masukan dalam loyang pembakar
bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit


so. selepas 30 minit, siap.. potong kecik2 masukan dalam peti sejuk. (aku suka makan sejuk2 )
 ok tu jer.. 


3 Future Plan - nak ubah susun atur dalam bilik stor.

Assalamualaikum..
(+×%$& ¥% ₩) geee :p... semua orang mesti ada ruang store kan. yer lah banyak barang2 nak letak termasuk la pinggan mangkuk time kawin and macam2 lagi la.. Memandangkan ruang store ni jugak merupakan bilik pakaian en.suami. kompom2 la sedikit sebanyak kena susun atur jugak..sebulan sekali aku kemas jugak bilik ni (time malas jadi la 3 bulan sekali) supaya sentiasa nampak kemas..tapi..... (hehhe ada tapi2 plak..) ok ok.. ni susunatur asal dalam bilik store.  Almari siap pasang sebelah kiri manakala almari pakaian1&2 aku letak sebelah kanan.



almari sedia ada tuh memang aku masuk rumah dah ada dah almarinya (built in) so deside x yah buang la sebab boleh letak barang2 lain. Almari 1 adalah almari pakaian set bilik tidur , sebab dalam master bedroom dah ada almari (built in) almari pakaian tu aku letakkan dalam store jer. Almari pakaian 2 plak time aku bujang2 dulu ,dah 3 kali pindah angkut jer almari tu. Ruang 1 tu lah terletaknya semua khazanah alam.. 

apa yang ada area nih.. hheheh jeng2.. jeng.. jeng..

haha.. ok ni almari 1&2, toto pun ada (toto susah sikit nak simpan sebab besar)

ok.ni semua khazanah alam. 

hahha.. kan..pening kepala nak kemas macam mana..
(baju kerja en.suami suka sangat bertenggek kat situ)

so ni plan aku.. (geee)

sumber inpirasi nak ubah bilik ni jadi bilik kerja selain dari bilik stor, setelah baca entry yang berguna kat sini. Aku bukan bidadari terus dapat idea untuk ubahkan bilik stor nih jadi bilik kerja.(hehhe) thanks aty.
ok ni lebih kurang lakaran yang akan aku buat kat store ni. (harus la ada plan nak tunjuk kat en.suami, nanti dia faham la aku nak macam mana kan heheh)



Ruang 1 untuk diletakkan semua barang2 mini pelamin (pentas, bunga2an and bla bla bla) so plan tu nak tutup ruang 1 dengan almari 1 dan 2 
Ruang 2 plak aku nak letakkan meja kerja. (kira mini opis la)

ok done.. tu jer. hope plan untuk tranfrom stor ni berjaya, nanti aku update yer.. :p



Tuesday, September 24, 2013

6 Weekend spring cleaning

Assalammuaikum.. (peh tajuk weekend  spring cleaning x tahan tuh... :P) ok ni projek 2 minggu lepas, baru ada masa nak publish.. (dok dalam draf jer) ok cuti hujung minggu macam nih baru lah ada kesempatan nak kemas2 rumah.. (kalo x der job makeup sempat la organize balik barang2 dapur) tu pun ada part-part yang kena skip.. hahha tumpuan kat bahagian dapur la dulu.. now kemas2 lap apa2 yang patut kat area dapur..

ok.. mula dari part nih dulu..sebelah paling kanan letakkan semua bahan seperti susu tepung (aku suka susu tepung- kejab jer habis.. hehe) gula, oats, nestum. Bahagian atas kopi segera (jarang minum sebab tu letak atas sekali) and gula2 (time anak sedara datang aku bg nih jer dok diam la diorang hahhahah)



lap and kemaskan bahan perisa plak... ermmm garam, gula (gula untuk masak and gula buat air diasingkan- hehhe)  serbuk kunyit, serbuk cili, tepung jagung ermm semua area nih (area nih aku letakkan bahan yang kerap pakai jer untuk masak) senang nampak and senang nak capai.. :P

area nih kulit kayu manis, halba, jintan manis, jintan putih and bla..bla.. bla.. (bekas ni beli kat ikea jer)

ni area penyejuk mata.. hahah (boleh ke) sambil-sambil masak tengok pemandangan hijau.. hehhe (hijau la sangat) Pokok ni generasi keberapa aku tak tau sebab dah berapa kali hidup mati jer pokok ni.padalhal pokok keladi jer pun..sehinggalah mak aku bagi tip cara nak jaga pokok.  pokok nih aku letak kat anjung bahagian dapur. (selalunya bahagian nih orang akan letak periuk belanga and bekas besar- tapi aku x berapa minat style tu, semak mata..)

Area ni aku letakan giant mug untuk aku bubuh minyak masak yg dah guna. selalunya minyak goreng keropok atau minyak goreng cucur.. Aku suka mug nih sebab tahan panas. minyak panas2 aku bubuh pun still x pecah. (alhamdulillah- dah 3 tahun guna) sebelah giant mug tuh aku letak bekas sudu and garpu, untuk memudahkan urusan nak kemas dimasa hadapan, aku letakkan dulang air jenis panjang yg dilapikkan dengan kain supaya lelehan air dan minyak dpt meresap. (tak der lah melelih jer minyak kat dulang)

ni kicap lada sulah and bla..bla.. bla.. (semua aku bubuh dalam 1 bekas senang ckit nak angkut) ni kira bekas sarapan pagi 

done, ni jer yang sempat dulu. bab nak melabelkan semua balang2 comel and apa ada dalam Cabinet kitchen next entry lah yer.. :P


Saturday, September 21, 2013

1 Time hujung minggu- Entry banyak gambar

Assalammualaikum.. Entry banyak gambar.. (hahaha- biar muntah tengok gambar jer.. huhuh :p hari nih plan nak kuar jalan and nak menginap kat hotel ni.. (segala rancangan untuk susunatur dapur ditangguhkan terlebih dahulu)  

Heh marriott putrajaya.. kekke.. (fist time aku g hotel 5 bintang nih)
dr mana aku dapat voucer ni?

Hahha ..(meh nak g tau) ni aku menang cabutan bertuah masa g hari keluarga.haha tak di sangka akan bertuah selalunya tak pernah bertuah kalo cabutan bertuah ni hhehe.. so date issued 18 may 2013,  hari ni 21 september baru ada masa nak gunakan voucer ni.. nasib baik valid sampai 30 disember.

Ok.sebelum tuh kena la bawak pakaian yg sesuai. 2 hari 1 malam jer pun. Bawak ckit2 jer.

1. Baju sendiri +baju suami
(Baju tidur,
Baju mandi, baju nak pakai jalan, baju mini)
2. Kain sembahyang
3.Barang makeup ckit
4. Siap.(muat2 1 beg kecik)

So.. cadang nak check in dulu. Pastu baru kuar balik g jalan2.. 


Marriott hotel. Hehhe aku datang. (Hahha poyo tak) ok sigboard nak masuk hotel. (Harus la snap pic :p)

Ok. Sampai2 jer.. g check in dulu. Sementara diorg settlekan aku punya bilik.. snap beberapa keping pic dulu.(Standart aku la kan setiap tempat ada gambar)

ok settle .. dah dapat acess card. ermm yang biru tu plak member card. Rasa nya siapa yang daftar masuk marriott dapat member card kot. ermm so aku dapat free jer, and yang best nyer boleh digunakan disemua cawangan marriott malaysia and seluruh dunia.. and wifi free, kalo x kena bayar RM50 untuk ber wifi ...,  (hahahha lawak jer.. kalo x kerana cabutan bertuah ni x der maknanya nak menginap kat sini , tapi ok la kan dapat jugak merasa hotel bertaraf 5 bintang nih -selalu 3 bintang jer and pernah x der bintang pun  :p)

Ni part lawak ckit, masuk lif selamber jer , tak baca dah apa yang ditulis (kekek jakun ckit-masukkan kad baru boleh tekan lif la yana, ko ingat macam lif shoping complex ker) :p

dah sampai bilik, No bilik 922. buka tingkap dapat view jalan jer. (ermm x best, kalo dapat view kolam kan best, boleh ngintai orang mandi.. huhuh)

(Sebelum aku selerakan susunatur dalam bilik ni, baik aku snap pic beberapa keping.)

cantik jer diorang letak siap ada buat bunga hehe:p

And ruang mandi. (semua cantik and kemas, susunatur yanag aku suka, boleh ker ambik idea nih buat kat rumah? (hehheeh bajet rumah ko hotel ker yana)

Ni part yang aku suka. Hehhe canggih bebenor benda alah nih. Nak on off lampu pakai suis ni jer semua ada..(padan la aku cari suis tak jumpa2.:p)

Ermm.. nasib baik aku x terminum air ni, RM15.00 ooo (mahal gila air meniral jer pun,
dalam, bilik ada mini bar kalo aku ambik kena bayar., nasib baik ada kesedaran nak baca dulu kali ni.. hehhe :p

Dah puas dari dalam bilik. Ni pic bangunan hotel.. wahhh besarnya.. (jakun kejab)

ok.2.. aku dok bangi jer..Putrajaya dengan Bangi tu tak sampai setengah jam.. selalu jer g putrajaya (time free la) tapi x pernah sampai marriot nih.(x der keperluan) dah dapat free kan. harus la guna.. :P

Friday, September 20, 2013

2 Organize - all about my home document. .

Assalammualaikum...
Pejam celik pejam celik dah hari jumaat. Cepat jer masa berlalu. Memandangkan hari nih hari jumaat, time rehat agak lama.. so plan aku nak organize semua dokument2 berkaitan rumah.. so kira hal ehwal bil2 . Aku pernah guna teknik yg sama untuk susun fail peribadi kat sini...( so angkut semua bil g opis kekeke...  :p) 

mulakan dengan mengumpul semua bil2. Bil air, bil elektrik, cukai pintu, astro and bla bla bla... :p

aku just guna excel jer untuk labeling, print and potong part yang diperlukan jer..

dah potong lekatkan kat file divider. (nak pakai double tape pun ok) jadi lah macam kat bawah.. hhhe


  aku tulis detail/tajuk untuk setiap bil supaya senang selak part yang nak nanti ( haha tulisan )

check list pun kena buat jugak.. heheh.. so bila dah bayar tulis kat kertas ni
 
ok ambil semua bil tadi and susun ikut categori

kebetulan aku ada beg nih..(x sure sebab apa beli)  so aku deside nak gunakan untuk diletakkan bersama dlm fail.

so buat lubang guna punch..(pakai gunting pun boleh sebenarnya, x kisah la janji buat lubang :p)

so dah siap dilubangkan boleh masukkan dalam fail. semua alatan tulis, aku masukkan dalam beg ni.. (motif buat macam nih sebab nak senang.. ambik 1 fail jer. x perlu bawak bekas pencil hehe)

-done-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close