Tuesday, August 28, 2018

0 Makeup Studio :: Risiko yang korang kena hadap (part2)

Sambungan cerita semalam yang aku dok bebel tu
ni nak share gambar pulak
stress tak if korang balik rumah and ni lah bilik makeup aku, ni lah jugak bilik solat
masuk bilik nih ingat dok cari kontractor je

jiran (penyewa) plak ermmmmmmm
tuan rumah pun 2 x 5 je

  ni la yer untuk mengelakan daripada air tu terus direct ke tingkat so kami bubuh plastik sampah .. so air mengalir tu akan mengalir ke cermin tingkap terus turun ke luar hehhe

shiling dah abis merebak
memula dulu tak ketara sangat. tapi korang bayangkanlah  bulan 3 ok sampai bulan 8 tu la keadaannya dah mula berkulat 

bau hapak pun dah ketara sebab lama sangat biar mcm tu



cat dah terkopek sana sini

air turun tu bukan sikit-sikit tau,  menitik laju air bersih
bila check meter air ada 1 rumah meter laju jew
penyewa tingkat 3.. hubby dah bincang and dah repair dah pun
nasib baik tuan rumah tingkat 3 baik. sepantas kilat dia ambik tindakan 

2 hari air nampak macam kering tapi tak kering sepenuhnya.. so ingtkan kebocoran dari tingkap 3 la.
but hari ke3 air menitik semula so prolem tak selesai.. menangis bucu katil la aku..

dah tahu punca kebocoran bukan lagi dari tingkat 3. 
semingu lepas tu aku carik kontractor lain 
orang opis pulak kali ni
so dia bg pendapat and bla bla bla. 
secara logiknya tingkat 2 jew punca kebocoran tu kontraktor tu kata

aku syak waterproffing je but setelah di konsultensi hehe so air paip je puncanya
nak tak nak ko kena bincang balik dengan penyewa tingkat 2 and tuan rumahnya sekali

nak dapatkan masa diorang tu punya la susah
yang tu hubby yang uruskan
aku malas nak ambik tahu dah
bukannya aku tak pernah bincang pasal ni

macam aku kata arituh , bab  nih aku naik angin sikit .. boleh mogok bercakap

so apa jadi dengan rumah aku sekarang nih
next yer 
panjang panjang menaip korang tak baca nyer

sekarang musim orang banyak main ig and FB jew
blog-blog jarang
macam aku jugak hehhe..

tapi tetap ke blog walaupun sendu je update





Monday, August 27, 2018

0 Makeup Studio :: Risiko yang korang kena hadap

Assalammualaikum..

Lama betul aku tak menulis kat blog yang hidup segan segan , mati pun segan-segan jugak nih
mood menulis tu tak sampai- sampai

korang rindu tak dengan aku hehhe ( dengan harapan korang masih lagi baca blog aku ni la) ehh kot la ada

kali ni aku nak share pasal rumah aku bilik no 2 tu
bilik yang aku jadikan bilik make up as my make-up studio

bila duduk di rumah flat or rumah pangsa or kondo sekalipun if melibatkan waterproofing, paip bocor atau apa2 la yang melibatkan air mesti stress o
tambah pulak ko jenis suka kepada kecantikan dan kekemasan (ehh ni perasan jab)
bila ada cacat cela kat mana2 part rumah , mata ko sakit jeeeee

macam nih
sebenarnya aku perasan rumah nih dah lama air menitik dari tingkat atas
mula-mula dulu dapur.
aku pernah share yang benda yang sama dulu.. tapi kes tu hilang sebab air dah tak turun ikut shiling tu dah.. close kes hehhe

lepas pada tu.. aku rasa 1 or 2 tahun jugak la , bilik no 2 plak yang problem
air keluar ikut lubang skru langsir.
Mula-mula  yang boleh perasan karpet kat dalam bilik basah. ingat air hujan. tapi kaji punya kaji bukan sebab hujan pun ,air dari lubang skru langsir, selak langsir lembab ko. dengan cat dah mula bergelembung...

kes dari bulan 3 2018 harituh
dah beberapa orang jugak la kontractor aku cari
ada yang surgest tebuk lubang ikut dinding, sebab tak sure air tu sebenarnya dari rumah tingkat berapa.

aku plak if susah susah sangat nak dapatkan kerjasama pemilik rumah atas aku nak je inject
kos yang tu lagi tinggi oii
2 orang aku panggil and datang tengokkan rumah and kos untuk kerja inject ni dalam 2k hingga ke 3k. tertelan air liur aku.. huhuh
so idea untuk inject tak lulus

now dah bulan 8
kes untuk kebocoran nih tak settle-settle lagi
sampai ko rasa tak nak balik rumah sebab stress dengan rumah sendiri
aku sampai mogok tak bercakap dengan laki sendiri sebab geram
macam dia tak ambik cakna pasal rumah (sampai mcm tu sekali aku punya fikir)

heheh mogok kejab je la
pas tu ok la balik , tapi kalo sembang pasal rumah aku memang akan tetiba naik angin and tak dak topik yang aku nak bincangkan pun..


baru - baru nih aku kemas rumah
ni kau fokuskan bahagian ruang tamu jew
sebab bahagian ni je aku rasa tenang and syok nak kemas hehhe (memandangkan bilik lain tengah krisis)
pastu tengah kemas-kemas. selak langsir and u know what happen ( wahh omputih sikit)
air dah merebak dak ke ruang tamu. belakang langsir jugak
lembab kawasan tu and cat dah mula menggelupas
stresssssssssssss mak
aku bg tau hubby aku.. aku bebel la sikit sambil mata berair ni

sampai bila nak tunggu penyewa atas tak bz
kalo bz pun cuba la carik masa sehari untuk tengokkan rumah kite nih
pok pek pok pek aku bebel..

tapi..

esok aku sambung part seterusnya...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close