Showing posts with label check list. Show all posts
Showing posts with label check list. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

9 Momento kat Bilik Tido

Assalammualaikum..

lama aku tak bersiaran kan
rasanya la...
mesti korang tak rindukan aku kan...hahha :p
dah tau dah jawapan tuh.. sob sob sob...

aku tambah angan-angan baru tau..
tapi angan2 nih
aku tak bg tau lagi kat laki aku.

saja jew.. hold dulu..
sebab nya...
sekarang nak on projek kat ruang tamu...hahhah...
minggu ni insyallah boleh la proceed kot..
barang dah seminggu kat ruang tamu.. :p


ni la angan-angan aku..
angan2 aku kecik jew.. :p
nak buat macam nih..
hehhe..

momento sangat kan..
dengan harapan kalo dah siap nanti
bilik tido aku akan jadi  lebih kurang macam ni

sumber google

walaupun jauh la sangat nak cantik macam nih kannn..hhehe..
dapat lebih kurang versi bilik tido pun ok la kot...


moga dipermudahkan.. heheh

#momentosangat

Thursday, May 22, 2014

2 Check list.. balik kampung

Esok..dah nak balik kampung
Barang yang nak bawak balik 1 pun aku x kemas lagi huhuhu.... (gila malas)
Lepas sehari ke sehari. asyik tangguh jew.uhuhuh

semalam dah settlekan  barang yang kena bawak balik kampung..kena buat jugak esok dah nak gerak
tapi ni lebih kepada barang yang aku tak berapa guna dah..barang second hand yg elok lagi..

padahal adik aku ni just tanya ada periuk nasi lebih tak.. dia nak.. hehhe
budak2 bujang nih, nak masuk umah sewa baru semua tak der.. kosong jew rumah katanya
baru nak hidup, semua main mintak jew..jimat tak yag beli..heheh

alang-alang dah mintak periuk nasi
aku ofer lagi .. 
periuk gulai nak tak
ermm almari baju nak tak..
rak pinggan ada tak..
hahah... semua aku nak bg.. kurang2 leh kosongkan stor aku tuh.. kah kah kah.. 

tapi semua tu.. elok sangat lagi.. ada yang tak guna lagi pun ada.huhuh.. tersalah and terlebih beli.. kan dah nyesal.. huhuh..

checklist barang utk adik
  • periuk nasi
  • iron
  • almari baju 
  • peruk gulai
  • rak pinggan

barang sendiri kena kemas malam nih...

tapi sebelum tu kena settlekan
  • kain baju sendiri
  • kain baju abang
  • kemas dapur
  • ruang tamu
  • bilik
  • buang sampah
  • tambah air ikan dan bg ikan makan
pehh.. macam banyak jew.. 
x per janji lepas balik dari kampung nanti.. sampai umah kat bangi ni,  tak der la meroyan sangat tengok rumah berselerak.. boleh golek2 dulu..

#jomkemas





Wednesday, January 1, 2014

15 {stiky post} Waiting List- Banyak benda nak buat

Assalammualaikum. .. peh tajuk.. hehhe (macam gah jer bunyi,) .. dalam otak nih dok pk jer macam mana nak organized dalam rumah and almari dalam rumah.. aku rasa kalo aku plan jer x guna, kena buat check list...(hahha nampak sangat angan2 mat jenin) so aku letakkan 3 bulan untuk buat semua plan2 aku ni, hope dapat mencapai matlamat.. geeee :)


Perkara perlu buat..(must do)

Ruang tamu

1. Organize semua sistem wayar sedia ada & cabinet
  1. Cable tv/astro/ video and bla bla bla
  2. Cable Akurium 
  3. Dalam Kabinet TV
  4. Drop by area
  5. Susun atur ruang santai keluarga
  6. nak cat wall dengan momento cat.. (kat sini)
  7. nak pasang wall kabinet (kalo ada rezeki la)
  8. pasang aircon
2. Ruang Makan
  1. Ruang En.TM
  2. Meja Makan 
3. Dapur (banyak kena buat kat area nih)
  1. Cableling wayar alatan elektrik 
  2. Susun atur ruang dapur
  3. Labeling semua botol2 comel
  4. Labeling alatan soket (plug) elektrik
  5. Susun semula stok makanan (pantry area) 
  6. Susun atur periuk belanga (jarang pakai)
  7. Susun atur periuk belanga (selalu pakai)
  8. Susun semula pinggan mangkuk dalam almari (jarang pkai)
  9. susun atur pinggan mangkuk (selalu pakai)
  10. susun atur dalam peti sejuk
  11. Susun atur barang bawah singki
  12. Ruang toiletries & luandry
  13. Ruang Ubat-ubatan
  14. Susun atur pekakas elektrik
Bilik utama 
  1. Organize semula sistem dalam almari pakaian 
  2. Organize wayar
  3. ruang pakaian untuk diguna semua
  4. Dressing Table
  5. pasang aircon
  6. langsir 
  7. dressing table baru
Yana Mini Studio/Mini surau/Bilik Tetamu/Soho
  1. Kemas & susun atur ruang kerja 
  2. Organize barang makeup (for sale item)
  3. Sedikit dekorasi
  4. Pasang Aircon
  5. langsir
Bilik Stor
  1. Ruang pakaian en. suami 
  2. Ruang untuk tempatkan semua alatan pelamin
  3. Susunatur dalam kabinet
  4. susunatur koleksi beg pakaian
Rumah (kalo ada rezeki lebih)
  1. Tukar Grill pintu depan
  2. Pasang grill di tingkap bilik utama and studio 
  3. beli almari kasut

ok..banyak kan plannyer, masanya yang kurang ada, belum lagi projek D.I.Y yang dok  dalam watting list.(x per plan2 buat, x lari pun rumah aku nih.. :p) part yang agak mencabar part nak susun ruang stor and dapur , aku kena manfaatkan setiap ruang yang ada.

update: hope dapat settlekan sikit-sikit.. tempoh 3 bulan yang aku target dulu tu, aku up jadi sepanjang tahun... hahah

Thursday, December 12, 2013

3 {stiky post} check list for tomorow.. hehhe


Assalammualaikum..

weee doooo.. kekhh kehh kehh.. esok cuti.. best.. selangor jew tau, sempena hari keputeraan sultan selangor.. kepada en.suami, KL tak cuti tau, jangan esok dengki kat ayg plak.. kekek.. so selamat bekerja lah esok mr.hubby... hhuhu                                                  

ermm kalo time cuti macam nih, ramai jew lah rakyat selangor akan turun KL, lokasi wajib pergi mesti IKEA & SOGO la kot kan..  ermm.. tu berdasarkan pengalaman aku yang selalu jugak buat pael macam tuh.. mesti orang KL bengkek jer sebab KL akan jem buat seketika.. hhuhu...

tapi.. esok aku tak g mana mana dok umah jew.. nak settlekan beberapa perkara yg kena settle.. hheheh..lagipun tak kuasa nak turun KL sengsorang , kalo hubby ada baru best shoping.. huhhuh

so esok mesti settlekan

dapur
  • masak best ckit untuk makan tengahari merangkap makan malam hehh (nak masak daging salai masak lemak cili api + ikan bilis tempoyak)
  • susunatur barang2 dapur yang beli arituh. tak sempat nak settlekan lagi 
  • kemas barang dalam peti sejuk

kain baju
  • lipat baju 
  • basuh baju
  • kemas baju nak bawak balik kampung (4 hari)- aku and hubby

barang makeup job untuk 13-15 disember 2013
  • kemas beg makeup
  • kemas beg camera
  • basuh/ cuci berus makeup dll

Lain2
  • kemas + vacum ruang tamu
  • kemas bilik utama + vacum
  • kemas studio makeup + vacum

barang 2 nak kena bawak balik kampung
  • beg pakaian + barang makeup personal 
  • beg makeup
  • beg camera
  • tipuware (nak ambikikan pekasam mak + tempoyak) hhehe
  • kain pasang nak jahit
  • suppliment shaklee

hope semua settle lah hendakkanya sebelum bercuti.. 

tambahan.. (hubby task) khamis 12.12.2013
  • hantar aku g kerja 
  • hantar keta g service
  • gerak dari bangi insyaalah kul 1.00 petang..


7 Check list aku utk hubby- sebelum tinggalkan rumah

Assalammualaikum

to day, aku nak balik kampung.. hahhaha best, sebab lama dah rasanya aku tak balik.. last ari raya aritu kotttt... kekek.. hehe nak buat cam ner kan kena la berkongsi time cuti tak kan sokmo nak balik kedah jer kan, ganu pun kena balik jugak kan menangis hubby aku.. (hhehe aku yg nangis kalo x dapat blk kedah) ... kahh kahh..  kahh.. 

ermm tapi balik kali nih bukan balik saja2 jugak.. ada wedding job kat kampung.. ermm alhamdulillah khidmat makeup2 aku ni sampai kampung aku pun tau.. tu lah hebatnya dunia siber nih.. awal tahun bulan 2 harituh dah boking tarikh and siap deposit..so senang la aku nak uruskan aku punya jadual..

hhehe  dah alang2 orang nak guna khidmat kita di kampung, maka sambung cuti jer terus.. penginapan x yah risau leh jew tidor kat umah mak.. leh jumpa mak.. jumpa ayah.. kawan2 aku.. haha leh shoping kat pekan baling hehhehhe..and transport charge pun aku x kenakan jugak.. sebab aku memang plan nak balik kampung cuma tak tau bila jer.

ok back to cerita asal... aku still kerja harinih... ermm sepatutnya cuti jew tapi.. kehh kehh kehh.. cuti dah abis.. baki cuti sekarang nih 1 setengah hari jew, nak tak nak kena kerja and ambik halfday for today, gerak balik kul 1.00 la nampaknya.. so pas balik kg x leh cuti dah.. huhuhu... kitaorang dah plan semalam.. abg ambik aku kat opis and terus gerak balik.. 

so memandangkan aku dah kuar kerja awal so settlekan siap2 barang nak bawak balik.. 

makanya sebelum gerak g opis tadi aku bg taklimat ringkas ckit kat cik  abg aku nih  heehheh...so kena ekk settlekan semua ni sebelum kuar rumah
  1. himpunkan semua barang-barang yg nak bawak balik kat 1 tempat - done (aku dah kumpulkan siap2 dah 1 tempat semalam)
  2. switch off plug elektrik kat dapur kecuali plug peti sejuk- hubby
  3. plug elektrik kat ruang tamu kecuali plug ikan- hubby
  4. bagi ikan makan (blok weekend food)- hubby
  5. buang sampah - done (kuar rumah tadi bawak terus sampah)
  6. tutup semua tingkap -hubby
  7. angkat baju yg basuh semalam - hubby
  8. bekal makanan - done (aku dah masak nasik and panaskan lauk2 and goreng telur ckit pagi tadi kekekek.. cuma nanti masukkan dalam bekas jew nasik tu, bekas pun aku dah letakkan sekali )
haha tu jer kot.. hope tak der yg tertinggal

dalam banyak2 aku dok bebel supaya jgan lupa pesanan penaja aku tu, boleh plak kata banyak nyer pesanan.. ermm kalo macam nih abg ambik ayg la kat opis..kita buat sama2 nakk
aku @#$%^** .. uhhhhh...  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close