Monday, August 27, 2018

0 Makeup Studio :: Risiko yang korang kena hadap

Assalammualaikum..

Lama betul aku tak menulis kat blog yang hidup segan segan , mati pun segan-segan jugak nih
mood menulis tu tak sampai- sampai

korang rindu tak dengan aku hehhe ( dengan harapan korang masih lagi baca blog aku ni la) ehh kot la ada

kali ni aku nak share pasal rumah aku bilik no 2 tu
bilik yang aku jadikan bilik make up as my make-up studio

bila duduk di rumah flat or rumah pangsa or kondo sekalipun if melibatkan waterproofing, paip bocor atau apa2 la yang melibatkan air mesti stress o
tambah pulak ko jenis suka kepada kecantikan dan kekemasan (ehh ni perasan jab)
bila ada cacat cela kat mana2 part rumah , mata ko sakit jeeeee

macam nih
sebenarnya aku perasan rumah nih dah lama air menitik dari tingkat atas
mula-mula dulu dapur.
aku pernah share yang benda yang sama dulu.. tapi kes tu hilang sebab air dah tak turun ikut shiling tu dah.. close kes hehhe

lepas pada tu.. aku rasa 1 or 2 tahun jugak la , bilik no 2 plak yang problem
air keluar ikut lubang skru langsir.
Mula-mula  yang boleh perasan karpet kat dalam bilik basah. ingat air hujan. tapi kaji punya kaji bukan sebab hujan pun ,air dari lubang skru langsir, selak langsir lembab ko. dengan cat dah mula bergelembung...

kes dari bulan 3 2018 harituh
dah beberapa orang jugak la kontractor aku cari
ada yang surgest tebuk lubang ikut dinding, sebab tak sure air tu sebenarnya dari rumah tingkat berapa.

aku plak if susah susah sangat nak dapatkan kerjasama pemilik rumah atas aku nak je inject
kos yang tu lagi tinggi oii
2 orang aku panggil and datang tengokkan rumah and kos untuk kerja inject ni dalam 2k hingga ke 3k. tertelan air liur aku.. huhuh
so idea untuk inject tak lulus

now dah bulan 8
kes untuk kebocoran nih tak settle-settle lagi
sampai ko rasa tak nak balik rumah sebab stress dengan rumah sendiri
aku sampai mogok tak bercakap dengan laki sendiri sebab geram
macam dia tak ambik cakna pasal rumah (sampai mcm tu sekali aku punya fikir)

heheh mogok kejab je la
pas tu ok la balik , tapi kalo sembang pasal rumah aku memang akan tetiba naik angin and tak dak topik yang aku nak bincangkan pun..


baru - baru nih aku kemas rumah
ni kau fokuskan bahagian ruang tamu jew
sebab bahagian ni je aku rasa tenang and syok nak kemas hehhe (memandangkan bilik lain tengah krisis)
pastu tengah kemas-kemas. selak langsir and u know what happen ( wahh omputih sikit)
air dah merebak dak ke ruang tamu. belakang langsir jugak
lembab kawasan tu and cat dah mula menggelupas
stresssssssssssss mak
aku bg tau hubby aku.. aku bebel la sikit sambil mata berair ni

sampai bila nak tunggu penyewa atas tak bz
kalo bz pun cuba la carik masa sehari untuk tengokkan rumah kite nih
pok pek pok pek aku bebel..

tapi..

esok aku sambung part seterusnya...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close