Monday, February 11, 2019

0 #RumahAzamYana :: Dekorasi area dapur bertemakan warna putih

Dapur kami dah lama siap
last update lama dulu kan
tapi kami tak pernah show kat hampa macam mana layout setelah diubahsuai
layout setelah siap semuanya la.. hehhe

tapi tak banyak yang berubah pun
seperti yang korang nampak sebelum-sebelum nih yang aku update
begitu jugakla sekarang ni

ermm layout untuk renovate dapur dah plan awal-awal kedudukan dia
table top berbentuk L comman layout seperti mana mana dapur pun

cuma aku terapkan beberapa ciri yang aku inginkan berkenaan dapur aku  ni

  1. Aku plan memang nak kabinet berbentuk L 
  2. Dalam plan tu hob mesti sebelah dengan tingkap sebab kedudukan sebelum nih berhadapan hob 
  3. kedudukan singki dengan hob mesti dekat , senang untuk urusan mencuci memasak
  4. mesin basuh mesti dibawah table top, sebab dengan cara tu aku leh dapat ruang table top yang luas
  5. Kabinet atas mesti sampai siling
  6. Kabinet untuk simpan stok bahan masak (A.K.A) pantry
  7. Kabinet untuk simpan penyapu dan stok peralatan membersih 
  8. Rak untuk letakkan peralatan elektrik seperti oven dan microwave (yg ni dah dapat cuba tak memenuhi spek yang aku nak
  9. Rumah untuk peti sejuk (heheheh)


list 1 hingga 7 dah tercapai, 8 dan 9 jer next project (insyaallah)


macam ni jer dapur rumah kecik kami
saiz ruang nih 10 x 6 kaki jer

agak terhad nak snap pic bg nampak semua 

mesin basuh bawah table top
lampu bawah kabinet tu plak 
pasang sendiri je

kos lampu LED tu untuk 10 kaki RM50.00 




dinding bahagian hob aku deko sikit dengan stiker tile
beli kat kaison RM2.50 

hiasan simple pokok bunga Ikea kat singki




No comments:

Post a Comment

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close