Wednesday, December 28, 2016

1 Resepi :: Kimchi la kiteeeee

heheh.. tak dapat ke korea so.. aku koreakan rumah aku dengan hidangan kimchi
hahha.. buat sendiri memandangkan sekarang nih nak dapatkan resepi ada ker kat google and fb.. 

so bahan-bahan simple jew 
simple sangat 
aku dapat resepi nih aku dapat dari fb.. ada orang share
senang jew.. citarasa melayu.. hehhe

Bahan bahan nak buat Kimchi-
  1. Kubis panjang.. belah 4 dan potong saiz sesuai dalam mulut
  2. basuh bersih- bersih and rendam bersama 1/2 cawan garam kasar (aku rendam separuh hari la)
  3. dah siap rendam.. basuh bersih2 sekali lagi and toskan





sementara kubis direndam
sambil2 la potong bahan bahan lain.

  1. 1 batang lobak putih
  2. 1atau 2 batang lobak merah (kalo besar 1 dah cukup)
  3. secekak daun bawang 
semua nih potong/ hiris halus bg sama saiz baru menarik hehhe



Bahan sos
bahan pemekat 
  1. 3 sudu besar tepung beras
  2. 1 cawan air 
  3. 3 sudu gula besar
( panaskan dan kacau sampai pekat dan sejukkan kejab)

bahan kisar
  1. 1 labu bawang besar
  2. 1 labu bawang putih 
  3. 2" halia
(kisar sampai halus dengan sedikit air)

bahan kering 
  1. 1 cawan serbuk lada (babas pun ok)
  2. 3 sudu makan chili flakes

satukan bahan pemekat + bahan kisar +bahan kering gaul sebati dan tambahkan 2 sudu sos ikan.. jadikan macam pes cili seperti gambar atas tu..



now...
time to campur-campur


masukkan bahan yang dihiris halus tadi dalam sos yang kita buat tadi
dah gaulkan kesemua nya baru gaulkan dengan kubis plak..
gaul la sampai semuanya sebati

biarkan diperab kat luar peti sejuk untuk 1 hari (lagi lama kat luar lagi masam.)
pastu aku masukkan dalam peti sejuk

( if kurang masin leh tambahkan garam atau sos ikan )


jadi la macam nih

untuk sebijik kubis saiz sederhana aku dapat dalam 1 tipuware .. kena guna periuk besar sebab nak gaul2 senang hehe

sedapa makan dengan nasi panas2
tak pun boleh buat sup tahu Kimchi...
nasi goreng kimci ker... mana2 la..  leh simpan la..


ni kali ke-2 buat..
kali pertama dulu buat 1 minggu settle... hahhah



1 comment:

  1. boleh tambah menu dalam masakan ni, tak pernah buat lagi

    ReplyDelete

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close