Wednesday, July 13, 2016

2 #rayasyawal2016 :: Puasa 6 and ganti puasa mana perlu didulukan..

Untuk rujukan dan panduan diri sendiri sahaja AKA sekadar perkongsian..




sumber 
http://www.hijabista.com.my/trending/hukum-menggabungkan-puasa-qada-ramadan-dengan-puasa-enam-1.540428


bagi seorang wanita, normal bg kita untuk tertinggal beberapa hari puasa dalam bulan Ramadhan
dek kerana Period atau nifas. 
Jadi, Wajib bagi kita untuk menggantikan dalam bulan-bulan seterusnya

Puasa Enam merupakan puasa yang disunatkan untuk kita lakukan dalam bulan syawal yang mana ganjarannya seperti kita berpuasa selamat setahun yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub -al-Anshari R.A:

Maksudnya: " Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun" - hadis riwayat Muslim-

Persoalannya, bagaimana jika seseorang itu hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qada' Ramadan yang belum dilunaskan.
Harus diingat bahawa mengqada' puasa Ramadan adalah wajib tidak kira ditinnggalkan dengan sengaja atau sebab uzur syar'ie.

Sesiapa yang mempunyai puasa qada' Ramadan,
dia boleh sahaja menggabungkannya dengan puasa-puasa sunat yang lain
seperti hari 'asyura. hari A'rafah, puasa di bulan Syaaban dan banyak lagi termasuklah puasa enam di bulan Syawal ini.

TETAPI, perlu dilihat atas sebab apa puasa Ramadan itu ditinggalkan
kerana ia menjadi penentu kepada boleh atau tidak puasa qada Ramadan ini digabungkan dengan puasa sunat.


Sebab meninggalkan puasa Ramadhan

Penyatuan puasa qada' Ramadhan dan puasa sunat ini boleh ditentukan dengan mengetahui sebab mengapa puasa Ramadan itu ditinggalkan. Terdapat dua jenis orang yang meninggalkan puasa ini iaitu:

  • Orang yang meninggalkan Ramadan bukan disebabkan uzur syari'e iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oelh syara'
  • Orang yang meninggalkan Ramadan disebabkan oleh uzur syar'ie seperti kerana datang haid/ nifas/sakit/musafir


Meyatukan puasa qada' dgn puasa sunat

kedua-dua sebab diatas menghasilkan hukum berbeza dalam perkara menyatukan puasa qada' dan puasa sunat

  • Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur syar'ie hukumnya HARAM melainkan setelah selesai mengqada' puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu
  • Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan atas sebab uzur syar'ie hukumnya SUNAT untuk disatukan niat puasa qasa' tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enan di bulan syawal. 


Bagaimana lafaz niat puasa yang disatukan itu?

"sahaja aku berniat puasa esok hari qada' fardu ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan syawal kerana Allah Ta'ala"

Dengan Lafaz niat ini, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran keduanya, pahala puasa qada' dan puasa 6.


Sumber rujukan:
Terima kasih Da'i Lukman (Facebook)
1. Pelita Brunei
2. Feqh Manhaj (Sheikh Dr. Mustofa Al-Khin, Sheikh Dr. Mustofa Al-Bugha, Dr. Ali Asy-Syarbaji)
3. Asybahu Wan Nazoir  



Kesimpulannya,
jika anda ada meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja (bukan atas sebab uzur syar'ie) Wajib bg anda untuk menggantikan terlebih dahulu puasa Ramadhan tersebut sebelum mula berpuasa enam. dan jika sebaliknya (usur syar'ie ) tiada masalah untuk anda menggabungkan kedu-dua puasa ini.



hehhe.. korang dah ganti ker..?











2 comments:

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close