Thursday, September 19, 2013

2 Rumah Ku :: Layout rumah kecik 750 sqt supaya nampak besar


ni lakaran rumah aku.. ermm lebih kurang macam nih la kedudukan rumah aku. 750 kaki persegi jer.. tapi yang best nyer flat aku nih siap dah ada mozek/mamar and ruang tamu yang petak.. hehe
yang tak best nyer buka pintu terus nampak dapur..(haha banyak la komen yer yana)

so susunan ermm agak terhad. .. 
bahagian 1 tuh aku buat sebagai ruang lepak/ruang keluarga..situ aku letak cabinet tv , TV and sofa L sheap jer..(kira ni lah ruang tamu aku)

bahagian 2 pulak aku buat ruang makan.. ermm aku letakkan set meja makan empat kerusi ( sepatutnya dulu beli 6 kerusi, takper nanti ada duit upgred hahah berangan ) 


Rumah aku ada 3 bilik, so bilik pertama bilik aku la kan..

just ada katil, meja solek , almari pakaian and penyidai tuala..simple jer . setakat nih, ni jer susun atur yang boleh buat. Kawasan tingkap dibiarkan kosong sebab senang nak jemur baju..(hehe..jemur kat luar tingkap jer ..huhuh)

bilik kedua aku jadikan yana mini studio.. ermm aktiviti makeup semua kat dalam bilik tu.(senang coztumer datang ada bilik khas) and bilik ni jugak aku and hubby jadikan bilik solat dan jugak bilik tetamu. (hahah.ambik kau 3 dalam 1 punya fungsi bilik hehhe)
so kalau ada tetamu bg jer bilik tuh and sediakan jugak toto.. hehhe (jepun style)


bilik Ke-3 plak..lebih kepada fungsi stor.. erm..semua jenis macam barang ada kat sini.. barang pelamin bunga2 ermmm banyak oo, pinggan mangkuk (hadiah kawin), toto, beg balik kg dll semua kat sini, tetapi agak malang sebab almari pakaian  en.suami pun kat sini.cian dia..ermm huhuh. (tak per nanti organize balik yer)

now beralih kepada ruang dapur.. dapur aku kecik jer.. seperti semua maklum. kalo aku sorang selesa la, boleh menari2..(heheh) tapi kalo tambah 2 or 3 orang lagi.. ermm dah macam sadin. jarak untuk ke kiri and ke kanan hanya 4 or 5 langkah jer, kat dapur aku nih x der meja. semua kerja kerja memasak aku pakai top sedia ada jer, sebab tuh aku x letakkan semua pinggan mangkuk atas top. Mesin basuh pun aku letak kat dapur. Peti ais kompom la kat dapur kan.. erm oven and microwave, kattle and bla22.. semua kat dapur nih..(nanti aku up entry pasal susunan di dapur plak hehe)

tandas ada 2.. 1 bilik mandi 1 tandas. ok la kan. sebab kalo 1 jer susah jugak, x la berebut (tapi kadang2 berebut jugak)




2 comments:

  1. cik hani datang singgah sini..rumah cik hani pulak shop house..ala2 macam flat jugak..boleh share2 idea kat sini jugak..salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenalan cik hani.. ok nanti kongsikan yer susunatur dlm rumah. Susah nak dpt info pasal rumah flat/shop house ni, boleh tukar2 idea. Hhehe ;)

      Delete

Terima kasih yer coz sudi komen-komen kat sini, semua komen2 anda sangatlah dihargai.. hehhe :P

Maaf, if yana terlepas pandang komen-komen anda, sesungguhnya daku hanyalah insan biasa.. (hehhe ayat) salam kenalan U all's...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Close